Nur

Hari ini saya menghayati kisah hadith ifk.

Menangis hati ini kerana merasakan kerdilnya diri ini untuk sebuah amanah yang besar.

Kadang-kadang kita terlalu hina untuk memperoleh apa yang kita doakan.

Kadang-kadang kita hanya mampu berharap supaya Tuhan kasihan dan masih terus membelai meskipun kita longlai.

Selalunya kita mudah mengukir syukur saat dalam kesenangan,

Tapi lebih mudah lagi mengukir kerutan di wajah di saat susah.

Tuhan, terima kasih atas secangkir peringatan dari SuratMu yang bertajuk An-Nur.

Semakin lama kami menatap suratMu, semakin kami menjadi wanita.

 

Pengumuman


Dari Perak ke negeri Kedah,
Sirih bertepuk pinang dibelah,
Tiba masa untuk melangkah,
Baitul muslim demi ummah,
(Ammar Roslizar, 2011)

Dua hari sudah mengayuh perahu
Seperti hilang segala kuasa
Dua hati pasti takkan bersatu
Kecuali atas kehendak Yang Esa…
(Farah Najwa, 2011)

Doakan Laskarmentari dan Kedai Mamak terus thabat hingga hujung hayat.

Moga Baitul Muslim yang bakal dibina menambah seri dan kekuatan kepada ummah.

Maa lakum?!

A038

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (9:38)

Kebelakangan ini kami melihat saff-saff muayyid bagaikan semakin pendek dan renggang.

Tak pasti kenapa. Tapi pandangan ini tidak indah bahkan sungguh menyedihkan.  Kadang-kadang kami tertanya-tanya, hairan sekali, kenapa ya masih ada  dalam kalangan kita yang masih mencari kaca-kaca padahal sudah tergenggam di dalam tangan kita, butiran-butiran mutiara?

Hairan betul. Kenapa mencari kembali kehidupan lama mu itu setelah Allah memberikan nikmat kehidupan yang baru ini? Kenapa kita mahu terjun kembali ke dalam kehidupan jahiliyyah itu setelah Allah mengangkat kita keluar daripadanya, menyucikan kita, meluhurkan kita dan memberkati kita?

Kenapa?

Kenapa?

Kenapaaaaa????

Pelik lah.

Kita semua memang tak kesian kat nabi kan? Kita semua memang tak pernah kisah pun sebenarnye kan dengan pengorbanan nabi saw dan para sahabat? Semua kekaguman kita terhadap pengorbanan dan tumuhat mereka di jalan dakwah tu semuanya adalah kekaguman yang palsu belaka, kan? Kita memang tak bersungguh-sungguh pun sebenarnya. Kan?

Kalau kita bersungguh-sungguh, pasti kita dah all out dalam dakwah dan tarbiyyah ini. Pasti kita tak membantah-bantah, mencari-cari alasan dan pasti kita tidak akan bermain-main dengan hidayah dari Allah swt ini. Tak takut ke main-main lagi lepas Allah swt dah bagi kita nikmat rasa keindahan Islam? Kenapa kita tak hargai hidayah Allah ni? Kita tunggu ape eh?

A140

“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. ” 

Dah lah jalan ini memang panjang, lambat, bertali arus dugaannya, jauuuh sekali. Hujung pangkalnya tidak kelihatan. Yang kita ada cuma tinggalan-tinggalan sejarah, betapa Islam itu pernah agung. Itu sahajalah yang menjadi motivasi kita. Ya, jalan dakwah manhaj para anbiya’ ini memang sukar, panjang dan jauuuuuh sekali.

Tapi kita still macam ni jugak. Tak habis-habis dengan konflik diri kita. Tak habis-habis dengan masalah-masalah peribadi kita. Tak habis-habis dengan ‘kepenatan-kepenatan’ kita yang tak perlu tu. Kitalah yang memberatkan jalan dakwah ini dengan masalah-masalah internal kita.

Akhi wa ukhti,

Kerana jalan ini sukar dan panjanglah, kita sepatutnya menguatkan diri dan berusaha sehabis daya membantu dakwah. Masalah-masalah internal kita memang takkan pernah habis. Janganlah kerana kelemahan-kelemahan kita, dakwah dan tarbiyyah ini yang menerima padah. Janganlah hanya kerana masalah hidup kita, manusia-manusia di luar sana yang masih tenggelam dalam jahiliyyah terus hidup dalam jahiliyyah itu. Janganlah kerana kita.

Merasai nikmat hidup dalam dakwah dan tarbiyyah adalah nikmat yang besar. Ia adalah hidayah. Ia adalah kurnia. Ia juga adalah ujian. Bukanlah kami menuntut-nuntut kita untuk terus istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam dakwah ini kerana dakwah ini memerlukan kita.. bukan sama sekali. Tetapi kami menuntut agar kita terus bersemangat dan bangkit dari kebodohan dan kecelaruan ini kerana kitalah yang memerlukan dakwah ini.

Lupakah kita tentang seruan Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104??

A104

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

wahai ikhwah akhwat,

adakah kita punya jawapan kepada soalan-soalan Allah swt keatas kita nanti? setiap lengah dan penangguhan yang kita rasakan tidak ada kesannya kepada sesiapa itu hakikatnya yang paling terkesan adalah diri kita sendiri. Tak payah menuding-nuding jari kepada sistem, kepada silibus, kepada program, kepada bahan daurah, kepada anak-anak usrah, kepada naqib/naqibah , atau kepada ustaz-ustazah, murobbi dan murobbiah. Tak payah menyalahkan faktor lain. Hakikatnya yang menjadi punca kita tidak merasai kemanisan tarbiyyah, kemanisan di jalan dakwah, kemanisan berukhuwwah, kemanisan berdaurah, kemanisan menginfaqkan diri, masa dan harta fisabilillah… semua semua ni kita tak rasa, SOLELY kerana KITALAH YANG MELARIKAN DIRI KITA DARI MERASAI KEMANISANNYA.

Allah swt dah berjanji bahawa,

A041

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Apakah yang berada dalam fikiran kita wahai tentera Allah? Adakah kita tidak merasa bebanan tanggungjawab di bahu kita? Kita nak Allah bagi apa lagi kat kita baru kita nak sampaikan Islam ni betul-betul? Apakah tidak cukup nikmat-nikmat dari Allah? Tidak cukupkah nikmat kesedaran Islam ini yang memuliakan kita dengan setinggi-tinggi darjat sebagai khairan ummah? Tidak cukupkan nikmat tarbiyyah yang mengenalkan kita dengan kitabullah yang selama ini kita cuma kenal huruf dan tajwidnya sahaja (tu pun bertuah kalau masih ingat betul-betul semua hukum tajwid yang kita belajar dulu tu… )? Tak cukupkah nikmat kesihatan, nikmat kekuatan tubuh badan, nikmat kecerdasan akal fikiran, nikmat terselamat dari maksiat dan kemungkaran?

Apa lagi yang tak cukup ya sehingga kita sungguh laid back bila bicara soal dakwah dan tarbiyyah?

Sampai dakwah ini yang perlu menyesuaikan diri dengan kita, bukan kita yang menyesuaikan diri dengannya.

Sampai dakwah ini yang kena merayu-rayu agar kita meluangkan sedikit masa untuknya, bukan kita yang merayu-rayu agar dakwah mengisi ruang masa hidup kita.

Sampai dakwah ini yang terpaksa mengalah bila kita merasakan kita penat dengan urusan-urusan dunia kita.

Sanggup kita melihat dakwah yang diwarisi oleh Rasulullah saw dan para sahabat ini terbiar dan tersisih, mengemis-ngemis perhatian dan kesungguhan kita menggerakkannya tapi kita masih menjawab-jawab, meminta-minta tangguh, dan menyangka bahawa tak ada efek pun kalau kita buat macam tu.

Sedih betul. Nabi saw sampai menangis-nangis rindukan kita, umatnya yang tidak pernah bertemunya ini, tapi kita, sedikit pun tak bother susahnya mereka memulakan dakwah ini dahulu. Bila sampai kepada kita, kita buat dakwah sebagai hobi. Aktiviti masa lapang sahaja. And buat bila hati rasa nak buat je. Bila taknak, kita tinggal. Bila sibuk, kita tinggal. Bila ada hobi baru yang macam lagi best je, lagi cool je, kita tinggal.

Kepada para pewaris dakwah, bukanlah kami menulis ini kerana apa-apa… hanya kerana dakwah ini nafasnya panjang sekali. Bersabarlah melawan perasaan dan nafsu diri. Lihatlah kiri kanan kita, betapa manusia semakin hari semakin gila, gila dalam kejahilan yang nyata. Kalau kita lambat, semakin parahlah umat.

Ya Allah, telah aku sampaikan.

Tahun 1? Tahun 2? Tahun 10?

Kadang-kadang, setelah beberapa lama kita berada di atas jalan ini, kita jadi lupa akan nilai-nilai yang kita pelajari ketika detik awal kita mula melangkah dulu.

Saat itu dulu sungguh indah.

Kita berlumba-lumba untuk berlapang dada

Kita berlumba-lumba untuk membersihkan jiwa

Kita berlumba-lumba untuk memperbaiki diri

Kita berlumba-lumba untuk saling memberi

Kita berlumba-lumba untuk melafazkan rindu dan uhibbuki

Kita berlumba-lumba membina kefahaman diri

Kita berlumba-lumba untuk merendah diri

Kita berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dari sesama sendiri.

 

Tetapi, kerana lamanya perjalanan, jauhnya pemandangan, bertambahnya pengalaman, kadangkala kami khuatir…

Yang bertambah bukanlah tawaddhu’ tetapi ego

Semakin susah hendak ditegur

Semakin sukar untuk dilentur.

 

Yang bertambah bukanlah cinta tetapi emosi

Pantang ditolak mencebik bibir

Bila ditegur dianggap sindir

semakin lama semakin meminggir.

 

Yang bertambah bukanlah yakin tetapi ragu

tidak tsiqah lagi pada sang guru

merasa dada dipenuhi ilmu

mana ditunjuk mesti dituju.

 

Yang bertambah bukanlah kasih tetapi marah

serba tak kena segala arah

ini tak betul, itu pun salah

semakin lama semakin parah.

 

Oooh, berapa lama sudah kita berlari-lari anak disini? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun?

Oooh, berapa ramai yang berhijrah dari hamba dunia kepada hamba Allah di tangan kita? 10 orang? 100 orang? satu kampung seperti Abu Dzar?

Oooh, berapa banyak surah dari kitabullah yang terukir di dada kita sejak hari pertama kita menjejak tarbiyyah? 1 surah? 1 juzu’? 1 Qur’an?

 

da’iyah yang benar peribadinya perkasa,

semakin lama semakin sasa,

kukuh iman, takwanya raksasa,

bila didekati ikhlasnya terasa.

 

Kedegilan dan kekerasan hati seorang da’ie tidak menambah apa-apa kepada bangunan dakwah KECUALI meruntuhkannya serta-merta.

 

Allahu rabbi, selamatkanlah kami dari kejahatan dan kedegilan diri kami sendiri.

 

 

-Misi Membina Generasi Palestina- 🙂

Jangan Gugurkan

Wahai para du’at.

Sedarlah akan asal usulmu.

Ketika kalian dalam lumpur jahiliyyah, Islam telah membersihkanmu.

Ketika kalian dalam kehinaan jahiliyyah, dakwah telah memuliakanmu.

Ketika kalian dalam kegelapan jahiliyyah, tarbiyyah telah menerangi hidupmu.

 

Hadirnya dakwah, ibarat titis-titis air hujan yang membasahii bumi tandus yang kering.

Setelah lama ia gersang dan kekeringan,

dakwah datang membawa kelembapan dan kesuburan.

Hijau dan segar pelbagai tumbuhan.

 

Keseimbangan alam ini bergantung kepada kekuatan graviti dakwah.Sepertimana orbit-orbit bumi bergantung kepada graviti matahari.

Belajarlah dari sejarah.

Kerana gugur dakwah, akhirnya gugur khalifah.

 

 

 

Semanis Kurma

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Memilih untuk berada di jalan basirah ini bukanlah satu pilihan yang mudah. Para du’at bisa saja untuk melepaskan diri mereka secara perlahan-lahan dari jalan dakwah yang berat ini dan kemudiannya kembali kepada kehidupan mereka yang dahulu—kehidupan yang banyak masa lapang, banyak hiburan, tidak perlu memikirkan masalah-masalah orang lain, tidak perlu memikirkan infaq-infaq yang belum dilunaskan, banyak masa untuk urusan-urusan pelajaran/pekerjaan, banyak masa untuk keluarga etc etc. Bisa saja para du’at melarikan diri, delete habis semua nombor ikhwah/akhwat didalam directory handphone dan buang terus kehidupan sebagai ansarullah. Tiada sesiapa pun yang boleh menghalang atau menghentikan keputusannya kalau dia memutuskan sedemikian.

Tapi, seorang da’ie yang benar dan jelas kefahamannya tidak mungkin mampu, tidak mungkin sanggup dan tidak mungkin mahu—sekalipun dia ada terfikirkan—untuk meninggalkan jalan dakwah.

Kerana mengeluarkan diri dari jalan dakwah, setelah diberikan hidayah, adalah ibaratnya melarikan diri dari syurga dan berlari menuju neraka. Allahu akbar.

Adakah kita sanggup terjun kedalam lumpur setelah dibersihkan?

Adakah kita sanggup masuk kedalam kegelapan setelah dimasukkan kedalam cahaya?

Adakah kita sanggup menjadi buta setelah diberikan penglihatan?

Adakah kita sanggup kembali kepada jahiliyyah setelah dikurniakan hidayah?

Tidak. Sekali-kali tidak.

Kita berdoa kepada Allah swt agar kaki-kaki kita terus terpasak kukuh diatas medan dakwah. Sekalipun kita dihujani panah-panah dunia, yang tidak henti dan hujanan peluru jahiliyyah yang tidak pernah sunyi, kita akan terus bertahan.

Dunia tidak akan berubah di tangan orang-orang yang lemah.

*****

Ingin aku kongsikan satu hadith yang sungguh membina keimanan dan cintaku terhadap Rasulullah saw serta terhadap jalan dakwah ini. Mudah-mudahan kalian turut beroleh manfaat yang banyak.

Dalam satu riwayat, disebutkan bahawa Rasulullah saw berhutang kepada seorang yahudi bernama Zaid Ibnu Sa’nah. Ketika waktu pembayaran kurang dua hari, ia datang kepada Rasulullah saw yang tengah berada di antara para sahabatnya. Orang itu menarik baju dan selendang Rasulullah saw lalu berkata: “Wahai Muhammad tidakkah kamu lunasi hakku? Demi Allah, saya tahu bahawa Bani Abdul Muthalib selalu mengulurkan (memanjangkan) waktu dalam melunasi hutang.”

Mendengar hal itu Umar naik pitam (terlalu marah) dan membentak Yahudi tersebut: “Wahai musuh Allah! apakah kamu berkata kepada Rasulullah apa yang baru saja aku dengar? Dan bertindak kepadanya sebagaimana apa yang aku lihat? Demi (Dia) yang diriku berada di tanganNya, sekiranya aku tidak mengkhawatirkan sesuatu yang akan luput dariku niscaya aku pukul kepalamu dengan pedangku.”

Namun Rasulullah saw segera menenangkan Umar r.a dengan penuh kelembutan dan berkata: “Wahai Umar, aku dan dia menginginkan selain itu, kenapa kamu tidak menasihati aku untuk segera melunasi dengan baik dan menasihatinya agar sopan dalam menagih hutang?, berikan haknya dan tambahlah kurma 20 sha.” 

Ketika Umar mengembalikan haknya dan tambahannya, Yahudi itu pun bertanya: “Apa tambahan ini?”

Umar lalu menjelaskan bahawa ‘tambahan tersebut adalah perintah dari Rasulullah saw karena aku telah membentakmu’. 

Mendengar penjelasan itu Yahudi itu pun berkata: “Wahai Umar, tidak ada sedikitpun tanda kenabian Muhammad, kecuali saya telah mengetahui ketika aku menatap wajah beliau. Namun ada 2 hal yang aku belum mengujinya, iaitu bahwa kesantunan beliau mendahului ketidaktahuannya dan kekerasan orang yang jahil akan menambahkan kesantunannya, dan kini aku telah menguji keduanya. 

Kerana itu saksikanlah wahai Umar bahawa aku rela Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku, dan saksikanlah wahai Umar bahawa setengah dari hartaku aku sedekahkan untuk kepentingan umat Muhammad saw. 

Setelah keislamannya, Yahudi ini turut serta dalam berbagai peperangan bersama Rasulullah saw dan akhirnya syahid dalam Perang Tabuk.”

(HR Thabrani dan Ibnu Majah).

Wahai du’at, apakah kita lebih redha dengan dunia setelah Allah swt berkenan menghadiahkan kebaikan di akhirat?

Wallahul musta’an.

Fallujah

Aku akan terus berjuang, 

sehingga setiap gadis menyimpan impian hanya untuk mengahwini pemuda yang beriman yang hatinya mencintai Palestina,

sehingga setiap ibu yang mengandung bercita-cita untuk melahirkan para syuhada’ untuk Palestina,

sehingga setiap bapa mentarbiyyah anak-anaknya seolah-olah esok dia akan menghantar mereka ke medan jihad fisabilillah,

sehingga setiap kali ditanyakan kepada zuriat-zuriat ku ‘apakah cita-cita kalian wahai anakku?’, 

lantas tidak ada jawapan lain kecuali ‘untuk syahid, wahai ibuku’.

Kimian Ave, 9/9/11

 

Fallujah.

Sedang membaca serba sedikit tentang Fallujah, The Hidden Massacre. Siapa nak join saya buat research?

T_T can’t resist my massive interest and passion about war. 

Fikir dan zikir

Apabila seorang da’ie mengeluarkan pendapat, ada 2 kemungkinan tentang pendapatnya yang perlu diambil perhatian.

1) Pendapatnya menjadi bantuan kepada pengukuhan jamaah/gerakan Islam

2) Pendapatnya menjadi ancaman kepada pengukuhan jamaah/gerakan Islam

Terutama apabila da’ie tersebut dilihat atau sememangnya terikat secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu entiti dakwah. Mahu tidak mahu, tidak kisahlah dari organisasi apa pun dia, dia sentiasa terikat kepada agama yang mulia ini yakni Islam, maka apa-apa pandangan, butir perkataan dan point of viewnya akan dikaitkan dengan perjuangannya.

Kerana itu para du’at jadi perlu untuk lebih berhati-hati dalam bersuara. Tidak kisahlah dalam memberi pendapat kepada mad’u, atau kepada para mutarabbi, atau kepada syura, atau kepada masyarakat umum. Kerana dalam apa jua situasinya, setiap pendapat kita itu pasti tergantung padanya satu pertanggungjawaban yang akan disoal semula oleh Allah swt.

2 perkara yang perlu menjadi pertimbangan seorang da’ie dalam butir bicaranya:

1) andai dia mengeluarkan buah idea, pendapat atau banyak mengutarakan komen – beringatlah, kerana setiap butir kata-kata kita itu datang bersama-sama amanah yang pasti disoal semula oleh Allah swt. Dalam surah As Saff yang menjadi hafalan kita, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

“(Itu) sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

(As saff: 2-3)

2) andai dia memendamkan pandangannya dan berdiam diri, barangkali buah ilham yang disembunyikan itu juga akan disoal oleh Allah swt kerana ilham tersebut tidak dapat dimanfaatkan gara-gara ketakutan seorang da’ie yang kemudiannya terus menyembunyikan idea-ideanya. Bayangkan keadaan umat hari ini andainya para sahabat dahulu takut sekali menyuarakan pendapat mereka kepada Rasulullah saw.

Lantas ada 2 keadaan yang pasti mengukir kerisauan dan kebimbangan dalam hari para du’at.

Samada ia sudah terlebih bersuara, atau adakah dia terlalu sedikit menyumbangkan idea?

Ambillah jalan tengah.

Seperti sabda Rasulullah saw;

Dari Abu Hurairah r.a,

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata yang baik ataupun diam…” (Mutafaqun Alaih)

Oleh itu berfikirlah sebelum berkata-kata, kerana boleh jadi apa yang kita rasakan baik itu, tidak semestinya baik. Dan apa yang kita rasakan tidak baik itu, tidak semestinya tidak baik.

Kadangkala kita alpa dan leka. Dalam keghairahan kita membina dan menulis manusia, kita sering merasakan jalan-jalan yang kita lalui adalah terjamin baik dan paling berkesan. Tapi jangan terlalu yakin, tidak semua yang berjaya kepada kita, akan berjaya juga kepada orang-orang lain.

Seringkali juga kita merasakan, pembinaan itu perlu sempurna dan individu-individu tertentu sahaja yang mampu melaksanakannya. Tidak juga sebenarnya. Apakah yang membuatkan pertimbangan kita lebih benar daripada pertimbangan orang lain? Yakinilah bahawa hidayah itu dari Allah swt. Bukan dari manusia. Maka, yang kita utuskan untuk menyampaikan dakwah itu sekadar perantara-perantara cuma. Siapa pun dia, andai Allah swt berkenan mengutuskan rahmat dan hidayahNya buat manusia di daerah itu, inshaAllah, pastikan berjaya juga.Tapi itu tidaklah menjadikan kita alasan bahawa kita tidak perlu membina para du’at kita. Tawakkal itu bersandar kepada usaha.

Belum tibakah waktunya untuk para du’at duduk dan berfikir dengan kematangan dan professional?

Medan dakwah terbahagi kepada 2:

1) medan membina mad’u

2) medan membina du’at sendiri

Jangan mengabaikan walau salah satu diantaranya.

Fikirkan. Andai kata dakwah ini cuma mampu digerakkan oleh individu-individu tertentu, sudah pasti sahabat-sahabat yang sama sahaja yang dihantar sebagai utusan-utusan kepada kerajaan luar, sahabat-sahabat yang sama sahaja dilantik sebagai panglima angkatan tentera, sahabat-sahabat yang sama sahaja yang meriwayatkan hadith dan sebagainya.

Tapi seerah menyaksikan kepada kita, Khalid Al Walid r.a sendiri pernah dilucutkan jawatannya kerana khalifah tidak mahu umat Islam merasakan kejayaan dakwah dan perjuangan itu terikat kepada individu tertentu, sebaliknya  semua itu sebenarnya bergantung penuh kepada Allah swt. Nak bina mindset bahawa kalau perang itu tidak dipimpin oleh Khalid Al Walid pun inshaAllah perang itu masih boleh menang kerana menang kalah itu ditentukan oleh Allah swt.

Mudah-mudahan kita lebih banyak bermuhasabah. Jangan biar syaitan memburuk-burukkan ukhuwwah.InshaAllah, kita semua dapat pahala atas semua pandangan yang diutarakan demi mencari penyelesaian kepada masalah umat, sekalipun pandangan itu tidak diterima. Allah swt maha melihat segala yang nyata dan yang tersembunyi.

Dan tidak lah aku menulis, melainkan kerana aku mencari ampunan Tuhanku yang Maha Luas.

Wa astaghfirullah wa atubu ilaik.

BFG: You’ll make it through! InshaAllah!

Back for Good.

atau BFG.

Adalah satu kebimbangan besar yang sering menyelaputi fikiran ikhwah akhwat yang bakal pulang ke tanah air kerana telah tamat pengajian akademik di luar negara. Tidak kisahlah kita graduan dari universiti atau dari negara mana pun, untuk pulang ke tanah air, setelah beberapa tahun mendapat didikan dan tarbiyyah luar negara, kita akhirnya perlu pulang dengan seribu satu kerisauan yang mengelabui hati kita. Ramai orang selalu berkata, “medan sebenar kita adalah Malaysia.” Hehe. Tapi aku tak prefer sangat ayat ni. Tapi takmau bagitau sebab apa. Haha. Tapi ada la kebenaran pada statement tersebut inshaAllah.

Hasil perbincangan dan borak-borak dengan beberapa orang akhwat yang bakal back for good penghujung tahun ini, aku merasa terpanggil untuk menulis sesuatu berkaitan hal ini. Sekalipun aku barangkali tidak akan back for good lagi untuk beberapa tahun, sebab aku baru sahaja bermula pun… Baru di tahun 2 perubatan. Maka, inshaAllah, still a long way to go. Kalau go back pun maybe go back for food. Bukan for Good la.. Haha <– lawak x berapa jadi. Hehe.

Anyways, to nail the point, nak cakapnya, aku sendiri tak dapat betul-betul merasai kerisauan ikhwah akhwat yang nak BFG ni. Tapi hasil muayasyah-muayasyah yang telah berlaku, aku merasa tanggungjawab untuk memberi sedikit motivasi lah kot. Above all, blog Laskar Mentari ini pun taglinenya adalah “Sebuah Motivasi Untuk Para Da’ie”… kan? (Jangan cakap kau tak tau pulak? Baca la kat tepi nama blog tu.. T_T ) HuHu.

Aku rasa ada beberapa punca kerisauan orang-orang yang nak BFG ni. Oleh sebab kalau nak bagi ubat pun, kita kena tahu punca dan asal usul penyakit. Maka kita kena ikut sunnatullah lah, kena tahu apa punca-punca kerisauan untuk BFG ni dan macam mana nak manage dia. Puncanya aku rasa basically adalah:

1) Risau tidak mampu thabat

2) Risau dengan nature kerjaya nanti yang boleh jadi sangat mengganggu nanti

3)Faktor keterikatan dengan family

Sedikit disclaimer, seriously aku tidak ada apa-apa “ubat” pun kepada masalah ini. Allah swt jualah sebaik-baik tempat untuk kita memohon dan mencari penyelesaian dan ketenangan. Aku sekadar menulis dan memanfaatkan qalamku, agar sedikit sebanyak dapat meringankan kerisauan yang memendungi hati ikhwah dan akhwatku.

So jom kita bedah satu demi satu, inshaAllah:

1) Risau tidak mampu thabat:

Thabat ni apa? Thabat ni steadfast. Lasting. Sturdy. Firm and steady. Ertinya, we stay on the tract, sampai bila-bila. And bukan stay je, it’s about stay and sturdy. Kau kekal, dan kau juga kukuh! Ramai orang boleh duduk lama dan sampai tua, tapi untuk terus bersemangat, terus firm, steady and sturdy tu bukan mudah en? Aku pun tak tahu macam mana nak maintain macam para syuyukh tu. Tapi hasil borak-borak, apa yang aku nampak, kesusahan dan kepenatan di jalan dakwah adalah sebaik-baik pelekat yang akan semakin hari akan semakin melekatkan hati dan jasad kita ke jalan dakwah JIKA benar niat dan matlamat kita, inshaAllah.

Aku melihat sendiri, bagaimana orang-orang biasa tiba-tiba menjadi luar biasa, hanya kerana mereka dirundung kerumitan dan kepahitan yang sangat menyakitkan di jalan dakwah. Lihat Rasulullah saw dan para sahabat sendiri, semakin berat ujian Allah, semakin kukuh kaki mereka berpijak di atas jalan dakwah ini. Kadang-kadang kita perlu merasa susah dan penat itu, barulah kita akan semakin sayang dan semakin mencintai tarbiyyah dan dakwah ini. Seriously. Macam bercinta, kalau dihalang, diuji, dipisahkan, pasti akan semakin kuat dan kukuh cinta tersebut.

Allah telah pun memujuk kita lebih awal lagi di dalam firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata) “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu.” ” (Fussilat: 30) 

Ikhwah wa akhwat, Allah swt mahu kita kuat dan kukuh di jalan dakwah. Allah telah menjamin kita dengan berita gembira yang tidak ada lagi sesuatu yang lebih menggembirakan daripadanya iaitu syurga. Maka apakah yang melemahkan hati kita lagi? Kita perlu melawan perasaan berat dan gangguan-gangguan syaitan yang membenci gerakan dakwah ini. Kita harus tetap kukuh walau sekering manapun hati kita kerana hanya dengan terus bertahanlah, kita akan terus selamat dari kotoran-kotoran jahiliyyah dunia di luar sana. Kita harus meneguhkan pendirian kita sepertimana yang Allah swt sebutkan dalam ayat tersebut. Dan pastinya, untuk tetap berdiri di atas jalan dakwah itu terlalu susah, sehingga Allah swt memberi jaminan syurga kepada yang kuat bertahan diatasnya. Ameen. InshaAllah.

2) Risau dengan kerjaya nanti…

Yang ni aku rasa memang kena sangat-sangat banyak muayasyah dengan syuyukh2 a.k.a pakcik makcik dan orang-orang lama dalam dakwah ni sebab mereka telah lebih dahulu melalui fasa-fasa begini. Pasti mereka ada banyak cerita yang boleh menjadi teladan kita. Jangan terlalu overwhelmed la dengan isu kerjaya ni especially kerjaya sebagai doktor dan guru yang sangat possible untuk dicampak ke pedalaman dan tak dapat reach program-program tarbiyyah selalu. Aku teringat satu babak dalam cerita Sang Murabbi. Ketika itu Ustaz Rahmat memberitahu murabbinya bahawa beliau tidak dapat ikut serta ke Mesir kerana tuntutan tanggungjawabnya kepada ibunya. Lantas murabbinya memujuk dengan berkata, “Ladang dakwah ini luas.. dimana kita berada, disitulah dakwah kita sebarkan…” Lebih kurang macam tu lah katanya.

Makanya, kita jangan cepat mengalah. Kita boleh melakukannya. Ramai ikhwah dan akhwat yang berjaya mentajmik ramai orang di kawasan-kawasan masing-masing. Dakwah kita tidak cerewet. Kita ingin nur Islam menyinari seluruh dunia, sekalipun di kawasan yang matahari pun tidak sampai kepadanya. Tapi andai kita tercampak ke kawasan itu, biarlah kita yang menjadi mentarinya. Suluhkan lah cahaya Islam itu biar semua hati merasai keterangan dan ketenangannya. Semua manusia terlalu berhak.

Bayangkanlah, andai dakwah Nabi saw dulu hanya target orang-orang kelas tinggi dan bangsawan, kita tidak akan dapat pemuda sehebat Abu Dzar yang asalnya datang dari perkampungan yang terkenal dengan pencuri-pencuri. Begitulah juga dakwah kita… Kalau orang-orang di luar tarbiyyah, maybe dia akan concern. Kerana dia akan boring, takde entertainment nanti, dan takleh nak shopping sangat kat pedalaman tu etc, so kerjaya tu akan menjadi beban dan memberatkan hatinya. Tapi inshaAllah seorang mukmin ,lebih-lebih lagi yang memahami dakwah itu, soal ini boleh jadi mencetus juga sedikit kerisauan tapi inshaAllah akan mampu melihat sisi positif pada setiap ujian dari Allah. Lagipun Allah swt berfirman dengan penuh cinta, yang bermaksud:

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,

(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, “innalillahi wainna ilaihi roji’un”(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). ” 

Orang-orang yang sabar ni, apa janji Allah kepada mereka? Apa berita gembira tu? Haaa… Allah kata, yang bermaksud..:

“Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. “

(Al Baqarah: 155-157) 

3) Faktor keterikatan dengan family:

Family kita semua mestilah berbeza-beza en. Masing-masing ada concern dan approach tersendiri. Sesetengah dari kita maybe takda masalah langsung nak selalu keluar ke apa ke bila duduk di Malaysia nanti sebab family memang jenis yang bagi freedom dan lepas je kita nak gi mana-mana. Tapi setengah orang, atas sebab-sebab keselamatan dan kerisauan hati, parents kadang-kadang jadi semakin strict dan semakin sukar nak minta kebenaran keluar etc. Dalam hal ini, support dari ikhwah akhwat sekeliling adalah amat amat penting.

Maybe boleh bawa ikhwah/ akhwat melawat ke rumah kita agar dapat jumpakan dengan parents so that dapat bina kepercayaan parents untuk melepaskan kita kerana tahu kita ditemani teman yang baik dan boleh dipercayai mereka. Parents ni nak ceritanya, diorang ni sepatutnya dicucuk sejak awal lagi.. Aku sendiri bukanlah contoh terbaik untuk bercakap soal ini. Tapi suatu masa dahulu, setiap kali naik kereta dengan mama, aku akan try selit-selit kisah-kisah nabi atau ayat-ayat Quran dengan apa yang diborakkan dalam kereta tu. Alhamdulillah, parents aku sangat okay setakat ni dengan urusan-urusan tarbiyyah. Mungkin juga kerana dia telah melihat banyak perubahan positif yang sungguh diluar jangkaannya. Percakapan kita dengan parents juga harus matang dan mempamerkan peningkatan kualiti diri at times supaya kita mendapat kepercayaan mereka. Kerana kepercayaan mereka adalah keizinan mereka. Dan keizinan mereka adalah keberkatan untuk kita.

Trust me, Tidak ada apa-apa yang sebenarnya tidak melayakkan keluarga kita untuk menikmati rasa dan nikmatnya tarbiyyah dan dakwah ini. Involvekan lah mereka sedikit demi sedikit, jika bersesuaian. Dulu masa cuti habis KMB, aku ada 6 bulan di Malaysia dan memang masa tu banyak masa juga… so bila borak-borak dengan mama , aku cakaplah, aku rasa aku nak buat ceramah-ceramah motivasi kat sekolah-sekolah menengah sekitar kawasan rumah tu.. nak bantu “anak-anak bangsa”. Hah. sebut je “nak tolong anak-anak melayu kita”, mak aku terus semangat… Pastu aku tune la slow-slow. Nak tolong “anak-anak melayu kita ni… study pun tak jaga… agama pun entah ke mana…” and akhirnya mama pun merasai tanggungjawab tersebut. Satu petang kami pusing-pusing di Sungai Petani, mama sendiri yang drivekan kereta dan bawa aku ke sekolah-sekolah menengah berdekatan untuk jumpa cikgu disiplin atau kaunselor dan arrangekan slot slot motivasi. Alhamdulillah, dapat masuk ke satu sekolah ni, sekolah pelajar perempuan sahaja. Dan sekolah ini memang sangat terkenal dengan macam-macam masalah disiplin termasuk lesbian.

Dan aku jumpa guru disiplin dan cikgu tu macam happy sangat sangat kerana ada anak-anak muda seperti kita, yang datang dan ingin menyumbang sesuatu. And at last, dapat buat ceramah motivasi (sebenarnya muqadimah ISK ) dan memang dapat kumpulkan hampir 20 orang dari sekolah tu ketika itu yang akhirnya di”ISK”kan selepas mereka tamat SPM. Aku sempat berliqo’ dengan mereka dua kali sebelum aku fly. Dan yang paling best adalah, masa buat ISK untuk pelajar-pelajar form 5 tu, mama sendiri yang cari home stay untuk ISK tu, mama sendiri yang jadi AJK Masakkan. HeHe. comel kan? Adik-adik aku jadi tukang angkat periuk dan AJK kebersihan. Adik bongsuku nana adalah AJK Ukhuwwah sebab sepanjang program ISK tu, dialah yang mennghubungkan banyak hati-hati disitu.Ya Allah…

Saat aku melihat bagaimana kesungguhan ahli keluarga bekerja bersama-sama, walaupun kefahaman mereka barangkali cuma seperti orang-orang biasa,,. tapi bila melihat mereka bertungkus lumus, aku sangat merasai keindahan dan betapa bestnyaaaa kalau ahli keluarga kita juga dapat sama-sama diserap kedalam tarbiyyah. Dan sungguh, kitalah yang perlu berusaha. Kita perlu bawa sinar Islam iu ke dalam rumah-rumah kita. So, jangan takut dengan keterikatan dengan family ni. Come on… bertahun-tahun tarbiyyah di luar negara, berbagai-bagai ragam manusia kita temui. Mustahillah tidak ada walau sepercik pun dari pengalaman kita itu yang tidak dapat digunakan untuk menembusi tebing keluarga kita dan membawa sinar Islam yang sebenar kedalamnya.

I know it is not that easy, but It’ s not impossible. Que sera sera.

Sebagai pengakhir kepada post ini, aku nak share satu lagu mantop yang aku sangat suka ketika umurku 10 tahun dulu. Sekarang pun aku suka juga, Tapi dulu kecik-kecik, aku sangat sukaaaa lagu ni.

Sahabati, kita harus thabat. Demi umat. Just stay the way you are. Believe in yourselves! And pray hard. Cause no matter what, if Allah memang mahu kita tetap terus di jalan ini, walau sedahsyat manapun takdir menggoncang kita, kita tidak akan dengan mudah membiar diri dilambung dan kemudiannya jatuh berderai. Bertahanlah wahai du’at. Kerana dirimu begitu berharga. 🙂

Dari Jalan Raya ke Jalan Dakwah

Setiap orang pasti ada titik-titik dalam hidupnya yang meninggalkan kesan besar dan membawa perubahan besar kepada dirinya. Alhamdulillah, pertemuan aku dengan sebuah dunia sukar tapi indah yang bernama tarbiyyah ini banyak sekali memperkenalkan aku kepada manusia-manusia biasa yang penuh kisah-kisah luar biasa dalam hidup mereka. Aku selalu memberitahu hatiku bahawa Allah swt tidak akan pernah membiarkan satu detik pun dalam hidup kita itu berlalu sebagai sesuatu yang sia-sia. Walaupun, ketika itu kita sedang melakukan perkara yang paling sia-sia dalam hidup kita, saat ia telah berlalu, dan kita menyesalinya, menjadilah detik sia-sia itu detik yang bermakna dan berharga sekarang, kerana ia mencetus taubat dan tekad untuk memperbaiki keadaan.

Kerana Allah swt adalah Al-Khaliq yang menjadikan segala sesuatu dalam sebaik-baik rupa dan keadaan. Sepertimana firman Allah swt dalam surah As Sajdah, ayat 7, yang bermaksud:

“Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah,”  

Kerana itulah seorang mukmin itu meyakini bahawa jalan hidupnya dan segala onak duri yang datang menyimpangi jalan, adalah cantik, baik dan bagus untuknya dan menjadilah dia dari kalangan orang-orang yang bersabar. Bukan mudah untuk membina feeling sebegini. Ia perlu tekad dan muhasabah yang besar. Ramai orang boleh mengucapkan alhamdulillah di saat kemenangan mendatanginya tapi hanya sekelumit yang mengucao syukur dan memuji Allah swt saat kesusahan datang menimpa-nimpa.

Tarbiyyah, menghidangkan manusia-manusia dari kelompok yang kedua ini. Yang ikhlas dan istiqamah, sekalipun diuji. Walaupun hakikatnya hatinya tetap merasa berat, dia lelah dan penat, tapi kerana ruh tarbiyyah sudah mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah, maka seseorang itu akan tetap bangun dan meneruskan nafas dakwahnya. Walaupun segala sesuatu disisinya tidak membantu tarbiyyah dirinya, dia akan tetap berkilau. Kerana hari ini dia logam Islam. Bukan lagi logam jahiliyyah.

Boleh jadi ikhwah atau akhwat yang duduk di sebelah kita sekarang, 4-5 tahun yang lepas adalah pelajar paling nakal di sekolahnya. Mungkin dia pernah merokok, pernah bercouple dan berpegangan tangan. Mungkin juga ikhwah yang disebelah antum sekarang dulu pernah belasah budak-budak junior sekolahnya di belakang blok asrama pada pukul 12malam (specific gile., macam kisah benar je..hehe)…Mungkin akhwat disebelah kita sekarang, dulunya pernah join geng mat rempit di kampungnya dan pernah keluar dengan budak lelaki malam-malam naik motor, pegi tengok bunga api hari merdeka.. (haa.. bukan aku okay.. rekaan je ni. serious.. )…

Lihatlah diri kita sendiri. Entah dari mana-mana je Allah swt kutip kita, kemudian bersihkan kita, lepas tu Allah swt celup celup kita dengan sibghah tarbiyyah ini sehingga mata kita yang diselaputi debu-debu jahiliyyah tu akhirnya bersih, cerah, terang, nampak.. haaa… inilah Islam.. inilah yang aku cari selama ni.. dan hari ini, menjadilah kita anak-anak muda yang berguna, yang berfikir , yang peduli kepada agama, bangsa dan negara…

Hello… you are not who you think you are today kalau Allah tak selamatkan you. Betul tak?

So, sebagaimana tarbiyyah boleh dan telah mengubah kehidupan kita, membersihkan diri kita, memberi harapan dan wawasan baru kepada kita, seperti itulah juga kita sepatutnya berharap, berusaha dan berazam sepenuh hati dengan penuh yakin bahawa tarbiyyah ini akan mampu membawa perubahan kepada umat ini juga.

Amal tidak akan berbuah tanpa dibajai keyakinan. Sesuatu yang kita tidak yakini dengan jelas, kita tidak akan yakin untuk menyampaikannya, apatah lagi memperjuangkannya sehabis daya. Kalaupun kita berjuang untuknya, kita pasti tidak akan lama, kerana kita menjadi tidak selesa kerana terbeban dengan ketidakjelasan dan kekusutan.

Nafas dakwah masih panjang dan belum berakhir. Dan kita akan terus menyaksikan rombongan demi rombongan manusia meninggalkan bangunan-bangunan dan kompleks-kompleks jahiliyyah kepada binaan-binaan Islam dan titian-titian jannah.

Siapa sangka, suatu hari nanti, mungkin ikhwah yang duduk disebelah kita, 5 tahun yang lalu adalah seorang mat rempit. Tapi Allah menyelamatkannya. Dari jalan raya, dia kini di jalan dakwah. Dan hari ini dia bersama-sama kita. Tidak mahukah kita melabuhkan bahtera penyelamat ini agar seluruh umat dapat berlayar bersama-sama kita?

Allahuakbar.

Betapa besarnya tanggungjawab kita…