Wahai du’at, waspadalah!

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana kau sedang dalam bahaya. Apabila kau diberi mandat sebagai muwajjih, beristighfarlah, kerana saat itu syaitan akan mula membisikkan hasutan bahawa kaulah yang terbaik dalam kalangan sahabatmu, kerana itu kau dipilih. Di saat itu jijiklah dengan niatmu dan lucutlah sudah ikhlasmu, maka berpalinglah dari syaitan dan baikilah hatimu.

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bila kau diberikan sedikit kelapangan harta, kau kembali mengira-ngira bahagian demi bahagian dari hartamu dan kau mula berbelanja seperti orang-orang biasa yang tidak pernah tahu kisah infaq Abu Bakar dan Umar al Khattab, kisah ar-Rasul mengikut batu di perut ketika menggali Khandak, kisah Mus’ab bin Umair yang menjadi pemotong kayu selepas Islamnya. Maka saat itu bencilah duniamu, kerana ia sudah menempati hatimu. Cabutlah duri wang ringgit itu dari hatimu, dan buanglah sejauh mungkin. Agar kau dan tentera-tentera Allah yang lain tidak akan terpijaknya lagi.

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bilamana kau melakukan sedikit pengorbanan dan diberi sedikit amanah, kau merasa tinggi dan menghampiri kisah hidup para sahabat yang kau ketahui. Kau mula merasakan keinginan untuk menceritakan pengorbananmu kepada manusia lain dan kau hujahkan ia sebagai perkongsian padahal hakikatnya adalah kebanggaan. Saat itu menangislah, kerana segala amalmu barangkali sudah menjadi debu berterbangan, padahal tadinya kau adalah seorang pejuang. Bersedihlah, kerana kalah sudah hatimu kepada bisikan sang seteru yang cemburu dengan segala kebaikan dan amalanmu.

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana kau dalam bahaya. Bilamana setiap malammu diisi dengan solat dan zikir yang sayu. Kau mula merasa puas dan sudah cukup amalanmu. Kau bangun dari kalangan sahabat-sahabatmu yang sedang nyenyak dalam tidur mereka, kau melangkah menadahi air untuk bersuci, tapi hatimu kotor sekali. Kerana ibadahmu, sungguh, hanya seorang diri. Kau mahu diketahui bahawa kaulah orangnya yang tidak pernah meninggalkan solat malammu, tidak pernah terlewat dalam subuhmu dan sentiasa tepat waktu solatmu. Saat itu, istighfarlah dengan sepenuh hatimu, kerana sia-sialah sudah segala usahamu. Kerana redha manusia yang lebih kau buru.

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana sungguh, kau dalam bahaya. Bila kau dilanda kesedihan kerana tidak diterima ajakanmu kepada Allah, kau mula memandang jauh mad’u mu. Kau merasa sudah tiada harapan lalu kau pun menjauhkan diri. Kau meninggalkan mereka dan berangkat pergi. Kau mula merasa teruknya kehidupan mereka tapi kau tidak berbuat apa-apa. Kerana hatimu berkata, mereka sudah tidak boleh diubah. Kau lebih suka dijemput-jemput menyampaikan dakwah. Kerana hakikatnya lebih mudah kerana hadirinnya sudah tersedia. Kau lebih suka mencari yang mudah-mudah sahaja, kerana kau tidak ditolak bahkan dipuji dan dijadikan contohi pula. Maka saat itu bersedih lah dengan sepenuh jiwa, kerana hilanglah sudah nikmat dakwah dari duniamu. Jauhlah sudah dirimu dari tarbiyyah ar Rasul. Tidaklah dapat kau merasai penolakan dan kebencian yang dilalui ansarullah terdahulu. Bersedihlah, kerana kau rupanya pengecut yang bermudah-mudah dalam dakwahmu.

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana kita sentiasa dalam ribuan bahaya. Kerana kita sentiasa dikelilingi kaca. Setiap mata memandang tindak-tanduk dan perbuatan kita. Maka, sekalipun kita mengeluh atau berkata yang sia-sia, barangkali kita sudah mencipta fitnah kepada dakwah. Ya, hakikatnya memang berat. Kadangkala kita mahu kehidupan seperti biasa, kita mahu diizinkan untuk berperasaan seperti biasa, kita mahu diberi masa dan tidak dipaksa-paksa… Tapi kalau benar cinta kita kepada syurga, ketahuilah bahawa syurga tidak diisi oleh manusia biasa.

Kita boleh memilih untuk hidup seperti biasa dan kembali kepada kehidupan yang lama, kita tidak perlu lagi menyediakan seluruh hujung minggu kita untuk program-program, kita tidak perlu lagi menginfakkan wang kita, kita tidak perlu lagi menahan telinga mendengar kemarahan manusia sekeliling yang tidak mahu menerima dakwah kita… Ya, kita boleh memilih kehidupan begini kalau kita menginginkannya. Tapi hakikatnya terlepas lah sudah redha Allah yang kita dambakan. Kalau mahu, ar rasul dulu boleh sahaja berdoa dan minta Allah jadikan sahabat-sahabat kaya supaya tentera Islam punya banyak harta untuk berperang dan alatan perang juga mencukupi. Kalau mahu Rasulullah boleh minta dijadikan dirinya dan para sahabat kenyang sentiasa ketika tidak cukup makanan dan musim kemarau panjang ketika perang khandak dan tabuk. Kalau mahu ar Rasul boleh saja mohon Allah jadikan beliau terus dapat menawan takhta di sebagai pemerintah di semenanjung Arab agar terus dapat disebarkan Islam dengan meluasnya melalui jajahan kuasa. Tapi hakikatnya, tidak begitu. Tidak begitu.

Kerana tarbiyyah itu sinonimnya sukar. Ia anugerah, ia juga ujian. Bukanlah namanya dakwah, kalau tidak dibayar dengan tangisan dan darah. Bukanlah namanya tarbiyyah kalau segalanya mudah dan megah.

Wahai du’at, waspadalah!

Kerana pada saat kau menyangka kau sedang membantu agama Allah, kau barangkali sebenarnya hanya sedang menjatuhkannya. Kerana kelemahan jiwa dan ketakutanmu. Betapa buruknya kejadian dan kewujudanmu di jalan ini, kalau hadirmu cuma sekadar menyempitkan jalan dan melambatkan perjalanan para tentera Allah.

Maafkan aku andai kata peringatan ini pahit untuk didengar dan sakit bila dirasa. Aku khuatir sekali kerana kita sudah tidak punya banyak masa. Andaikata seorang pun dari kalangan tentera ini yang gugur diperjalanan, akan terasalah bebanan di seluruh angkatan, dan semakin jauhlah kemenangan. Ayuhlah kita benar-benar membersihkan diri dan hati, kerana inilah senjata kita untuk membentengi umat ini. Sampai suatu masa, bila kita sudah tidak punya apa-apa lagi untuk mempertahankan syahadah ini, biarlah hati yang mendegupkan nadi ini yang menjadi perisai buat umat.

Wahai du’at, waspadalah. Agar kita sempat menyelamatkan umat. InshaAllah.

 

 

Advertisements

17 thoughts on “Wahai du’at, waspadalah!

  1. Pingback: Tweets that mention Wahai du’at, waspadalah! « Laskar Mentari -- Topsy.com

  2. MasyaAllah, sungguh terkesan dgn entry ini..Smoga hati-hati ini sentiasa dipelihara olehnya..pa’a minta untuk di share dgn sahabat..jzkk, khairunnisa=)

  3. Definitely consider that that you stated. Your favourite reason seemed to be on the net the easiest thing to have in mind of.
    I say to you, I certainly get annoyed whilst other people think about worries
    that they plainly don’t recognize about. You controlled to hit the nail upon the highest and also outlined out
    the entire thing without having side-effects , people could
    take a signal. Will likely be again to get more.
    Thank you

  4. Howdy! I could have sworn I’ve been to this website before
    but after browsing through many of the posts I realized it’s new to me.

    Anyhow, I’m certainly happy I found it and I’ll be book-marking it
    and checking back regularly!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s