Cincin Tunang

Kalau kita ramai-ramai tengok cerita Sang Murabbi, kita akan bertemu dengan salah satu babak Sang Murabbi dengan pemuda-pemuda kampungnya yang sedang leka dibuai arak dan judi. Aku sertakan babak itu disini, mungkin sambil-sambil makan mee segera nanti kalian boleh menonton cerita ini. Lagi bagus, tengok seluruh cerita ni terus.

Benar. Benar sekali puisi nukilan Sang Murabbi kita.

“Seonggok manusia terkapar

siapa yang mengaku bertanggungjawab?”

Kita, kalau tidak disentuh hidayahNya, kalau tidak disapa tarbiyyahNya, kalau tidak dilembutkan hati oleh Dia, nescaya barangkali kita sekarang adalah mereka-mereka yang hari ini kita rasakan teruk, yang kita rasakan takda harapan, yang kita rasakan dahsyat gile lifestyle dan sebagainya. Siapa kita hari ini, adalah kerana izin dan kehendak Allah semata-mata yang mengizinkan tarbiyyah dan dakwah ini ke atas kita. Dan bukanlah hidayah ini nikmat semata-mata, bahkan bersama-samanya, terkandung segunung amanah, yang andai dibebankan keatas gunung pun, nescaya tidak tertanggung olehnya.

Jangan pula kita lupa daratan. Dahulu ketika jahiliyyah, kita rasakan kehidupan bersama-sama mereka-mereka inilah yang cool, yang best, yang otai dan happy dan sebagainya. Tapi, setelah memahami Islam, kita langsung meninggalkan mereka. Kita rasakan mereka membawa impak buruk kepada kita, kita rasakan mereka tidak mungkin mahu kepada dakwah dan cara hidup baru kita, kita rasakan mereka tidak akan berjaya diubah dengan mudah. Macam-macamlah kita rasa, sampaikan suatu masa, usrah menjadi musuh kepada masyarakat kerana kata segelintir pihak, usrah memecahbelahkan masyarakat. Astaghfirullah.

Aku tahu, hakikatnya bukan mudah. Bahkan kebanyakkan kata-kata nasihat disini, yang paling layak menerimanya adalah diriku sendiri. Kadang-kadang, bila kita sudah pakai baju bersih-bersih, putih dan suci, ofkos lah kita akan jadi sangat keberatan untuk terjun kedalam longkang kotor berlumut kerana kita terlalu cinta kepada kebersihan dan keindahan pakaian kita. Tapi kalau lah kita dapati cincin tunang kita yang diperbuat daripada emas telah terjatuh kedalam longkang yang kotor, mesti kita akan lompat jugak masuk dalam longkang tu dan berusaha sedaya upaya untuk cari, lepas tu angkat cincin tu, bawa keluar, pastu basuh cincin tu bersih-bersih dan pakai semula di jari kita. Betul tak? Kau jangan nak tipu aku. Konfem terjun kan?

Sebab apa? Sebab kita sayang sangat cincin tu. Tak sama cincin tu dengan mana-mana cincin yang ada dipasaran kerana sentimental value nya.

Sama lah juga dengan sahabat-sahabat kita yang belum disentuh tarbiyyah. Walaupun susah sungguh kita nak ajak depa join program-program tarbiyyah, nak ajak join usrah, nak ajak pergi jalan-jalan sambil membina ukhuwwah, tapi kita kena pandang mereka sebagai cincin tunang kita (Erk… kenapa bukan cincin kahwin eh? Hmm… hehe). Kita sayang sangat dan tak mahu kehilangannya. Kita pandang dengan penuh perasaan dan keinginan untuk melihat cincin tersebut terus bersama kita sampai bila-bila. Bukankah begitu sepatutnya kan?

Lihatlah babak diatas, agak-agaknya, kalau kita ditempat Sang Murabbi itu, tegarkah kita meredah masuk ke lubang-lubang maksiat sedemikian rupa? Tegarkah kita mengajak mereka-mereka yang tersimpang jauh dari syurga agar kembali mengisi taman-tamannya? Tegarkah kita melihat sahaja anak-anak muda kampung kita bersidai di bahu-bahu jalan dengan motorsikal, rokok dan teman-teman yang belum halal buat mereka?

Kita tidak tegar bukan?Kita tidak sanggup… 

Ayuh kita hayati sejenak sabda Baginda Rasul saw, 

Dari Abu Hurairah Ra. bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu sore dia sudah menjadi kafir, atau (syak Perawi Hadits) seseorang yang masih beriman di waktu sore, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia “, (HR. Muslim)

Bergetar hati kita. Khuatir sungguh kerana boleh jadi saja kita menjadi sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah saw ini. Naudzubillah. Tapi seharusnya ini menjadi drive yang tinggi untuk kita terus bekerja, agar kita akan terus menjadi pilihan Allah untuk berjuang di medan ini. Bukankah Dia majikan, dan kita sekadar hamba?

Hadith ini juga mengajar kita bahawa umat ini sememang terus-menerus diuji, luar dan dalam. Yang sudah diberi kefahaman Islam, lain ujiannya. Yang belum benar-benar memahami Islam, lain pula ujiannya. Kadang-kadang bila kita tengok orang bertatoo seluruh badan, kita jadi tertanya-tanya, “Gila! Macam mana lah die ni boleh buat tattoo sebanyak ni… dah la sakit buat benda alah ni… pastu nanti high risk dapat hepatitis lagi… ish ish ish…”. Tapi tahukah kita, barangkali orang tu juga tertanya-tanya dalam hati dia, ” Ridiculous nya budak ni, dah la panas summer tak habis lagi, pastu pakai-pakai tudung pulak, pastu pakai handsock lagi, pastu pakai stokin pulak, x panas ke… ish ish ish…”.

Nampak tak apa masalah situasi diatas?

.Understanding.

Lack of understanding. Bila tak memahami, kita cenderung buat assumption dan bila kita start assuming, kita start bersangka buruk.

Jadi apa bezanya kita dengan mereka kalau kita juga berzon-zon(bersangka-sangka) dengan mereka sepertimana mereka berzon-zon dengan kita? Kan?

Cakap senang yaw

Tak. Cakap mana senang. Tahu tak nanti setiap butir perkataan ini akan dihitung semula dan dipertanggungjawabkan kepada yang menuturkannya? So, cakap pun tak senang , buat pun tak senang. Kalau tidak kerana tanggungjawab syahadah yang terlalu menuntut pelaksanaannya setiap hari, mungkin Laskar Mentari pun tak wujud.

Kita perlukan mekanisme untuk bina mindset positif kepada manusia-manusia sekeliling dan supaya kita bisa memandang seluruh umat dengan pandangan cinta dan kasih sayang. Untuk ini, aku menyedut sedikit intipati dari beberapa buku serta dari perkongsian-perkongsian dengan manusia-manusia hebat dan kemudian aku gabungkan, buat consideration dan amalan kita semua inshaAllah.

1) Belajar monolog “takpe… InshaAllah, Allah ada”,

Kenapa nak  monolog macam ni? Sebab ayat-ayat monolog seperti ini akan menambahkan kesabaran dan kebergantungan kepada Allah. So bila kita menyeru manusia dan ditolak, dan kemudian kita menyeru lagi, dan ditolak, dan kita menyeru lagi kemudian ditolak, nescaya kita akan terus menyeru kerana kita yakin, “takpe… InshaAllah, Allah ada..”. Mungkin nampak cam tak ada kesan sangat, tapi bekas majikan aku (dulu masa aku kerja kat Giant) kata, “Kalau awak repeat sesuatu ayat lebih dari 6 kali satu hari, awak akan ingat sampai bila-bila” . (Tak tau mana sumber statement dia tu tapi aku rasa kesimpulannya nak cakap, kalau ulang-ulang, inshaAllah akan lekat dalam ingatan..) Lagipun, kata Allah,

“..Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah…” (Al A’raf: 128)

2) Biar tebal muka di dunia, jangan tebal muka di padang mahsyar.

Yang ini zasss kepada aku sendiri. Sebab aku kadang-kadang rasa malu nak ajak orang kepada benda-benda baik berulang kali kalau pernah direject beberapa kali. Sepatutnya tak boleh malu-malu. Kalau kat hospital, kalau datang patient yang cardiac arrest, sikit lagi nak mati, patut ke kalau aku malu-malu nak tanggal tshirt dia untuk guna defibrillator (google la sikit hehe)? Mesti tak patut kan? Camtu lah juga keadaannya mad’u-mad’u kita yang tenat ni… kalau kita malu-malu, nak harapkan siapa lagi en? T_T

3) Appreciate their positive behaviours.

Yang ini memerlukan kita untuk selalu berbaik sangka kepada orang-orang disekeliling kita, termasuk yang memusuhi kita. Kadang-kadang, orang-orang ini menyangka kita menjauhi mereka kerana kita rasa mereka jahat, mereka bawa pengaruh negatif, muka tak suci, dan sebagainya. Buktikanlah hakikat bahawa kita benar-benar melihat kebaikan pada diri mereka. Kalau tidak, masakan Ar Rasul mendoakan dua Umar tersebut? Kerana baginda melihat potensi-potensi mad’unya. Aku dah bertemu akhwat dan ikhwah yang ketika jahiliyyahnya, mereka mungkin sikit lagi je nak masuk level 18SG a.k.a sungguh kasar akhlaknya, tapi selepas tarbiyyah, mashaAllah merekalah yang paling terjaga budi bahasanya. Agak-agak, kalau murabbi mereka memandang kekasaran mereka sahaja, adakah mereka akan berada dalam tarbiyyah? Besar kemungkinan tidak, kecuali Allah mengizinkan. Tapi nak cakapnya, kerana manusia yang berada dihadapan kita hari ini, boleh berubah menjadi manusia yang berbeza pada esok hari, jika Allah menghendaki.

4) Banyak baca Quran.

Sebab dalam Quran ada banyak cerita. Dan cerita-cerita ini boleh jadi medium atau aset untuk memancing hati mad’u-mad’u kita. Jangan pandang rendah cerita-cerita dari Al Quran ini. Betapa ramai sahabat Rasulullah saw yang peluk Islam kerana terdengar ayat-ayat Quran lantas terpikat dengannya. So, apa bezanya hati-hati mereka dengan hati-hati mad’u-mad’u kita hari ini? Bahkan para sahabat dahulu, ketika jahiliyyah, bahkan kesalahan mereka lebih besar lagi hingga ada yang pernah membunuh anak perempuan. Sebagaimana AlQuran boleh menyentuh hati manusia 1400 tahun yang lalu, sebegitu jugalah Al Quran ini inshaAllah pasti mampu menyentuh hati manusia hari ini.

5) Doa banyak-banyak yaw…

Kalau tak doa, tak sempurna usaha kita. Susah nak kata sudah bertawakal kalau belum berusaha. Dan susah nak kata dah berusaha kalau belum berdoa. Kerana doa itu juga satu bentuk usaha. So, seharusnya kita terus berdoa, terus menyebut nama mad’u kita didalam doa-doa kita, selalu membayangkan dia bersama-sama kita didalam saff dakwah, dan inshaAllah, suatu hari nanti dia pasti bersama-sama kita…

 

Aku harap kita dapat saling mendoakan satu sama lain agar kita mampu melaksanakan tanggungjawab ini. Sesungguhnya kelemahan-kelemahan diri ini kalau dicatat, nescaya boleh kering selautan dakwat dalam keadaan masih ada yang belum tercatat. Tidak tergambar banyaknya dan malunya untuk menyuarakan walau sebaris nasihat. Tapi keran ad Deen ini menuntut keberanian dan kerja keras, maka siapalah hamba untuk memberi alasan-alasan kpd Tuannya?

So, dimana ‘cincin tunang’ kalian? HeHe.

 

 

Advertisements

5 thoughts on “Cincin Tunang

  1. v v v brilliant, pa’a. mashaAllah. rasa macam nak angguk2 baca dari awal sampai last. sambil sedih tgk diri sendiri. huhuu.

  2. jzzk paa!
    sgt terkesan T____T

    (teringat kali pertama menonton filem sang murabbi-kat bilik pa’a plak tu hehe. yg penat dah tertidur, yg bertahan mmg basah ar mata tgk sampai abes.sang murabbi bsama himmah jiwa2 unggul utk kita contohi…)

    miss u pa’a 🙂

    take care ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s