Manusia

Manusia.

Kalau hilang arah sekalipun

takkan mengaku kalah.

Kalau menitis darah sekalipun

takkan mengaku rendah.

Manusia.

Saat diri digelumangi lumpur jahiliyah

sudah mula berkilau-kilauan

Saat diri diluhurkan sinar Islah

bertambah-tambah kemilauan.

Manusia.

Andai dia mahu duduk sebentar,

dan berfikir sejenak,

dia akan lihat,

dialah makhluk yang tiada tandingnya.

dialah yang paling dikasihi Tuannya.

dialah yang dijadikan sebaik-baik rupa.

Manusia.

Boleh membunuh sesama manusia.

Susah memaafkan,

Susah melupakan,

jarang bertolak ansur,

jarang senyum bila ditegur.

Manusia.

Boleh jadi hamba kepada manusia.

Boleh jadi hamba kepada dunia.

Boleh jadi hamba kepada harta.

Boleh jadi hamba kepada wanita.

Boleh jadi hamba kepada Korea.

Boleh jadi hamba kepada kerjaya.

Tapi Islam datang untuk membebaskannya,

kerana dia hanya hamba kepada Penciptanya.

Sulit sekali kejadian manusia.

Lebih sulit lagi menjalankan amanahnya.

Berbahagialah wahai manusia,

andai hidupmuĀ beroleh redhaNya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s