Hambakah aku?

Malam itu dia duduk merenung ke luar jendela. Pandangannya tembus tirai puteh jarang-jarang yang menutupi jendela itu. Angin sejuk malam itu seperti sudah putus asa, tidak bertiupan, tapi tetap sejuknya terasa. Malam itu, lorong Kimian Avenue tidak banyak berubahnya. Sama sahaja seperti malam-malam sebelumnya. Gelap. Sejuk. Dingin sahaja.

Hatinya masih buntu. Sekali-sekali dia menatap komputer ribanya. Kosong.

“Di mana harusku cari cinta ini, ya Allah?”, dia mengeluh buntu.

Lagu nyanyian Nazrey Johari ‘Mengemis Kasih’ sayup-sayup mengisi ruang bilik kecil itu. Lama sekali dia merenung. Entah apa yang ditunggu sekian lama masih belum juga muncul.

Jemarinya mula bergerak mencari papan kekunci laptop yang teratur sepi di hadapannya. Dia menaip beberapa perkataan dan kemudiannya memadamkan kesemuanya semula. Dia seperti hilang perasaan. Tidak mungkin seorang penyanyi itu boleh menyanyi tanpa suara. Begitulah rasanya seorang penulis puisi. Tidak mungkin dia bisa menulis tanpa perasaan.

Perlahan-lahan dia menundukkan wajahnya ke bawah. Hatinya terasa menguncup. Terasa seperti terhiris dalam-dalam sanubarinya. Terasa ketat dan sempit tenggoroknya. Terasa basah dan panas mata dan pipinya. Ya, ya, hamba ini menangis hiba. Kerana dia hilang cintanya, hilang rindunya, hilang perasaannya, kepada Tuhannya. Dan saat ini, dia tidak dapat mencariNya lagi. Mata kalau buat, tangan masih boleh meraba-raba, tapi hati kalau buta, tidak ada yang boleh membimbingnya. Kecuali Allah semata-mata.

Lama dia menangis. Sungguh kuat sendunya malam itu. Perit sekali hatinya. Dia menekapkan telapak tangan ke muka. Tidak tertahan-tahan lagi kesedihannya. Siapakah yang lebih sedih dan pilu dari seorang kekasih yang kehilangan Kekasihnya, yang tiba-tiba hilang jejak di hatinya? Siapakah yang lebih sedih dari seorang hamba yang hilang rasa cinta dan rindu terhadap Tuhannya, dan bila dia mahu kembali mencari cinta itu, dia sudah tidak menemuinya? Siapakah yang lebih layak menangis dari seorang hamba yang terlebih cintanya kepada dunia dan bila dia sedar cinta itu terlalu sementara, menyesallah dia semahu-mahunya.

Pagi esoknya, seusai solat sunat 2 rakaat, dia tidak mampu bangun lagi. Terasa berat sekali kepala. Mungkin kerana terlalu banyak menangis semalam. Dia menangis semahu-mahunya sehingga tidak sedar bila matanya terlelap. Selesai memberi salam, dia memandang sejadah merah kecil yang terhampar di hadapannya. Tangannya mengusap-usap sejadah itu. Lembut dan sejuk. Ada bau garden breeze kesan deodoniser yang selalu disemburnya untuk mewangikan carpet bilik kecil itu. Sekurang-kurangnya pagi ini dia lebih tenang.

Dia menadah tangan yang masih sejuk dari air wudhuk yang diambil sebentar tadi. Kesejukan pagi yang baru membuahkan butir-butir embun itu sepertinya sudah tidak terasa lagi kerana hatinya kini lebih tertumpu kepada Dia dihadapannya, yang tidak nampak olehnya. Dia memandang keatas, seolah-olah memandang kepada sesuatu yang Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar dan Maha Kaya zatnya. Matanya kembali bergenang. Pedih tebing-tebing kelopak mata yang sudah bengkak-bengkak kerana banyak sekali menumpahkan airnya. Seperti sudah tidak ada air mata lagi yang tertinggal. Tapi dia tidak mampu lagi menahan sebak yang masih menggunung didada. Mahu sahaja dilampiaskan seluruhnya, biar bebas, biar lega.

Pagi yang masih hitam itu menyaksikan seorang hamba akhirnya kembali bebas. Walhamdulillah. Bibirnya diketap erat. Seperti tidak ada perkataan yang boleh diucapkan untuk menggambarkan tingginya syukurnya kepada Allah yang Maha Pengasih. Kerana akhirnya rasa cinta yang pernah hilang itu diganti sekali lagi.

Hamba yang rasa hilang arah, sebenarnya saat menyedari kehilangannya itulah, dia sebenarnya sudah bertemu kembali jalannya.

Dalam dingin pagi yang membeku, dan dalam tangisan yang syahdu, bibirnya membuahkan butir-butir doa.

Allahumma Rabba Jibriila wa Mikaaiila wa Iraafiila Faathiros-samawaati wal ardhi ‘aalimal-ghaibi wasy-syahaadati anta tahkumu baina ‘ibaadika fiima kaanuu fiihi yakhtalifuuna ihdinii limakhtulifa fiihi minal-haqqi bi-idznika innaka tahdii man tasyaa-u ilaa shiraatim-mustaqiim

(“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi. Wahai Rabb yang mengetahui hal-hal yang ghaib dan nyata. Engkau yang menghukumi (memutuskan) di antara hamba-hambaMu dalam perkara yang mereka perselisihkan. Tunjukkanlah aku, dengan seizinMu, pada kebenaran dalam perkara yang mereka perselisihkan. Sesungguhnya Engkau menunjukkan jalan yang lurus bagi orang-orang yang Engkau kehendaki.”)  (HR Muslim  1289)

Dan subuh pagi itu menjemputnya dengan penuh lemah lembut.

Allah, Dialah satu-satunya yang berupaya mengurniakan kekuatan kepada hamba-hambaNya. Sekalipun, kita bermusafir keseluruh pelosok dunia, kita mendaki setiap puncak yang ada, kita tawan setiap lautan dan benua, kita tidak mungkin bisa membina sebuah kekuatan, kesabaran dan ketabahan yang kita dambakan dalam hidup kita. Tapi Allah, bila Dia menduga hambaNya, Dia uji seuji-ujinya, Dia lenturkan tengkuk dan tubuh hambaNya dengan segala dugaan dan kedukaan, sehingga terkulailah hamba itu selayu-layunya di hadapanNya, dan disaat hamba itu mengakui bahawa tidak ada sesiapa lagi yang bisa menolongnya kecuali Allah, saat itu lah akan datang segala penolong-penolongNya dari langit dan bumi, segala bala tentera yang selama ini bersembunyi, segala kekuatan yang selama ini terkunci mati… Lalu dengan penuh cinta Dia berkata,

“Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan

Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak

Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon

ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,

andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang

menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan

untukmu keampunan sepenuh isi bumi.”

Tuhan..

Dosaku menggunung tinggi…

Tapi rahmatMu… Melangit luas….

Advertisements

2 thoughts on “Hambakah aku?

  1. paa.indah sgt post ni.ya allah, alhamdulillah kerana mengetuk hatiku yang sdg lalai ini.

    jzkk sis!hope ur staying strong there!

  2. pa’a, i felt the same way, rasa cm dah ‘hilang’, sedih sgt, nangis2 nak balik…
    still mengharap..

    tiger ni mmg satu zouq, yea, rs benda yg sama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s