Musim ‘sakit’ sekarang ni.

Sudah lama rasanya aku tidak menitikkan tinta di lembar-lembar maya ini. Kalau ada sekalipun, tidak sempat untuk aku ‘publish’kan kerana tuntutan urusan-urusan dunia yang banyak merebut masaku dengan dakwah sekarang ini. Kali ini aku mahu mengajak jiwaku dan kalian untuk sama-sama bermuhasabah. Muhasabah amal kita.

Aku melihat banyak permasalahan dalam kalangan muayyid-muayyid dakwah hari ini, termasuk diri sendiri, adalah berpunca dari kepincangan dan kecomotan kefahaman dan penghayatan dalam pergerakan. Aku sungguh-sungguh bukan yang terbaik untuk menulis tentang soal ini. Terlalu cetek ilmu dan pengalamanku. Bahkan akulah sebenarnya yang perlu lebih banyak ditegur dan diperbaiki.

Tapi yang menggerakkan penaku hari ini barangkali adalah perasaanku yang sudah beberapa lama bergelora. Berat rasanya melihat jerit perih generasi terdahulu, seolah-olah dikalahkan, direndahkan dan dilemahkan, oleh kelemahan kita-kita, ikhwah akhwat sendiri, yang satu masa dahulu sudah pernah berjanji-janji setia dengan jiwa yang kental dan semangat yang membara.  

Kadangkala kita melihat kiri dan kanan kita, dalam keletihan dan kepenatan yang sangat berat, kerana redupnya dakwah kita disaat itu, tidak disambut, bahkan dikalahkan. Saat-saat dakwah kita mendung bagai langit gelap, kita berharap ada tangan-tangan kukuh yang bakal menyambut kita, ada pelukan-pelukan ukhuwwah yang akan menenangkan kita, ada suara-suara semangat yang bakal memotivasikan kita. Ya, kita memandang kiri dan kanan dengan sepenuh-penuh pengharapan.

Tapi kita kecewa, kerana tidak ada tangan-tangan, pelukan-pelukan dan kata-kata yang diharapkan.

Maka kalau kerjanya kita ini adalah kerana mahu dibantu-bantu, mahu dihargai manusia, mahu dipandang-pandang orang, nescaya akan tiba saatnya kita akan terasa mahu berhenti, terasa sungguh penat,terasa sungguh kecewa. Kerana akan tiba saatnya, semua yang kita harapkan itu hilang.

Kadangkala kita rasa kita sudah berbuat yang terbaik, sedaya upaya, dengan sepenuh hati kita. Berjaga-jagalah. Jangan sampai kerana kita diberi amanah-amanah yang besar, kita rasa kitalah yang mengetahui segala-galanya. Jangan sampai kita jadi merendah-rendahkan orang-orang lain yang bersama-sama kita. Tidak ada Islam tanpa jamaah. Sedangkan nabi pun bergerak bersama-sama para sahabat, membina sulbi-sulbi dakwah dan mengirimkan du’at ke serata dunia dalam dakwahnya kepada umat. Nabi tidak sombong dalam beramal, mengapa kita pula begini? Merendahlah. Lebih kurang kata-kata ustaz Rahmat, “jadilah kalian seperti bintang-bintang di langit, yang terpantul pada permukaan air, padahal hakikatnya ia tinggisekali di langit, janganlah kalian menjadi seperti asap, yang mengangkat dirinya tinggi kelangit padahal ia hanya asap sahaja.”

Maka kalau kerjanya kita selama ini adalah kerana mahukan kejayaan peribadi, mahu memenuhi cita-cita diri semata-mata, nescaya kita akan merasa susah untuk berganding tenaga dengan orang lain. Kerana banyaknya keinginan-keinginan peribadi kita yang barangkali sebenarnya tidak diperlukan oleh umat.

Aku perlu rehat sebentar. Demamku masih berat malam ini. Tapi apa yang terkandung didalam hati bahkan lebih berat lagi. Mudah-mudahan Allah menunjukkanku jalan yang benar.

Kadang-kadang sebenarnya kita tidak perlu mencari kebenaran pun, kerana ia sudah ada di depan pintu kita. Tinggal saja untuk kita mengakui kebenarannya sahaja.

Wallahul musta’an.

 

 

Advertisements

One thought on “Musim ‘sakit’ sekarang ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s