Beginilah insan.

Ada waktunya hati manusia ini terlalu kerdil untuk menyimpan seluruh rasa dan kata-kata.

Ada waktunya manusia sudah tidak tahu apa yang dia rasakan di dalam hatinya seperti mana tangan yang sudah lama direndam dalam air yang panas, tidak terasa lagi kepanasannya.

Ada waktunya akal manusia tidak mampu mencongak asbab-asbab dia diuji, kerana dia tidak tahu apa yang lemah pada dirinya, apa yang perlu diperbaiki, apa yang belum cukup kuat. Tapi Allah tahu, dan Allah mahu mengukuhkannya, memperbaikinya dan menguatkannya.

Ada waktunya kebodohan manusia mencampak dia kepada waktu-waktu silam yang hitam. Hari semalam yang perit perlu ditelan. Kerana ia sudah berlaku dan ia akan kekal begitu. Tapi Allah selalu memberi harapan dengan mendatangkan hari yang baru. Suria yang bersinar-sinar di ufuk dhuha, seolah-olah bersuara, “bangunlah, inilah satu lagi peluang untukmu…”

Ada waktunya manusia jadi terlalu banyak berfikir, tapi sedikit sekali buah fikirnya membantu dirinya dan membantu mencerahkan redup dan mendung suasana umat hari ini. Bahkan menambahkan runsing dan pusing. Bertambah rimas kalau terjadi-jadi budaya ini dikalangan barisan du’at. Padahal yang kita lebih perlu sekarang adalah tindakan-tindakan berbanding perkataan-perkataan atau pemikiran-pemikiran.

Ada waktunya manusia jadi susah untuk bersangka yang baik kepada Allah swt. Padahal  Dia ada. Dan Dia Maha Pengasih. Mustahil Dia suka melihat tangisan hamba-hambaNya. Kerana Dia terlalu penyayang. Lebih kasih kepada kita berbanding kasih ibu kita kepada kita. Mustahil Allah suka melihat hambaNya derita. Pasti Dia ada hadiah-hadiah untuk kita yang ditahan sebentar sebelum hadiah itu tiba kepangkuan kita, agar saat hadiah itu tiba, kita akan lebih berterima kasih dan bersyukur kepadaNya. Kerana Dia Tuhan, dan kita cuma hamba. Kalau mahu Dia boleh abaikan sahaja kita. Ada berbillion-billion manusia, tapi kita yang biasa-biasa ini, Dia tak pernah lupa nak bangunkan dari tidur, tak pernah lupa nak beri makanan, tak pernah lupa nak beri oxygen… Allah yang Raja seluruh alam itu, tidak pernah melupakan kita. Padahal, dimata manusia-manusia yang hamba ini, kita tidaklah signifikan pun.

Begitulah insan. Fitrah-fitrah ini menjadikan kau dan aku makhluk-makhluk bergelar manusia.

Dan beginilah dunia. Kisah-kisah ini menjadikan dunia ini sifatnya semakin sementara.

Hidup-hidupkanlah diri kita saat kita masih hidup di dunia. Jangan mati sebelum waktunya.

Advertisements

One thought on “Beginilah insan.

  1. Pingback: begitulah insan .. « ☆nota hati☆

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s