Kerana CINTA ini, aku menulis.

Aku tak suke cakap soal cinta. Sejak dulu lagi aku rasa terlalu kerdil dalam isu-isu perasaan dan cinta. Kalau sebut word “cinta”, sympathetic activity aku akan increase dan aku akan mula prepare untuk “fight or flight” (biasenye flight…cabut lari aje…) dalam isu-isu ini. Barangkali kerana waktu-waktu silam tidak begitu melayakkan aku untuk berkata-kata soal ini.

Semalaman juga aku memikirkan. Hari ini, CINTA adalah masalah besar dalam umat. Sangat besar. CINTA juga bahkan menjadi tongkol-tongkol kayu dan ranting yang meranjaui jalan dakwah dan tarbiyyah sehingga banyak sekali yang kecundang kerananya dalam perjalanan mereka mencari CINTA yang hakiki.

Tidaklah aku menulis post ini melainkan kerana CINTAku kepada umat ni, yang melimpah-limpah, sehingga tumpahlah lebihannya sebagai air mata tatkala aku menyaksikan hari demi hari dalam Ramadhan ni, tak putus-putus berita pembuangan bayi dan janin dilaporkan di dada media. Semuanya gara-gara CINTA.

Kalau kita bisa fahami CINTA yang sebenar ini, nescaya tidaklah berlaku masalah-masalah begini. Tidak mungkin suatu perasaan seindah CINTA boleh membawa manusia kepada kekejaman dan kebencian, kalau bisa dirasai hakikat sebenarnya. Aku juga pernah terkeliru dengan konsep CINTA ini. Seringkali kita dengar dalam nasyid-nasyid, CINTAILAH ILAHI…ITULAH CINTA YANG HAKIKI..CINTA DUNIA TIDAK ABADI etc…

Wujudkah sebenarnya CINTA DUNIA ini atau sebenarnya, ia juga CINTA dari Allah tapi disalah ertikan oleh manusia… Kalau kita terus-terusan memandang cinta sesama manusia sebagai sesuatu yang berbeza, kita takkan pernah sampailah kepada hakikat cinta. Dan anak-anak muda kita akan terus merasa jauh kerana idealnya term CINTA ILAHI itu, seolah-olah tidak mungkin bisa difahami sampai bila-bila.

CINTA. Dengar pun dah cukup indah, apatah lagi yang merasainya. CINTA. Ada orang kata, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. CINTA. Ada yang kata, dari mata jatuh ke hati. CINTA. Ada orang tak suka nasyid-nasyid cinta, katanya kumpulan nasyid malaysia ni asyik lagu-lagu cinta je (ape salahnye..ra’i je lah usaha dakwah semua orang…jangan gaduh2…siapa kita nak menilai dakwah orang lain..katakanlah “aku berpuasa”. ). CINTA. Ada orang kata, cinta itu buta.

CINTA. Aku kata, cinta itu DIA. Tidak ada dan tidak pernah akan ada sebenarnya CINTA MANUSIA. Semuanya, seluruhnya, semata-mata adalah CINTANYA. Hari ini, tumbuhnya cinta dalam hati kita kepada sesiapa pun, adalah titisan dari selautan CINTA Allah kepada kita. Allah nak bagitau manusia macam mana perasaannya bila DIA mencintai KITA. Lalu Dia letak perasaan tu sikit dalam hati kita, sikit dari sebesar-besar cintaNya kepada kita, untuk tunjuk pada kita macam mana rasanya mencintai seseorang. Kalau bercinta sesama manusia pun dah sangat mengangaukan, apatah lagi cinta Allah kepada kita, Allah Yang Maha Mencintai tu. Cinta tu perasaan. Macam benci, marah, gembira, sedih, setia- Cinta pun begitu. Bisa datang dan pergi, bisa muncul dan hilang kembali, bisa tinggi dan merendah kembali. Kerana cinta bukan milik kita dan tak pernah menjadi milik kita.

Hari ini manusia menjadi leka kerana cinta bukanlah kerana cinta itu sesuatu yg dusta, kotor, najis, hina, jahat, atau buruk. Tapi kerana hati yang mengendalikan cinta itulah yang bermasalah. Tidaklah rasa cinta itu Allah campakkan ke dalam hati kita kecuali sebagai ujian dan juga nikmat kerana betapa cintanya Dia kepada kita. Tapi hari ini, manusia menjadian cinta sebagai tiket ke neraka. Cinta dari Allah ini, dihinakan dengan menjadikannya sebagai landasan kepada perbuatan-perbuatan yang hina.

Tidaklah aku menulis semua ini kecuali dengan hati yang berat dan air mata yang membasahi jiwa.

Ya Allah, manusia hari ini memaksiati cintaMu

dan bila cinta itu membenihkan zuriat yang tidak diingini

lantas mereka mula memaksiati syariatMu

dan mereka membunuh benih-benih cintaMu pula.

Ketahuilah, betapakah banyak hati-hati yang mekar dengan perasaan cinta yang amat berat dan sarat, dan kerana merasakan itulah tanda cinta Ilahi, lantas dipelihara hati itu sedaya upaya, ditahan perasaan yang membara di dada, ditangisi waktu-waktu sukar tatkala cinta itu benar-benar menggegar jiwa dan membungakan rindu yang nyata..namun kerana besarnya cita-cita untuk meraih redhaNya, lantas dihadapi semua itu dengan penuh kesabaran yang mulia.

Kenapa hari ini kita begini?

Kenapa mudah melafazkan kata-kata cinta kepada manusia

Tapi berat kalau nak ucap pada Allah Yang Maha Esa?

Susah kan?

Sebab tak nampak Dia ke?

Rasa macam Dia takde ke?

Rasa takde orang lain yang sayang kite ke?

Wahai pemuda, janganlah kotori erti CINTA ini. Janganlah CINTA yang martabat asalnya tinggi dicabul dan dihinakan sebegini rupa. Bukankah CINTA ini lah suatu ketika dulu membuatkan Khadijah menyelimutkan suaminya yang tercinta tatkala ketakutan dan kebingungan selepas bertemu Jibril a.s? Bukankah CINTA ini yang mambawa Ikrimah Bin Abu Jahal kepada ISLAM bila dituntuni tangannya oleh isteri tercinta agar kembali ke jalan Allah SWT? Bukankah CINTA ini yang menjadi taruhan isteri-isteri para sahabat tatkala sang suami menerpa ke medan jihad fi sabilillah?

Bukankah CINTA itu mulia hakikatnya?

Kerana CINTA martabat inilah, aku menulis. Allah, saksikanlah.

7 thoughts on “Kerana CINTA ini, aku menulis.

  1. salam najwa, kak anis ni. suke entry2 najwa. teruskan usaha!

    cinta itu lahir dari hati, jika hati itu hitam, hitam lah cinta yang dilahirkan. Hati tidak mampu lagi menapis yang mana benar yang mana palsu.

    Doalah untuk ummat. Jalan kita masih jauh.

  2. Cinta pada manusia adalah cinta padaNya..tiada lain di dunia ini melainkan Dia..hya hati yg memerhati dapat mengetahui betapa agungnya cinta Allah pada sekalian makhlukNya sehingga rahmatNya diberikan pada mereka tanpa membezakan yang Islam ataupun tidak..merekalah yg membezakan diri mereka antara satu dengan lain tanpa disedari

Leave a comment