iRamadhan

Ramadhan sudah mula berangkat pulang. Dalam kehibaan kita melambai-lambai syahrul qur’an yang sudah mula berangkat pergi meninggalkan kita, mudah-mudahan Syawal yang datang menggantikan tempatnya akan menjadi bulan muhasabah buat kita semua. Ramadhan menemukan kita dengan hidayah dan kesedaran, khusyuk dalam amalan, ikhlas dalam berbuat kebajikan dan tulus dalam memberi sumbangan. Ramadhan sepatutnya telah menanamkan kekuatan, keazaman dan semangat yang cukup untuk kita meneruskan perjalanan selama setahun lagi sebelum kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, inshaAllah.

Tamatnya Ramadhan bukan ertinya kita “kembali kepada kehidupan biasa”. Sebaliknya, pemergian Ramadhan sepatutnya akan menghantar kita kepada kehidupan luar biasa —hasil tarbiyyah madrasah Ramadhan. Segala kemampuan dan prestasi kita sepanjang Ramadhan ini adalah trial dan training yang sepatutnya cukup untuk membina kekuatan dan keyakinan dalam diri kita, bahawa kita akan terus qiam setiap malam, terus generously menginfaqkan harta, terus bersemangat membaca dan mentadabburi ayat-ayat Allah swt, dan terus bersemangat waja berpuasa sunat di bulan-bulan berikutnya sepanjang tahun ini.

Setiap hari adalah permulaan yang baru. Setiap hari adalah harapan dan peluang.

Ramadhan pasti dan akan berlalu. Tiada siapa dapat menjamin kita bahawa kita masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Berapa ramai orang yang menangguh-nangguh hidayah dan menyangka dia masih ada harapan untuk memperbaiki diri di bulan Ramadhan tahun ini, tapi tak sempat, dan mati sebelum sempat bertemu dengan Ramadhan ini.

Mudah-mudahan Allah swt memelihara semangat dan keazaman kita agar kita terus mampu beribadah dan sujud kepadanya dengan hati yang basah, sekalipun Ramadhan sudah jauh meninggalkan kita.

Salam Aidilfitri. Tahniah dan bersyukurlah atas apa jua prestasi di bulan Ramadhan tahun ini… Look forward.

Insan mati meninggalkan nama

kerana indah budi bicara

Ramadhan pergi meninggalkan makna

kerana ibadah semakin terasa. 

 Allahumma balighna fi Ramadhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s