Hati yang besar dan sakit.

Alhamdulillah. Tadi adalah sesi terakhir untuk abdominal examination skill di John Hunter Hospital. Abdo exam yang aku buat tadi adalah yang paling best aku rasa. Sebab tadi, untuk pertama kalinya, aku palpate perut patient dan aku berjaya rasa liver dan spleen die dengan nyata sekali. Camne aku tau itu liver? Sebab aku palpate, try rasa edge dia, rasa macam lumpy lumpy sket and macam ada 2 lobe yang dibahagi di tengah-tengah. Dan perkara itu disahkan Dr Robert, registrar yang ikut kitorang buat abdo exam tu. Lepas tu aku dapat rasa spleen pesakit tu pulak and memang jelas betul sebab spleen(limpa) dia memang besaaaarrr sangat…

Patient tu memang mengalami hepatomegaly dan splenomegaly. Bahasa senang die adalah, hati dan limpa dia enlarge sebab dia ada chronic liver disease. Selepas interview sikit sikit, taulah kami, patient ni rupenye drug abuser. DADAH MEMANG MEMBAWA PADAH. Tapi pakcik ni mangsa keadaan. Pakcik ni mula ketagih dadah selepas balik dari perang. Cerita pakcik tu, ketika zaman perang dulu, “when someone shouts ‘heroin!!!’, they’ll just give it!”. So, selain dadah, PERANG JUGA MEMBAWA PADAH… (Agaknye..sebab tu lah dalam Islam, perang ni last resort..). Kena tembak, kena serpihan bom, kena tikam, semua ni adalah trauma-trauma yang sangat sangat menyakitkan, maka jawapan pantas untuk meredakan kesakitan-kesakitan ini adalah dadah-dadah Opioids yang kuat seperti Morphine dan semi-synthetic seperti Heroin. Dan hari ini, setelah puluhan tahun meninggalkan medan perang, pakcik tua ini terpaksa berperang sekali lagi untuk terus hidup- berperang dengan chronic liver disease.

Pakcik ni ada banyak tatoo. Ada gambar-gambar, ada tulisan. Bila ditanya, “what does this tatoo mean?”. Pakcik kata, “You don’t wanna know what it means.”

Kami terdiam.

Pakcik sangat baik. Dia bagitahu aku di mana perlu picit supaya lebih cepat dapat kesan benjolan-benjolan di perutnya. Pakcik juga banyak kali berjenaka. Pakcik kata aku tinggal dalam rumah ais, sebab tangan sangat sejuk. Dr Robert kata pakcik juga ada hepatitis C. Maksudnya, liver dia pun dijangkiti virus hepatitis C (HCV). Aku tak terkejut. Sebab pakcik memang banyak tatoo. Tatoo boleh jadi faktor sebaran Hepatitis C. Sebab Hepatitis C ni tersebar melalui blood-to-blood contact. Pakcik juga kata dia pernah dapat blood transfusion masa perang dulu. Masa zaman dulu, darah yg didermakan belum ada teknologi menyaring untuk hepatitis C. So, mungkin ni one of the reason. Hmm…

***************************************

Eh,Kenapa cerita pasal pakcik ni pulak???

Entah. Kau rasa sebab apa?

Percuss la dada, tanya jawapannya.

Advertisements

4 thoughts on “Hati yang besar dan sakit.

  1. salam paa!!
    huhu..wahh bestnye dpt rasa liver and spleen! sbb ktorg dpt patient sihat..huhu
    alhamdulillah, best baca blog ni..truskan menulis ya paa..semoga Allah redha..

    huda mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s