Binalah manusia sesuai dengan fitrahnya

Sekarang ini dapat dikenalpasti beberapa trend terbaru para du’at yang terlibat dalam kerja takwin.

Trendnya adalah mendidik dengan superiority, teguran tidak membina dan ketegasan tidak bertempat.

Sedih kan? Kemana hilang dakwah kasih sayang kite?

Mungkin ada yang akan berkata, eh, LaskarMentari ni mesti tak pernah baca modul untuk fasa takwin ni… Memang di fasa begini bentuk tarbiyyahnya lebih bersifat sufi dan askari untuk membina kader-kader yang patuh tanpa banyak soal dalam urusan-urusan kerja dakwah. Kerana ia fasa penapisan untuk mendapatkan unsur yang baik-baik sahaja. Agar yang menggerakkan saff ini cuma yang benar-benar mahu bersama-sama dengannya sahaja.

Ya bener…

Tapi jangan sampai kita meninggalkan yang lebih asas daripada itu. Adakah kita melihat Rasulullah saw menjadi garang dan bercakap yang tajam-tajam dengan para sahabat pada mana-mana fasa dakwah baginda?

Memang ada waktu-waktunya Rasulullah saw menegur para sahabat dengan wajah yang merah padam kerana menelan marah. Misalnya apabila ditanya oleh Khabbab Al Arat “Bilakah bantuan Allah akan tiba?”. Nabi menegur beliau supaya bersabar. Tapi adakah bentuk akhlak nabi berubah-ubah mengikut fasa dakwah baginda?

Dari awal sampai akhir, yang nabi constantly buat adalah berakhlak dengan akhlak yang mulia.

Adakah kita cuma berakhlak, berlemah lembut, berkasih sayang ketika di fasa tajmi’ sahaja? Ketika nak DF sahaja? Ketika nak ajak pegi program sahaja?

Membina kader yang disiplin dan berhati waja itu tidak mudah. Memang perlukan approach yang lebih tegas dan penuh kawalan. Tetapi bukanlah beerti perlu menjadi murabbi yang berkata-kata tajam, selalu melihat kesilapan sahaja, tidak menghargai perubahan-perubahan kecil anak-anak buah, dan tidak lagi menonjolkan kasih sayang kepada mad’u-mad’u yang sedang dibentuk.

Berapa ramai orang yang mengalami tekanan hidup kerana dibesarkan dalam keluarga yang penuh pergaduhan, tak puas hati, marah-marah, cakap pedas-pedas dan sindir-menyindir?

Bukankah membina mad’u itu seperti membina anak-anak kecil. Apa yang kita buat, nanti dia akan terikut. Apakah pantas kita mewariskan sesuatu yang tidak enak begini sebagai salah satu cara dakwah padahal hakikatnya bukan begitu?

Melahirkan muayyid bukan beerti melahirkan tentera-tentera tidak berperasaan ketika berdakwah. Kita bukan mahu lahirkan robot dakwah. Kita nak lahirkan tentera yang berdakwah dengan hati dan perasaan. Dengan cinta dan keinginan. Kalau adik-adik yang sedang ditakwin perlukan support, merasa penat, risau atau bersedih hati kerana permulaan-permulaan mereka lambat dan macam siput, usahlah dengan mudahnya kita menampar hati mereka dengan kata-kata yang tajam dan ketegasan yang boleh mengguris hati. Sebelum guna approach tu, gunalah approach yang lebih lembut dan sesuai. Jangan bandingkan diri kita dengan mad’u-mad’u kita. Ujian manusia masing-masing berbeza. Barangkali di akhirat sana, dia lebih baik dan lebih indah pengakhirannya berbanding kita.

Didiklah mad’umu seperti seorang manusia. Bukan seperti robot tidak bernyawa. Bercakap dengan lembut dan tenang tidak beerti tidak mampu kelihatan tegas dan disiplin. Bersuara rendah dan tidak banyak berkata-kata bukan beerti tak buat kerja.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kerana bisa membawa kepada kefuturan yang selama-lamanya.

Wallahualam.

Secebis peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman seperjuangan.

Kerana saya terlalu percaya bahawa kelembutan dan kasih sayang selalu lebih mampu mengubah manusia.

Advertisements

6 thoughts on “Binalah manusia sesuai dengan fitrahnya

  1. May I just say what a relief to uncover someone that actually knows what
    they are talking about on the web. You definitely understand how
    to bring an issue to light and make it important.
    More people should read this and understand this side of
    your story. I was surprised that you aren’t more popular since
    you most certainly have the gift.

  2. Hello I am so grateful I found your blog, I really found you by mistake, while I
    was searching on Bing for something else, Regardless I am here now and would just like to say thanks for a incredible post
    and a all round thrilling blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read it all at
    the minute but I have bookmarked it and also added your RSS feeds,
    so when I have time I will be back to read a lot more, Please do
    keep up the excellent work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s