Maa lakum?!

A038

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (9:38)

Kebelakangan ini kami melihat saff-saff muayyid bagaikan semakin pendek dan renggang.

Tak pasti kenapa. Tapi pandangan ini tidak indah bahkan sungguh menyedihkan.  Kadang-kadang kami tertanya-tanya, hairan sekali, kenapa ya masih ada  dalam kalangan kita yang masih mencari kaca-kaca padahal sudah tergenggam di dalam tangan kita, butiran-butiran mutiara?

Hairan betul. Kenapa mencari kembali kehidupan lama mu itu setelah Allah memberikan nikmat kehidupan yang baru ini? Kenapa kita mahu terjun kembali ke dalam kehidupan jahiliyyah itu setelah Allah mengangkat kita keluar daripadanya, menyucikan kita, meluhurkan kita dan memberkati kita?

Kenapa?

Kenapa?

Kenapaaaaa????

Pelik lah.

Kita semua memang tak kesian kat nabi kan? Kita semua memang tak pernah kisah pun sebenarnye kan dengan pengorbanan nabi saw dan para sahabat? Semua kekaguman kita terhadap pengorbanan dan tumuhat mereka di jalan dakwah tu semuanya adalah kekaguman yang palsu belaka, kan? Kita memang tak bersungguh-sungguh pun sebenarnya. Kan?

Kalau kita bersungguh-sungguh, pasti kita dah all out dalam dakwah dan tarbiyyah ini. Pasti kita tak membantah-bantah, mencari-cari alasan dan pasti kita tidak akan bermain-main dengan hidayah dari Allah swt ini. Tak takut ke main-main lagi lepas Allah swt dah bagi kita nikmat rasa keindahan Islam? Kenapa kita tak hargai hidayah Allah ni? Kita tunggu ape eh?

A140

“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. ” 

Dah lah jalan ini memang panjang, lambat, bertali arus dugaannya, jauuuh sekali. Hujung pangkalnya tidak kelihatan. Yang kita ada cuma tinggalan-tinggalan sejarah, betapa Islam itu pernah agung. Itu sahajalah yang menjadi motivasi kita. Ya, jalan dakwah manhaj para anbiya’ ini memang sukar, panjang dan jauuuuuh sekali.

Tapi kita still macam ni jugak. Tak habis-habis dengan konflik diri kita. Tak habis-habis dengan masalah-masalah peribadi kita. Tak habis-habis dengan ‘kepenatan-kepenatan’ kita yang tak perlu tu. Kitalah yang memberatkan jalan dakwah ini dengan masalah-masalah internal kita.

Akhi wa ukhti,

Kerana jalan ini sukar dan panjanglah, kita sepatutnya menguatkan diri dan berusaha sehabis daya membantu dakwah. Masalah-masalah internal kita memang takkan pernah habis. Janganlah kerana kelemahan-kelemahan kita, dakwah dan tarbiyyah ini yang menerima padah. Janganlah hanya kerana masalah hidup kita, manusia-manusia di luar sana yang masih tenggelam dalam jahiliyyah terus hidup dalam jahiliyyah itu. Janganlah kerana kita.

Merasai nikmat hidup dalam dakwah dan tarbiyyah adalah nikmat yang besar. Ia adalah hidayah. Ia adalah kurnia. Ia juga adalah ujian. Bukanlah kami menuntut-nuntut kita untuk terus istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam dakwah ini kerana dakwah ini memerlukan kita.. bukan sama sekali. Tetapi kami menuntut agar kita terus bersemangat dan bangkit dari kebodohan dan kecelaruan ini kerana kitalah yang memerlukan dakwah ini.

Lupakah kita tentang seruan Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 104??

A104

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

wahai ikhwah akhwat,

adakah kita punya jawapan kepada soalan-soalan Allah swt keatas kita nanti? setiap lengah dan penangguhan yang kita rasakan tidak ada kesannya kepada sesiapa itu hakikatnya yang paling terkesan adalah diri kita sendiri. Tak payah menuding-nuding jari kepada sistem, kepada silibus, kepada program, kepada bahan daurah, kepada anak-anak usrah, kepada naqib/naqibah , atau kepada ustaz-ustazah, murobbi dan murobbiah. Tak payah menyalahkan faktor lain. Hakikatnya yang menjadi punca kita tidak merasai kemanisan tarbiyyah, kemanisan di jalan dakwah, kemanisan berukhuwwah, kemanisan berdaurah, kemanisan menginfaqkan diri, masa dan harta fisabilillah… semua semua ni kita tak rasa, SOLELY kerana KITALAH YANG MELARIKAN DIRI KITA DARI MERASAI KEMANISANNYA.

Allah swt dah berjanji bahawa,

A041

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Apakah yang berada dalam fikiran kita wahai tentera Allah? Adakah kita tidak merasa bebanan tanggungjawab di bahu kita? Kita nak Allah bagi apa lagi kat kita baru kita nak sampaikan Islam ni betul-betul? Apakah tidak cukup nikmat-nikmat dari Allah? Tidak cukupkah nikmat kesedaran Islam ini yang memuliakan kita dengan setinggi-tinggi darjat sebagai khairan ummah? Tidak cukupkan nikmat tarbiyyah yang mengenalkan kita dengan kitabullah yang selama ini kita cuma kenal huruf dan tajwidnya sahaja (tu pun bertuah kalau masih ingat betul-betul semua hukum tajwid yang kita belajar dulu tu… )? Tak cukupkah nikmat kesihatan, nikmat kekuatan tubuh badan, nikmat kecerdasan akal fikiran, nikmat terselamat dari maksiat dan kemungkaran?

Apa lagi yang tak cukup ya sehingga kita sungguh laid back bila bicara soal dakwah dan tarbiyyah?

Sampai dakwah ini yang perlu menyesuaikan diri dengan kita, bukan kita yang menyesuaikan diri dengannya.

Sampai dakwah ini yang kena merayu-rayu agar kita meluangkan sedikit masa untuknya, bukan kita yang merayu-rayu agar dakwah mengisi ruang masa hidup kita.

Sampai dakwah ini yang terpaksa mengalah bila kita merasakan kita penat dengan urusan-urusan dunia kita.

Sanggup kita melihat dakwah yang diwarisi oleh Rasulullah saw dan para sahabat ini terbiar dan tersisih, mengemis-ngemis perhatian dan kesungguhan kita menggerakkannya tapi kita masih menjawab-jawab, meminta-minta tangguh, dan menyangka bahawa tak ada efek pun kalau kita buat macam tu.

Sedih betul. Nabi saw sampai menangis-nangis rindukan kita, umatnya yang tidak pernah bertemunya ini, tapi kita, sedikit pun tak bother susahnya mereka memulakan dakwah ini dahulu. Bila sampai kepada kita, kita buat dakwah sebagai hobi. Aktiviti masa lapang sahaja. And buat bila hati rasa nak buat je. Bila taknak, kita tinggal. Bila sibuk, kita tinggal. Bila ada hobi baru yang macam lagi best je, lagi cool je, kita tinggal.

Kepada para pewaris dakwah, bukanlah kami menulis ini kerana apa-apa… hanya kerana dakwah ini nafasnya panjang sekali. Bersabarlah melawan perasaan dan nafsu diri. Lihatlah kiri kanan kita, betapa manusia semakin hari semakin gila, gila dalam kejahilan yang nyata. Kalau kita lambat, semakin parahlah umat.

Ya Allah, telah aku sampaikan.

Advertisements

One thought on “Maa lakum?!

  1. Astagfirullah~ post yang sangat memberi makna.

    Pernah satu masa, ana membuat andaian adakah pernah para sahabat termenggu dengan kejahilan mereka ‘yg tidak pernah sudah’. Dan akhirnya tiadalah sama mereka dengan kisah kehidupan kita yang jahil. Kisah kehidupan mereka seperti membaca buku sambil mendongak langit, cuba merasai kekaguman mereka untuk membuktikan kesahihan bukti cinta mereka di jalan ini. Dan kita…sentiasa memandang bawah mencari batu besar sebagai alasan meneruskan perjalanan yg sempit, memikirkan adakah kita layak berada di jalan ini. Astagfirullah 😥

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s