Cuma Makhluk

Kadangkala kegelapan itu lebih tenang dari cahaya

kerana tiada mata yang mampu membaca

apa yang terbuku di dada. 

Ada waktunya, sibuk itu lebih tenang dari lapang

kerana tiada detik untuk berhenti seketika

dan jiwa menjadi terlupa sementara. 

Kadangkala memikirkan syurga membuatkan aku lebih takut 

kerana memikirkan hakikat

bahawa kebarangkalian untuk aku terkecuali

dari menjadi isinya

adalah terlalu besar. 

Tuhan, 

aku tidak pernah berhenti berharap 

walaupun untuk seketika

kerana aku terlalu sedar bahawa 

Kaulah yang paling berkuasa.

Kalaupun aku berhenti bicara

dan aku menunduk sepi

bukanlah ertinya aku membenci

bukan juga aku ingin menjauhi

aku cuma hamba Ilahi

aku tertakluk kepada segala ujianNya

yang kadangkala tidak seperti yang diingini. 

Kalau laut bisa membisikkan ketenangan

sudah kurenangi sejauh yang termampu

Kalau rimba bisa memberi kesenangan

sudah kuredahi sepenuh hati

Tapi tenang itu tidak mampu diberi oleh makhluq.

Ia milik Sang Khaliq. 

Dan menarilah wahai hati dalam takdir Tuhanmu. 

Dia tidak menzalimi.

Dia cuma menguji.

Agar syurga itu akhirnya dipenuhi isi. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s