Fatwa Pujangga

Sekarang aku sudah ada lagu faveret baru. hehe. Nanti aku bagitau kau apesal aku suka lagu tersebut.

Aku ni memang suka bajet seni. Tak kisahlah walaupun orang tak layan sangat tapi aku suka je buat apa yang aku suka kerana menulis puisi itu tidak ada salahnya kalau benar urusannya. Dulu di bangku MRSM Taiping, aku masih ingat, aku menulis sajak hampir setiap malam. Dan pada satu hari, guru bahasku, Cikgu Abdullah menjemput aku membacakan puisiku ketika perhimpunan pagi untuk slot Motivational Talk. Aku seorang PRS (Pembimbing Rakan Sebaya… tapi abang aku kata Perosak Rakan Sebaya.. wakaka). Maka hari tu, tugasku membacakan sesuatu untuk sesi tersebut. Lalu aku memilih membacakan puisiku. Aku masih ingat, puisi tersebut aku tulis tentang keadaan anak muda hari ini yang semakin leka. Entah mengapa aku sendiri yang tersentuh dengan puisiku sendiri. Lantas aku menangis dihadapan ratusan pelajar.

Malu juga. Bila habis ku bacakan puisi itu, aku terus turun dari stage dan kembali ke barisan pelajar perempuan kelasku di belakang. Tiba-tiba aku rasa aku manusia paling bodoh ketika itu. Bodoh amat! Mana ada orang menangis baca puisi zaman sekarang! Lawak ape kau buat ni. Tapi terus terang aku cakap, aku tidak menyesal langsung dengan detik itu. Kerana suatu ketika dulu, ketika umurku 11 tahun, aku menang Puisidra Sains peringkat daerah Kuala Muda kerana aku menangis ketika membaca puisiku.

Dengan puisilah aku membesar. Kalau aku marah, aku bingung, aku sedih, berpuisilah aku. Mungkin orang akan kata, apa dapat dengan puisi-puisi tu? Untuk orang-orang begini, aku akan bertanya, apa kau dapat dengan bernafas? Bolehkah kau memilih untuk tidak bernafas? Tidak boleh kan? Begitulah aku. Bukan aku memilihnya, kawan. Tapi puisi-puisiku yang memilih aku.

Aku mula menulis puisi ketika usiaku 7 tahun. Aku dulu bukan anak orang kaya. Ketika orang lain mengatur hadiah-hadiah untuk guru kelas masing-masing pada hari guru, aku duduk di balik dinding kelas. Berfikir. Agaknya apa yang boleh aku jadikan hadiah untuk guruku. Kerana aku tidak punya apa-apa. Saat itulah aku mendapat ilham gila-gila seorang anak kecil yang belum tahu apa-apa. Aku berlari ke koperasi. Aku beli sehelai kertas lukisan berharga sepuluh sen ketika itu. Ketika waktu rehat aku mula melukis seorang wanita bertudung. Itulah guru kelasku yang tidak mampu kuingat namanya tapi aku tahu itulah dia. Aku melukis sebaik mungkin dan di belakang kertas itu aku pun menulis beberapa rangkap sajak.

Aku juga pelik. Serasa aku, mana ada dalam silibus darjah satu belajar sajak. Entah dari mana aku mendapat akal untuk menulis beberapa ayat yang kemudiannya baru kutahu itu dinamakan sajak. Sajak pertamaku, sajak untuk seorang guru.

Itulah catatan dalam sejarah hidupku yang andainya ditawarkan jutaan dollar sebagai tukaran untuk peristiwa itu, nescaya aku tidak akan menukarkannya. Kerana itulah hadiah Allah untukku. Aku akan ceritakan kisahku ini kepada zuriat-zuriatku kelak agar suatu hari nanti mereka juga bisa berpuisi dan biar suatu hari nanti dengan puisi-puisilah mereka merubah dunia dan syahid di jalanNya.

Kata orang kata-kata itu bisa jadi lebih tajam dari pedang. Kalau luka dek kerana pedang, satu hari nanti akan tertutup semula dengan parut yang akan beransur hilang dibawa zaman.

Tapi kalau luka di kerana tikaman kata-kata, seribu keturunan berlalu pun, luka itu bisa berdarah semula. Baranya takkan pernah padam sekalipun sudah lama bibir terdiam. Kerana itu kata-kata itu penting dalam dakwah. Dakwah bil hujjah. Ar Rasul memulakan risalah dakwah juga dengan kata-kata. Bukan dengan senjata.

Sebagai penutup, aku akan kongsikan lagu favorite aku sekarang. HaHa. sape terkejut dan tak puas hati, macam biasa aku tunggu belakang blok, hehe.

Cubalah kau dengar lepas tu kau bagitau aku betul tak lagu ni besar maknanya.. 😛

Aku sangat terasa lagu ini jauh lebih besar maknanya bagi kita-kita yang membawa risalah al haq ini… Cuba rasakan lagu ini dari pandangan mata seorang yang berada dalam tarbiyyah. Kau akan rasa apa yang aku rasa. serius.

T’lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

( korus )
Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua

Advertisements

2 thoughts on “Fatwa Pujangga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s