Ubay Bin Kaab

Ubay Bin Kaab r.a adalah sahabat nabi yang paling baik bacaan Al Qurannya.

Nabi kata,

“Aqro’ ukum Ubay”

Yang paling pandai baca (al- Quran) dari kalangan kamu adalah Ubay

Apabila turun Surah Bayyinah, Nabi beritahu kepada Ubay bahawa Allah swt suruh nabi baca surah tu kepada Ubay.

Lantas Ubay r.a dengan penuh harapan bertanya,

” Zakaran fil mala’il a’la?!”

“(Allah) sebut namaku pada malaikat di al a’la (langit)?!”

Nabi menjawab,

“Ya, Tuhan sebut namamu pada malaikat di langit..”

Ubay r.a terus menangis teresak-esak.

Tidak tertahan-tahan lagi syahdu dan sendunya. Betapa bertambah iman dan cintanya kepada Allah swt. Adakah sesuatu yang lebih indah daripada diingat dan disebut oleh Tuhan Sekalian Alam?

Dampingilah Al Quranmu wahai du’at, dengan seikhlas hatimu.

Dia pasti sedang melihat.

Siapa tahu..

Barangkali namamu akan disebut-sebut juga disana.

 

 

Advertisements

Maa lakum?!

A038

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (9:38)

Kebelakangan ini kami melihat saff-saff muayyid bagaikan semakin pendek dan renggang.

Tak pasti kenapa. Tapi pandangan ini tidak indah bahkan sungguh menyedihkan.  Kadang-kadang kami tertanya-tanya, hairan sekali, kenapa ya masih ada  dalam kalangan kita yang masih mencari kaca-kaca padahal sudah tergenggam di dalam tangan kita, butiran-butiran mutiara?

Hairan betul. Kenapa mencari kembali kehidupan lama mu itu setelah Allah memberikan nikmat kehidupan yang baru ini? Kenapa kita mahu terjun kembali ke dalam kehidupan jahiliyyah itu setelah Allah mengangkat kita keluar daripadanya, menyucikan kita, meluhurkan kita dan memberkati kita?

Kenapa?

Kenapa?

Kenapaaaaa????

Pelik lah.

Kita semua memang tak kesian kat nabi kan? Kita semua memang tak pernah kisah pun sebenarnye kan dengan pengorbanan nabi saw dan para sahabat? Semua kekaguman kita terhadap pengorbanan dan tumuhat mereka di jalan dakwah tu semuanya adalah kekaguman yang palsu belaka, kan? Kita memang tak bersungguh-sungguh pun sebenarnya. Kan?

Kalau kita bersungguh-sungguh, pasti kita dah all out dalam dakwah dan tarbiyyah ini. Pasti kita tak membantah-bantah, mencari-cari alasan dan pasti kita tidak akan bermain-main dengan hidayah dari Allah swt ini. Tak takut ke main-main lagi lepas Allah swt dah bagi kita nikmat rasa keindahan Islam? Kenapa kita tak hargai hidayah Allah ni? Kita tunggu ape eh?

A140

“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. ” 

Dah lah jalan ini memang panjang, lambat, bertali arus dugaannya, jauuuh sekali. Hujung pangkalnya tidak kelihatan. Yang kita ada cuma tinggalan-tinggalan sejarah, betapa Islam itu pernah agung. Itu sahajalah yang menjadi motivasi kita. Ya, jalan dakwah manhaj para anbiya’ ini memang sukar, panjang dan jauuuuuh sekali.

Tapi kita still macam ni jugak. Tak habis-habis dengan konflik diri kita. Tak habis-habis dengan masalah-masalah peribadi kita. Tak habis-habis dengan ‘kepenatan-kepenatan’ kita yang tak perlu tu. Kitalah yang memberatkan jalan dakwah ini dengan masalah-masalah internal kita.

Akhi wa ukhti,

Kerana jalan ini sukar dan panjanglah, kita sepatutnya menguatkan diri dan berusaha sehabis daya membantu dakwah. Masalah-masalah internal kita memang takkan pernah habis. Janganlah kerana kelemahan-kelemahan kita, dakwah dan tarbiyyah ini yang menerima padah. Janganlah hanya kerana masalah hidup kita, manusia-manusia di luar sana yang masih tenggelam dalam jahiliyyah terus hidup dalam jahiliyyah itu. Janganlah kerana kita.

Merasai nikmat hidup dalam dakwah dan tarbiyyah adalah nikmat yang besar. Ia adalah hidayah. Ia adalah kurnia. Ia juga adalah ujian. Bukanlah kami menuntut-nuntut kita untuk terus istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam dakwah ini kerana dakwah ini memerlukan kita.. bukan sama sekali. Tetapi kami menuntut agar kita terus bersemangat dan bangkit dari kebodohan dan kecelaruan ini kerana kitalah yang memerlukan dakwah ini.

Lupakah kita tentang seruan Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104??

A104

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

wahai ikhwah akhwat,

adakah kita punya jawapan kepada soalan-soalan Allah swt keatas kita nanti? setiap lengah dan penangguhan yang kita rasakan tidak ada kesannya kepada sesiapa itu hakikatnya yang paling terkesan adalah diri kita sendiri. Tak payah menuding-nuding jari kepada sistem, kepada silibus, kepada program, kepada bahan daurah, kepada anak-anak usrah, kepada naqib/naqibah , atau kepada ustaz-ustazah, murobbi dan murobbiah. Tak payah menyalahkan faktor lain. Hakikatnya yang menjadi punca kita tidak merasai kemanisan tarbiyyah, kemanisan di jalan dakwah, kemanisan berukhuwwah, kemanisan berdaurah, kemanisan menginfaqkan diri, masa dan harta fisabilillah… semua semua ni kita tak rasa, SOLELY kerana KITALAH YANG MELARIKAN DIRI KITA DARI MERASAI KEMANISANNYA.

Allah swt dah berjanji bahawa,

A041

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Apakah yang berada dalam fikiran kita wahai tentera Allah? Adakah kita tidak merasa bebanan tanggungjawab di bahu kita? Kita nak Allah bagi apa lagi kat kita baru kita nak sampaikan Islam ni betul-betul? Apakah tidak cukup nikmat-nikmat dari Allah? Tidak cukupkah nikmat kesedaran Islam ini yang memuliakan kita dengan setinggi-tinggi darjat sebagai khairan ummah? Tidak cukupkan nikmat tarbiyyah yang mengenalkan kita dengan kitabullah yang selama ini kita cuma kenal huruf dan tajwidnya sahaja (tu pun bertuah kalau masih ingat betul-betul semua hukum tajwid yang kita belajar dulu tu… )? Tak cukupkah nikmat kesihatan, nikmat kekuatan tubuh badan, nikmat kecerdasan akal fikiran, nikmat terselamat dari maksiat dan kemungkaran?

Apa lagi yang tak cukup ya sehingga kita sungguh laid back bila bicara soal dakwah dan tarbiyyah?

Sampai dakwah ini yang perlu menyesuaikan diri dengan kita, bukan kita yang menyesuaikan diri dengannya.

Sampai dakwah ini yang kena merayu-rayu agar kita meluangkan sedikit masa untuknya, bukan kita yang merayu-rayu agar dakwah mengisi ruang masa hidup kita.

Sampai dakwah ini yang terpaksa mengalah bila kita merasakan kita penat dengan urusan-urusan dunia kita.

Sanggup kita melihat dakwah yang diwarisi oleh Rasulullah saw dan para sahabat ini terbiar dan tersisih, mengemis-ngemis perhatian dan kesungguhan kita menggerakkannya tapi kita masih menjawab-jawab, meminta-minta tangguh, dan menyangka bahawa tak ada efek pun kalau kita buat macam tu.

Sedih betul. Nabi saw sampai menangis-nangis rindukan kita, umatnya yang tidak pernah bertemunya ini, tapi kita, sedikit pun tak bother susahnya mereka memulakan dakwah ini dahulu. Bila sampai kepada kita, kita buat dakwah sebagai hobi. Aktiviti masa lapang sahaja. And buat bila hati rasa nak buat je. Bila taknak, kita tinggal. Bila sibuk, kita tinggal. Bila ada hobi baru yang macam lagi best je, lagi cool je, kita tinggal.

Kepada para pewaris dakwah, bukanlah kami menulis ini kerana apa-apa… hanya kerana dakwah ini nafasnya panjang sekali. Bersabarlah melawan perasaan dan nafsu diri. Lihatlah kiri kanan kita, betapa manusia semakin hari semakin gila, gila dalam kejahilan yang nyata. Kalau kita lambat, semakin parahlah umat.

Ya Allah, telah aku sampaikan.

Tahun 1? Tahun 2? Tahun 10?

Kadang-kadang, setelah beberapa lama kita berada di atas jalan ini, kita jadi lupa akan nilai-nilai yang kita pelajari ketika detik awal kita mula melangkah dulu.

Saat itu dulu sungguh indah.

Kita berlumba-lumba untuk berlapang dada

Kita berlumba-lumba untuk membersihkan jiwa

Kita berlumba-lumba untuk memperbaiki diri

Kita berlumba-lumba untuk saling memberi

Kita berlumba-lumba untuk melafazkan rindu dan uhibbuki

Kita berlumba-lumba membina kefahaman diri

Kita berlumba-lumba untuk merendah diri

Kita berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dari sesama sendiri.

 

Tetapi, kerana lamanya perjalanan, jauhnya pemandangan, bertambahnya pengalaman, kadangkala kami khuatir…

Yang bertambah bukanlah tawaddhu’ tetapi ego

Semakin susah hendak ditegur

Semakin sukar untuk dilentur.

 

Yang bertambah bukanlah cinta tetapi emosi

Pantang ditolak mencebik bibir

Bila ditegur dianggap sindir

semakin lama semakin meminggir.

 

Yang bertambah bukanlah yakin tetapi ragu

tidak tsiqah lagi pada sang guru

merasa dada dipenuhi ilmu

mana ditunjuk mesti dituju.

 

Yang bertambah bukanlah kasih tetapi marah

serba tak kena segala arah

ini tak betul, itu pun salah

semakin lama semakin parah.

 

Oooh, berapa lama sudah kita berlari-lari anak disini? 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun?

Oooh, berapa ramai yang berhijrah dari hamba dunia kepada hamba Allah di tangan kita? 10 orang? 100 orang? satu kampung seperti Abu Dzar?

Oooh, berapa banyak surah dari kitabullah yang terukir di dada kita sejak hari pertama kita menjejak tarbiyyah? 1 surah? 1 juzu’? 1 Qur’an?

 

da’iyah yang benar peribadinya perkasa,

semakin lama semakin sasa,

kukuh iman, takwanya raksasa,

bila didekati ikhlasnya terasa.

 

Kedegilan dan kekerasan hati seorang da’ie tidak menambah apa-apa kepada bangunan dakwah KECUALI meruntuhkannya serta-merta.

 

Allahu rabbi, selamatkanlah kami dari kejahatan dan kedegilan diri kami sendiri.

 

 

-Misi Membina Generasi Palestina- 🙂

All The Things She Said

Dulu kecik-kecik, ada beberapa pesanan mama yang selalu mendewasakan aku.

 

“Biar buruk, asalkan bersih…”

“Biar murah, asalkan ikhlas…”

“Biar tak kaya, asalkan hati baik…”

“Biar sedikit rezeki, asalkan berkat…”

 

Setiap saat yang berlalu adalah sejarah. Dan dalam sejarah ada pengalaman dan kenangan.

Apabila tiba waktuku memberi didikan kelak, mudah-mudahan Allah swt mengilhamkan pesanan-pesanan begini juga.

Agar dekat hati mereka dengan Palestina.

 

-Misi Membina Generasi Palestina :)-

Beratnya urusan mencetak manusia.

Benarlah takwin itu berat, meletihkan, dan menyedut segala tenaga yang ada, bahkan ia boleh mengguris dan melukakan jiwa andai para du’at tidak meletakkan tawakal pada yang selayaknya.

Semua orang berhak berusaha menjadi yang terbaik dimata Allah. Dan semua orang juga berhak menjadi pihak yang benar dan tidak dipersalahkan.

Andai puncanya adalah kelemahanku, ampunilah daku ya Allah. Agar aku semakin tunduk dan semakin berhati-hati dalam setiap langkahku.

Andai puncanya bukan padaku ya Allah, selamatkanlah daku. Agar aku tidak merasa tinggi kerana kebenaran yang berdiri disisiku.

Benarlah takwin ini berat. Kalau bukan kerana kebenaran yang telah Kau tunjukkan dan hutang-piutangku kepadaMu yang takkan pernah langsai, nescaya barangkali aku sudah berangkat pergi. Tapi pertahankanlah kakiku ya Allah, agar aku tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

😥

Allahul musta’an.

Jangan Gugurkan

Wahai para du’at.

Sedarlah akan asal usulmu.

Ketika kalian dalam lumpur jahiliyyah, Islam telah membersihkanmu.

Ketika kalian dalam kehinaan jahiliyyah, dakwah telah memuliakanmu.

Ketika kalian dalam kegelapan jahiliyyah, tarbiyyah telah menerangi hidupmu.

 

Hadirnya dakwah, ibarat titis-titis air hujan yang membasahii bumi tandus yang kering.

Setelah lama ia gersang dan kekeringan,

dakwah datang membawa kelembapan dan kesuburan.

Hijau dan segar pelbagai tumbuhan.

 

Keseimbangan alam ini bergantung kepada kekuatan graviti dakwah.Sepertimana orbit-orbit bumi bergantung kepada graviti matahari.

Belajarlah dari sejarah.

Kerana gugur dakwah, akhirnya gugur khalifah.

 

 

 

Semanis Kurma

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Memilih untuk berada di jalan basirah ini bukanlah satu pilihan yang mudah. Para du’at bisa saja untuk melepaskan diri mereka secara perlahan-lahan dari jalan dakwah yang berat ini dan kemudiannya kembali kepada kehidupan mereka yang dahulu—kehidupan yang banyak masa lapang, banyak hiburan, tidak perlu memikirkan masalah-masalah orang lain, tidak perlu memikirkan infaq-infaq yang belum dilunaskan, banyak masa untuk urusan-urusan pelajaran/pekerjaan, banyak masa untuk keluarga etc etc. Bisa saja para du’at melarikan diri, delete habis semua nombor ikhwah/akhwat didalam directory handphone dan buang terus kehidupan sebagai ansarullah. Tiada sesiapa pun yang boleh menghalang atau menghentikan keputusannya kalau dia memutuskan sedemikian.

Tapi, seorang da’ie yang benar dan jelas kefahamannya tidak mungkin mampu, tidak mungkin sanggup dan tidak mungkin mahu—sekalipun dia ada terfikirkan—untuk meninggalkan jalan dakwah.

Kerana mengeluarkan diri dari jalan dakwah, setelah diberikan hidayah, adalah ibaratnya melarikan diri dari syurga dan berlari menuju neraka. Allahu akbar.

Adakah kita sanggup terjun kedalam lumpur setelah dibersihkan?

Adakah kita sanggup masuk kedalam kegelapan setelah dimasukkan kedalam cahaya?

Adakah kita sanggup menjadi buta setelah diberikan penglihatan?

Adakah kita sanggup kembali kepada jahiliyyah setelah dikurniakan hidayah?

Tidak. Sekali-kali tidak.

Kita berdoa kepada Allah swt agar kaki-kaki kita terus terpasak kukuh diatas medan dakwah. Sekalipun kita dihujani panah-panah dunia, yang tidak henti dan hujanan peluru jahiliyyah yang tidak pernah sunyi, kita akan terus bertahan.

Dunia tidak akan berubah di tangan orang-orang yang lemah.

*****

Ingin aku kongsikan satu hadith yang sungguh membina keimanan dan cintaku terhadap Rasulullah saw serta terhadap jalan dakwah ini. Mudah-mudahan kalian turut beroleh manfaat yang banyak.

Dalam satu riwayat, disebutkan bahawa Rasulullah saw berhutang kepada seorang yahudi bernama Zaid Ibnu Sa’nah. Ketika waktu pembayaran kurang dua hari, ia datang kepada Rasulullah saw yang tengah berada di antara para sahabatnya. Orang itu menarik baju dan selendang Rasulullah saw lalu berkata: “Wahai Muhammad tidakkah kamu lunasi hakku? Demi Allah, saya tahu bahawa Bani Abdul Muthalib selalu mengulurkan (memanjangkan) waktu dalam melunasi hutang.”

Mendengar hal itu Umar naik pitam (terlalu marah) dan membentak Yahudi tersebut: “Wahai musuh Allah! apakah kamu berkata kepada Rasulullah apa yang baru saja aku dengar? Dan bertindak kepadanya sebagaimana apa yang aku lihat? Demi (Dia) yang diriku berada di tanganNya, sekiranya aku tidak mengkhawatirkan sesuatu yang akan luput dariku niscaya aku pukul kepalamu dengan pedangku.”

Namun Rasulullah saw segera menenangkan Umar r.a dengan penuh kelembutan dan berkata: “Wahai Umar, aku dan dia menginginkan selain itu, kenapa kamu tidak menasihati aku untuk segera melunasi dengan baik dan menasihatinya agar sopan dalam menagih hutang?, berikan haknya dan tambahlah kurma 20 sha.” 

Ketika Umar mengembalikan haknya dan tambahannya, Yahudi itu pun bertanya: “Apa tambahan ini?”

Umar lalu menjelaskan bahawa ‘tambahan tersebut adalah perintah dari Rasulullah saw karena aku telah membentakmu’. 

Mendengar penjelasan itu Yahudi itu pun berkata: “Wahai Umar, tidak ada sedikitpun tanda kenabian Muhammad, kecuali saya telah mengetahui ketika aku menatap wajah beliau. Namun ada 2 hal yang aku belum mengujinya, iaitu bahwa kesantunan beliau mendahului ketidaktahuannya dan kekerasan orang yang jahil akan menambahkan kesantunannya, dan kini aku telah menguji keduanya. 

Kerana itu saksikanlah wahai Umar bahawa aku rela Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabiku, dan saksikanlah wahai Umar bahawa setengah dari hartaku aku sedekahkan untuk kepentingan umat Muhammad saw. 

Setelah keislamannya, Yahudi ini turut serta dalam berbagai peperangan bersama Rasulullah saw dan akhirnya syahid dalam Perang Tabuk.”

(HR Thabrani dan Ibnu Majah).

Wahai du’at, apakah kita lebih redha dengan dunia setelah Allah swt berkenan menghadiahkan kebaikan di akhirat?

Wallahul musta’an.

Post ini scary. Jangan baca.

Hari ni aku nak share dengan kalian satu hadith yang menggetarkan hatiku. Hadith ni sangat overwhelming dan antara punca aku pening kepala sejak semalam. seriously.

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama menghayati.

Dalam satu hadith riwayat At Thabrani, ar Rasul saw bersabda, yang bermaksud,

“Segolongan orang-orang yang masuk syurga pergi kepada penghuni neraka. Penghuni neraka lalu bertanya: ‘Bagaimana kalian bisa masuk ke syurga?”. Penghuni syurga menjawab: “Tidaklah kami masuk syurga kecuali dengan apa yang pernah kami pelajari dari kalian.” Mendengar jawapan itu penghuni neraka berkata: “Kami memang mengatakannya namun tidak melaksanakannya.” (HR Thabrani)

Astaghfirullah…….

Ya Allah, ampuni kami dan kasihanilah kami. Selamatkan kami dari kelemahan-kelemahan kami. Jauhkanlah azab nerakamu dari kami. ameen.