Kalau kau sudah merasa cukup…

Maafkan aku wahai ummati. Sungguh aku terasa kerdil dan hina. Disaat jutaan jiwa dibanjiri kerendahan dan kehinaan, dan menunggu-nunggu datangnya helang-helang rajawali yang akan menyambar dan membawa mereka ke tempat tinggi yang lebih selamat, helang-helang rajawali masih belum juga kelihatan. Kerana dia sekarang tenggelam dalam lembaran-lembaran tuntutan dunianya.

Maafkan aku wahai ummati. Rendahnya kami di akhirat nanti. Kerana kelalaian dan kealpaan kami dalam menyeru umat. Kadang-kadang kami menjadi takut, bimbang, merasa rendah dan gundah, untuk menyeru kalian, untuk menyampaikan Al Islam Ad Deen Rahmatan lil ‘Alameen ini kepada kalian, kerana kami kadang-kadang merasa lemah dengan tuntutan dunia kami, kehidupan kami, wang ringgit kami, keluarga kami dan kemampuan kami. Kadang-kadang kami teragak-agak dalam melangkah, kerana kami merasa lemah. Dan terasa sudah berhabis-habisan, padahal masih luas benua yang belum diserukan.

Maafkan aku wahai ummati. Aku tahu di mahsyar nanti aku barangkali tidak akan tersenyum girang. Kerana tanggungjawab-tanggungjawab yang belum tertunai dan tidak akan tertunai lagi kalau mata sudah tertutup rapat. Kepada siapalah aku serahkan hidupku ini?

Adakah kepada Allah?

Atau kepada dunia yang bersifat sementara?

Adakah kepada Al Islam?

Atau kepada jahiliyah yang sengsara?

Adakah kepada Jihad fisabilillah?

Atau kepada hati yang berat dan nafsu yang fana?

Resah dan gelisahlah wahai jiwa. Apa mungkin kita bisa tenang dan puas, melihat dua tiga anak muda datang ke lingkungan kita, untuk diusrahkan… padahal di detik yang sama, jutaan lagi yang sebaya mereka, ada yang mengandung luar nikah, ada yang derhaka kepada orang tuanya, ada yang bermain dengan arak dan juga dadah, ada yang hidup lalai tanpa arah…

Adakah kita merasa sudah lepas mas’uliyah keatas kita saat hanya kerana hampir setiap malam kita ada usrah, hampir setiap hujung minggu kita mengisi program-program dakwah, hampir setiap bulan kita berkumpul dan bermusyawarah merencana dan merancang gerakan-gerakan saff dakwah ini… adakah kita sudah rasa kita sudah berhabis daya?

Jauh sungguh, ya Allah.

Jauh sungguh syurga itu dari kami.

Maafkan kami wahai umat.

Saat kami merasa penat dan mahu berehat, saat itulah satu demi satu ruh umat ini terus menjadi mangsa.

Sang Surya Telah Bersinar

Shahadat Dua Melingkar

Warna Yang Hijau Berseri

Membuatku Rela Hati

Advertisements

One thought on “Kalau kau sudah merasa cukup…

  1. salam..
    kak.,jazakillah khairan kathiraa.,
    terkadang kita merasa penat n mahu berehat sedangkan terlalu banyaaaak lagi yg kita tak buat…T______T…
    takutnya andai kita tercicir satu hari nanti.,taknak jauh dr jalan ni.,taknak jauh dr Allah…
    doakan kita sama2 diberi kekuatan n kesabaran.,ameen ya rabb..

    mawarmujahadah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s