Kepada da’ie yang mahu dihargai

Allah swt itu paling gagah dan paling bijak dalam semua hal . Dia pasti akan menguji kita agar kita menjadi gagah dan bijak mendepani hari muka.

Percayalah cakap aku.

Kalau kita adalah seorang yang terlalu suka dihargai dan melakukan sesuatu kerana mengharapkan penghargaan manusia, Allah akan datangkan kepada kita manusia-manusia yang tidak akan menghargai kita. Walau sebesarmana pun amal kita. Kerana Allah mahu mengajar kita makna ikhlas. Supaya akhirnya kita tunduk kalah kepada kerajaanNya dan melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan redhaNya.

Jangan putus asa. Teruskan kesungguhanmu. Dan sekiranya amalmu dipandang senteng oleh neraca manusia, teruskan lah bekerja. Kerana pandangan Allah yang lebih penting.

Sekiranya niatmu tidak sempurna, kau tahu keikhlasanmu seperti goyah, jangan tinggalkan amal itu. Tapi tinggalkanlah ego dan sangkaan-sangkaanmu. Kerana selagi mana kita mahu orang tahu apa kita dah buat, selagi itulah kita barangkali belum ikhlas.

Takpe je. Orang tak tahu kita buat banyak benda pun takpe. Orang kata kita tak buat kerja pun takpe. Orang tak hargai pun takpe. Bukannya dapat apa-apa pun kalau orang tau apa kita buat tu. Bukannya dapat apa-apa pun kalau orang hargai. Mungkin rasa lah best sekejap. Tapi entah-entah amal yang kita buat tu dah jadi debu pun sebab kita buat kerana manusia, bukan sebab Allah. Kan rugi…  Lebih baik orang tak tahu sangat.

Kita kena kurang bercakap sikit kadang-kadang. Jangan banyak sangat cakap yang pelik-pelik. Kita bertanggungjawab atas setiap perkataan kita nanti. Kena kurangkan rasa diri kita bagus. Kasihanilah dakwah kita… siapa lagi umat nak harapkan kalau kita-kita ni pun tak betul-betul kukuh.

Kan Mustafa Masyhur dah pesan dalam buku Tariq Ad Dakwah, musuh-musuh Islam akan ganggu dan rosakkan gerakan Islam ini dengan mengurangkan bekalan tenaga gerakan Islam (yakni pemuda-pemuda yang menggerakkannya) agar gerakan dakwah ni jadi selow dan banyak masalah internal.

Takkan kita sanggup kot dakwah kita jadi slow sebab kita?

Advertisements

4 thoughts on “Kepada da’ie yang mahu dihargai

  1. Hi, i feel that i saw you visited my site thus i got here to go back the choose?.I’m attempting to in finding things
    to enhance my website!I assume its adequate to make
    use of some of your concepts!!

  2. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you
    relied on the video to make your point. You obviously know what youre talking about, why
    waste your intelligence on just posting videos to your blog when you could be
    giving us something enlightening to read?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s