Cool je lah wahai du’at.

Allah swt selalu memujuk kita, bahawa Dia tidak melihat kepada bilangan, tidak melihat kepada hasil, tidak melihat kepada berapa banyak yang bisa kita kumpulkan. Dia hanya melihat apa yang mengisi hati kita yang berbentuk keikhlasan, ketulusan, kesedaran, keinsafan, keinginan, keazaman dan kehendak yang menggunung tinggi.

Neraca manusia sahaja yang mengukur kejayaan itu pada bilangan dan ciri-ciri fizikal.

Kalau pelajar yang pandai ertinya mesti ada deretan A+ dalam SPM.

Kalau orang yang kaya ertinya mesti ada banyak wang dalam bank.

Kalau orang yang kuat mesti tubuhnya sasa, tinggi, berotot dan ada six packs. (What daa.. :p)

Kalau orang yang cantik mesti kulit putih, mata besar, hidung mancung bagai seludang, rambut hitam jambul di depan, berbaju bunga, berseluar yankee, berkaki ayam. (ayat cerita bujang lapok.. )

Kan? Kan?

Buruk dan sungguh tidak adil neraca manusia. Kerana ukurannya diletakkan atas perkara-perkara yang kita dilahirkan dengannya dan Kita tidak mampu memilihnya atau mengelakkannya.

Tapi Allah mengukur kita atas sesuatu yang mampu kita pilih dan mampu kita capai walau siapa pun kita dan walau bagaimanapun keadaan kita.

Semua orang, cantik atau buruk, pandai atau kurang pandai, kaya atau miskin, kurus atau berisi, hitam atau putih, bisa menjadi hamba yang dicintaiNya. Ya, siapa pun kita. Kita boleh menjadi hamba yang dikasihi Allah. Kerana Allah swt mengukur pada hati dan perasaan. Bukan nilai-nilai dunia yang sempit dan cetek.

Jangan bersedihlah wahai du’at.

Ketika kau melihat anak usrahmu cuma dua orang dan seorang lagi sahabatmu dikelilingi 10 orang anak-anak buah. Barangkali Allah mahu mengajarmu apa yang diajarkanNya kepada para sahabat di Hunain. Ketika sekelompok dari mereka menyangka mereka akan menang kerana bilangan yang lebih ramai berbanding musuh, Allah swt membersihkan mindset itu dengan serangan bertubi-tubi dan keadaan yang hampir kalah di awal peperangan sehinggakan ramai dari kalangan mereka yang terpaksa berbalik ke belakang. Ketika itu, orang-orang yang kuat semangat dan faham bahawa kejayaan tidak terletak kepada bilangan tetap terus maju kedepan bersama-sama Rasulullah saw.

Kalau kita rasa down kerana anak usrah kita sedikit, anak usrah kita paling malas attend program, anak usrah kita paling selow, anak usrah kita paling rebel, fikirlah. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk bantu dia kalau bukan kita? Kalau kita pun down, kita pun malas dah, kita pun give up dah, siapa lagi yang akan buat? Adakah kita sanggup melepaskan dia pergi kepada “tarbiyyah” syaitan dan taghut? Sanggupkah kita membiarkan mad’u kita itu menjadi sebahagian dari binaan-binaan jahiiyyah? Sanggupkah kita?

Janganlah bersedih wahai du’at.

Ketika kau lihat dirimu seperti layu. Lemah dibawa bayu. Sepertinya kau tidak pernah mencatat apa-apa perasaan dari daurah-daurahmu. Seolah-olah tidak ada kesan pun segala katibah dan mabitmu. Seperti bertahun-tahun dalam tarbiyyah ini cuma mengumpul lembaran nota kering dan deretan buku. Tapi hatimu kelabu. Tetap juga tiada maju.

Bukanlah kau seorang manusia, kalau hidupmu sentiasa maju. Adakalanya kita perlu jatuh, supaya kita terasa sakit dan teringat kepada Allah swt. Kalau kita tak tersadung, kita tidak tahu bahawa di tanah itu ada batu besar yang menghalang jalan. Dan andai kita tidak tahu kewujudan batu itu, kita tidak dapat memberi amaran kepada orang lain tentang kehadirannya.

Dan adakalanya kita memang perlu terluka sedikit. Supaya kita merasa sakit. Dan sakit itu yang paling mudah mengingatkan kita kepada mati. Dan mati adalah peringatan terbaik untuk membangkitkan keinsafan dalam nurani. Bukankah yang paling cerdik itu adalah yang paling banyak mengingati mati?

Janganlah bersedih wahai du’at

Saat kau diuji dengan seberat-berat ujian, dan kau merasa seolah-olah kau keseorangan, tidak ada walau seorang pun saudara seperjuanganmu yang memegang bahumu dan membacakan kalimah-kalimah alQuran. Saat itu rasailah kasih sayang Tuhanmu yang mahu membina kekuatanmu. Sekalipun seluruh dunia menjauhimu, tidak ada yang bertanya susah senangmu, bertenanglah dan jauhilah buruk sangka. Apatah lagi kepada saudara-saudara seperjuanganmu sendiri. Kerana sekosong manapun rumahmu, sesunyi mana pun hatimu, selagimana ia ada cahaya Ilahi, ia takkan seburuk yang kau sangkakan. Senyumlah. Mungkin senyumanmu akan sampai kepada mereka yang lebih kesusahan.

Aku betul-betul rindu senyuman dan ketenangan itu.

Allah, sampaikanlah aku kepadanya.

Advertisements

3 thoughts on “Cool je lah wahai du’at.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s