Fikir dan zikir

Apabila seorang da’ie mengeluarkan pendapat, ada 2 kemungkinan tentang pendapatnya yang perlu diambil perhatian.

1) Pendapatnya menjadi bantuan kepada pengukuhan jamaah/gerakan Islam

2) Pendapatnya menjadi ancaman kepada pengukuhan jamaah/gerakan Islam

Terutama apabila da’ie tersebut dilihat atau sememangnya terikat secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu entiti dakwah. Mahu tidak mahu, tidak kisahlah dari organisasi apa pun dia, dia sentiasa terikat kepada agama yang mulia ini yakni Islam, maka apa-apa pandangan, butir perkataan dan point of viewnya akan dikaitkan dengan perjuangannya.

Kerana itu para du’at jadi perlu untuk lebih berhati-hati dalam bersuara. Tidak kisahlah dalam memberi pendapat kepada mad’u, atau kepada para mutarabbi, atau kepada syura, atau kepada masyarakat umum. Kerana dalam apa jua situasinya, setiap pendapat kita itu pasti tergantung padanya satu pertanggungjawaban yang akan disoal semula oleh Allah swt.

2 perkara yang perlu menjadi pertimbangan seorang da’ie dalam butir bicaranya:

1) andai dia mengeluarkan buah idea, pendapat atau banyak mengutarakan komen – beringatlah, kerana setiap butir kata-kata kita itu datang bersama-sama amanah yang pasti disoal semula oleh Allah swt. Dalam surah As Saff yang menjadi hafalan kita, Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

“(Itu) sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

(As saff: 2-3)

2) andai dia memendamkan pandangannya dan berdiam diri, barangkali buah ilham yang disembunyikan itu juga akan disoal oleh Allah swt kerana ilham tersebut tidak dapat dimanfaatkan gara-gara ketakutan seorang da’ie yang kemudiannya terus menyembunyikan idea-ideanya. Bayangkan keadaan umat hari ini andainya para sahabat dahulu takut sekali menyuarakan pendapat mereka kepada Rasulullah saw.

Lantas ada 2 keadaan yang pasti mengukir kerisauan dan kebimbangan dalam hari para du’at.

Samada ia sudah terlebih bersuara, atau adakah dia terlalu sedikit menyumbangkan idea?

Ambillah jalan tengah.

Seperti sabda Rasulullah saw;

Dari Abu Hurairah r.a,

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata yang baik ataupun diam…” (Mutafaqun Alaih)

Oleh itu berfikirlah sebelum berkata-kata, kerana boleh jadi apa yang kita rasakan baik itu, tidak semestinya baik. Dan apa yang kita rasakan tidak baik itu, tidak semestinya tidak baik.

Kadangkala kita alpa dan leka. Dalam keghairahan kita membina dan menulis manusia, kita sering merasakan jalan-jalan yang kita lalui adalah terjamin baik dan paling berkesan. Tapi jangan terlalu yakin, tidak semua yang berjaya kepada kita, akan berjaya juga kepada orang-orang lain.

Seringkali juga kita merasakan, pembinaan itu perlu sempurna dan individu-individu tertentu sahaja yang mampu melaksanakannya. Tidak juga sebenarnya. Apakah yang membuatkan pertimbangan kita lebih benar daripada pertimbangan orang lain? Yakinilah bahawa hidayah itu dari Allah swt. Bukan dari manusia. Maka, yang kita utuskan untuk menyampaikan dakwah itu sekadar perantara-perantara cuma. Siapa pun dia, andai Allah swt berkenan mengutuskan rahmat dan hidayahNya buat manusia di daerah itu, inshaAllah, pastikan berjaya juga.Tapi itu tidaklah menjadikan kita alasan bahawa kita tidak perlu membina para du’at kita. Tawakkal itu bersandar kepada usaha.

Belum tibakah waktunya untuk para du’at duduk dan berfikir dengan kematangan dan professional?

Medan dakwah terbahagi kepada 2:

1) medan membina mad’u

2) medan membina du’at sendiri

Jangan mengabaikan walau salah satu diantaranya.

Fikirkan. Andai kata dakwah ini cuma mampu digerakkan oleh individu-individu tertentu, sudah pasti sahabat-sahabat yang sama sahaja yang dihantar sebagai utusan-utusan kepada kerajaan luar, sahabat-sahabat yang sama sahaja dilantik sebagai panglima angkatan tentera, sahabat-sahabat yang sama sahaja yang meriwayatkan hadith dan sebagainya.

Tapi seerah menyaksikan kepada kita, Khalid Al Walid r.a sendiri pernah dilucutkan jawatannya kerana khalifah tidak mahu umat Islam merasakan kejayaan dakwah dan perjuangan itu terikat kepada individu tertentu, sebaliknya  semua itu sebenarnya bergantung penuh kepada Allah swt. Nak bina mindset bahawa kalau perang itu tidak dipimpin oleh Khalid Al Walid pun inshaAllah perang itu masih boleh menang kerana menang kalah itu ditentukan oleh Allah swt.

Mudah-mudahan kita lebih banyak bermuhasabah. Jangan biar syaitan memburuk-burukkan ukhuwwah.InshaAllah, kita semua dapat pahala atas semua pandangan yang diutarakan demi mencari penyelesaian kepada masalah umat, sekalipun pandangan itu tidak diterima. Allah swt maha melihat segala yang nyata dan yang tersembunyi.

Dan tidak lah aku menulis, melainkan kerana aku mencari ampunan Tuhanku yang Maha Luas.

Wa astaghfirullah wa atubu ilaik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s