Bebelan Kak Limah Selepas Exam

Kebelakangan ini ada beberapa isu yang buat aku banyak stepback dan berfikir sebentar. Dan oleh kerana dengan berfikir sahaja, tidak ada masalah yang selesai, maka aku mula merasakan aku perlu menulis sesuatu. Mungkin buah-buah fikirku yang kerdil ini akan sampai ke masyarakat dakwah yang begitu luas di luar sana. Khuatir juga bila nak menulis sesuatu yang aku sendiri tidak terlepas dari melakukannya, tapi apakan daya, inilah hakikatnya, mana ada manusia sempurna. Dan kerana kita tak mampu sempurnalah, Allah menjadikan kita berbagai-bagai ragam dan cara, supaya kita saling melengkapi seadanya.

Ada beberapa perkara yang aku lihat semakin merenggut saff-saff penggerak dakwah. Aku tahu, kalau ikut statistic, tak sampai seratus orang pun baca blog aku ini dalam sehari. Kadang-kadang, seratus kurang 50 pun tak. Tapi aku nak menulis juga, kerana tidak ada channel lain untuk orang-orang dibawah seperti aku menyampaikan pandangan-pandangan, apatah lagi usia yang baru beberapa tahun sahaja menceburi tarbiyyah. Banyak sangat berkata-kata nanti takut dilabel tidak setia. Banyak berbicara nanti takut menggugah syura.

Aku huraikan isu-isu ini satu persatu. Aku mohon perlindungan Allah swt dari syaitan keji yang tidak henti-henti mencari teman saing di neraka. Mudah-mudahan Allah guide apa yang aku tulis supaya tidak ada yang menyakiti dan disakiti. Post ini panjang sikit. Boleh je kau orang baca sambil makan tengahari atau bila dah tak larat mengadap facebook (random sungguh pesanan…)

Bismillah.

1) Ini soal kebersamaan.

Kebelakangan ini aku banyak mendengar dan ‘deal’ dengan isu-isu kebersamaan. Terus terang, jiwa muda aku kadang-kadang memberontak juga. Rasa macam nak muntah bila asyik diasak-asak dengan perkara yang sama. Tapi kalau sudah belum lepas ujian itu, pastilah Allah akan terus menguji, sampai kita lepas.

Pada aku, kesetiaan, ketaatan dan kebersamaan adalah perkara-perkara yang tak boleh diajar, tak boleh dipaksa, dan tak boleh disuruh-suruh. Kalau dia buat sebab kita suruh, dia mungkin akan taat, tapi dia akan cepat rasa ‘penat’. Ia sepatutnya datang dengan sendirinya bila terasa sense of belonging kepada satu sama lain. Sense of belonging itu juga satu process. Seperti cinta, ia tidak boleh dipaksa. Mungkin didepan, dia berpura-pura bersama-sama kita, tapi dihati siapa yang tahu. Mungkin ini masalah kefahaman aku yang terlalu lemah. Tapi siapa yang boleh kata dia paling faham dan lebih faham? Pada aku semua orang masih dan sentiasa belajar.

Aku sangat bersetuju, bergerak bersama-sama memerlukan trust dan ketaatan yang tinggi. Cukuplah dalil-dalil yang dibentangkan kepada kita tentang keperluan bergerak bersama-sama jamaah. Aku tidak meragui sama sekali bahawa ini uslub terbaik, inshaAllah. Mudah-mudahan Allah redha. Tapi aku jadi sepi, bila melihat semakin lama semakin banyak senioriti (aku rasa). Aku melihat semakin banyak stages yang sampai membuatkan anak-anak muayyid kecil jadi kurang yakin pada diri untuk bergerak laju, semata-mata kerana kita kakak-kakak dan abang-abang terlalu tok tok dalam mendidik ‘ketaatan’ dan ‘kebersamaan’.

Jangan begitu… jangan cepat menyangka, bila anak-anak muayyid yang muda-muda ini bergerak terlebih laju dan terover speed dari yang dijangkakan kita, jangan cepat menyangka dia sudah tidak taat dengan arahan-arahan kita. Usah cepat meletakkan kayu ukur itu pada anak-anak buah kita. Ukurlah kita dulu. Adakah selama ini kita benar-benar memberi bimbingan ketika dia memerlukan? Adakah selama ini kita memenuhi permintaan dia ketika dia mengajak berbincang? Adakah dia yang salah atau kita sebenarnya yang lemah?

Benar, dalam kalangan kita, ada yang lebih pengalamannya, ada yang lebih ilmunya, ada yang lebih kebernasannya ilhamnya. Sebab itu kita dianjur bersyura. Biar bergabung tenaga. Biar lebih maksimum hasilnya.

Benar,  kalau anak buah itu terlajak bertindak, kita perlu membimbing, kerana itulah keindahan dalam kebersamaan, dan dia perlu juga belajar dari kesilapan, dan dia perlu juga tahu bahawa dalam setiap tindakan , perlu sentiasa fikir kesannya kepada jamaah. Kerana pasti ada kesannya.

Ya, aku membenarkan semua ini.

Tapi sayang sekali, kita terlupa faktor kasih sayang dalam mendidik. Walaupun adik kita tu level tinggi macam mana pun, kalau dia 010 sekali pun, siapa yang boleh jamin kita bahawa teguran kita tidak menyakiti hatinya? Siapa boleh jamin dia akan sentiasa bersangka baik dan berlapang dada? Siapa boleh jamin, kerana teguran kita itu, esok dia pasti akan terus bersama-sama kita?Ada yang boleh jamin?

Tak ada kan? Kerana dia tetap seorang manusia walaupun sudah puluhan tahun bersama-sama dakwah. Bukan kita yang pegang hati dia. Sebab itu berwaspadalah. Kerana pada mulanya, mungkin dia yang tersilap langkah, janganlah sampai kita menambah kesilapan yang kedua pula.

Jangan bunuh semangat mereka untuk bergerak dengan terlalu fokus kepada isu-isu haraki. Memang penting sangat sangat. Tapi kita pun kena belajar take one thing at a time. Kadang-kadang kita rasa benda ini, benda itu, pentiiiinggggg sangat sangat untuk tarbiyyah adik-adik kita, tapi siapa sangka Allah lebih dahulu mahu mentarbiyyah kita.

Aku menulis ini bukan kerana aku target sesiapa eh. Kau jangan nak su’ul zon dengan aku pulak. Aku menulis kerana aku rasa kalau benda yang kita buat itu bersih dan tulus niatnya, inshaAllah anak-anak buah kita akan nampak… Walaupun kita belum berkata apa-apa, dia sendiri akan rasa. Macam kisah nabi dengan Ka’ab r.a yang tak pergi perang tabuk sebab bertangguh-tangguh. Nabi tak gi jumpa dia, tak fire dia, tak cakap apa-apa pun, dia sendiri datang dan mengaku. Kan?

Ok. full stop isu pertama.

2) Medan utama kita bukan pesbuk.

Aku suka je post-post benda di facebook kadang-kadang. Sebab ramai mad’u-mad’u dan anak-anak usrahku yang sangat suka membaca benda-benda di facebook. Dan memang medan yang luas dan sangat best sebab benda-benda yang kita letak akan sampai kepada semua. So kalau dari sudut beramal tu, memang facebook menjanjikan ruang yang luas dan best. Tambahan pula boleh letak notes-notes dan video-video dan memang siap boleh assess terus penerimaan orang melalui komen. Yang bestnye, sambil berdakwah, sambil boleh berbual-bual juga. So kill 2 birds with one stone. Facebook pada aku sangat membantu dari sudut pembinaan ukhuwwah– tapi bagi yang mad’u-mad’unya banyak fokus pada facebook la.

Tapi aku kadang-kadang rasa rimas juga. Aku tengok banyak juga dalam kalangan kita, termasuk aku pun, kadang-kadang kita dok post-post dan tulis macam-macam benda dalam bahasa-bahasa dakwah dan tarbiyyah kita, yang sebenarnya orang-orang lain tak faham pun… tapi kita dok tulis-tulis juga… seolah-olah itu je kerja kita. Kalau sekali sekala aku rasa okay je. Nama pun manusia, kadang-kadang nak share perasaan, semangat dan isi hati itu tak ada masalah. Selagi tak berlebih-lebihan, okay je kot. Tapi bila selalu-selalu sangat, agak memelikkan. Kita banyak masa juga eh? Kalau kita nak sharing-sharing yang membina masyarakat facebook tu, at least, tulis lah dalam bahasa dan perkara yang orang boleh faham.

Tapi kita dok tulis bahasa-bahasa tarbiyyah kita, yang orang tak faham pun, untuk apa? Kan ke kita buat apa-apa pun, misinya mesti untuk mencetuskan fikiran, kesedaran dan kemahuan orang terhadap Islam.. so apa motif kita menulis benda-benda yang orang tak faham? Kecuali kita memang tulis note untuk sahabat-sahabat seperjuangan kita ke, atau kita sedang borak-borak dengan orang-orang tarbiyyah ke… atau yang sewaktu dengannya, itu lain lah kot. Tapi kalau benda-benda yang umum, janganlah buat orang “hide” kita dari news feed semata-mata kerana kita terlalu selalu sangat post post benda di facebook tapi hakikatnya tidak menarik masyarakat umum dan tidak difahami, dan tidak mencetus kesedaran , bahkan membosankan. Kalau orang hide, langsung takleh nak sharing-sharing dah.

Sebab facebook ni memang dakwah umum. Takkan boleh kita nak tajmi’ orang dengan status facebook. Kecuali kita power macam Ghoneim, leh kumpul seluruh Mesir untuk jatuhkan Hosni Mubarak. Tapi aku tak rasa itu medan dan target kita sekarang. So, kita kena lebih realistik lah kot aku rasa. Matang sikit dalam dakwah kita. Banyak benda lagi boleh buat… Kenapa kita semakin lama semakin melekat pulak dengan facebook ni? Tak boleh camni… walau macam mana kita make full use facebook itu untuk dakwah, takkan mampu nak bina orang betul-betul dengan cara itu.

Tapi lepas ini jangan la fire pulak ikhwah akhwat dok sharing di facebook. Ini just supaya kita beringat je. Tak cakap salah eh buat benda tu. Just kena betul-betul ingat la prioriti kita di mana.

3) Janganlah racuni hati ikhwah akhwat kita.

Dari mula-mula bersama-sama tarbiyyah ni lagi, aku dah perasan satu pattern dalam kalangan saff-saff du’at ini.

Pattern: Berlebih-lebihan dalam mengangkat, menyanjung, memuji seorang murabbi atau orang-orang power dalam dakwah dan tarbiyyah.

Seriously, memang dalam kalangan kita, aku tak ragui, mempunyai kelebihan komunikasi, kelebihan ilmu dan kefahaman, kelebihan dari pelbagai sudut dan  kemampuan, ada yang dah lalui macam-macam pengalaman, pahit maung dakwah dan tarbiyyah ini. Ada yang dah buat macam-macam pengorbanan dalam dakwah ini yang memang mungkin kita pun tak terfikir dan takkan pernah mampu nak buat pun.

Tapi aku tak rasa ikhwah akhwat kita berkorban, bersusah payah, bersungguh-sungguh kerana mahu dipandang tinggi, mahu dipuji-puji, mahu disanjung-sanjung. Begitu juga ustaz-ustazah, murabbi-murabbiyah yang kita jumpa dijalan ini. Tak mungkin mereka berniat begitu. Maka kenapa kita meracuni niat mereka dengan puji-pujian kita yang kadang-kadang over? Maka kenapa kita membunuh ketulusan mereka dengan mengangkat tinggi pemikiran-pemikiran mereka sehinggakan tercalar niatnya yang pada asalnya suci? Kita tak kesian ke kepada ikhwah dan akhwat kita ni. Janganlah palingkan kiblat amal mereka semata-mata kerana kita konon-konon nak merendah diri dengan cara mengangkat orang lain lebih tinggi. Bukan begini caranya. Sehebat mana pun manusia, dia tetap manusia. Ayuhlah kita saling membantu ikhwah akhwat kita dalam menjaga hati dan niat dalam beramal.

Jangan kelirukan ‘menghargai’ dengan ‘memuji’. Menghargai amal dan kesungguhan orang tak semestinya dengan memuji melambung-lambung. Sekalipun beliau seorang professor, yang kesemua anaknya adalah mujahid-mujahid hebat, dan beliau sendiri bawa sampai 10 usrah pun, tak perlu lah kita memuji-muji beliau sangat, apatah lagi dihadapannya. Kasihanilah ikhwah akhwat kita. Kerana amal yang tidak benar niatnya kelak akan menjadi debu cuma. Jangan juga kerana mahu dilihat tawaddu’ dan rendah hati, kita sampai menjulang-julang orang lain dan mengotori amalnya.

Aku rasa aktiviti menjulang-julang murabbi ni semakin hari semakin membudaya. Kita perlu kembali muhasabah. Jangan ambil ringan dan pandang senteng soal-soal yang berkait rapat dengan hati. Kalau benar kita mengkagumi, tak perlu response dengan pujian yang berlebihan, lebih baik mencontohi dan menjadikan teladan.

Tapi aku tak kata puji-pujian itu salah. Sekali sekala fitrah manusia menuntut sedikit perhatian dari manusia sekelilingnya. Tapi awas kalau sampai asyik-asyik memuji aja. Bukan itu budaya kita. Kan kita pandai bercakap soal tamayyuz. Jadi, ayuh bedakan diri kita dengan puak-puak pengampu diluar sana.

Sekian dulu isu-isu berbangkit hari ini.

Aku mohon maaf sepenuh hati andai ada jiwa yang dikasari oleh kata-kataku. Bukanlah niatku menegur-negur, kerana aku lebih tahu atau kerana aku bagus sangat. Aku pun masih belajar. Dan terlalu banyak untuk dipelajari…

Tapi pada aku, hidup dalam jamaah, hidup di dalam budaya syura, hidup dalam tarbiyyah dan dakwah, sepatutnya tidak mengecilkan skop pemikiran kita.

Bersuara bukan beerti tidak taat, tapi dalam bersuara perlu ada adab-adabnya.

Kalau seseorang itu idea dan buah fikirnya berbeza dari kelompok kita, bukan beerti kita benar dan dia salah, hanya kerana bilangan kita lebih besar.

Konsep syura bukan undian-undian siapa lebih ramai, golongan itu yang benar. Dan bukan juga keputusan membabi buta tanpa penjelasan. Bukankah Ar Rasul selalu bertanya pendapat para sahabat dan mendengar pandangan-pandangan mereka?

Kadang-kadang manusia cuma mahu didengari dan difahami sahaja. Kalau tak mahu setuju pun tak apa. Tapi belajarlah mendengar. Mungkin ada benarnya dalam idea-idea orang lain.

Okay sekian bebelan. Mudah-mudahan takde yang salah faham dari post ini ep. Mohon dimaafkan apa-apa kesalahan. 🙂

Kalau tak puas hati, malam ni aku tunggu belakang blok pukul 10 <— [konon-konon samseng. ] >.<

Takdelah aku bergurau je. Hehe.

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah.

Wallahualam.

Advertisements

4 thoughts on “Bebelan Kak Limah Selepas Exam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s