Malaysia Masih Ada Masa Depan

Malaysia adalah tanah air tempat kelahiranku dan kebanyakkan orang yang bersama-samaku. Suatu ketika dahulu tanah ini juga pernah digelar Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang dipimpin oleh beberapa generasi sultan. Saat bumi ini suatu ketika dahulu diinjak dan diterjang perompak kebebasan bernama Portugis, ribuan nyawa menjadi saksi, perjuangan orang-orang terdahulu untuk mempertahankan tanah milik sebuah umat yang merdeka ini—umat Islam. Kemudian datang Belanda dengan kapal-kapalnya pula, melontar sedikit demi sedikit najis ‘al Hawa’ ‘ dan jahiliyyah ke dalam umat ini. Melaka, seperti bola yang dibaling kesana kemari, kali ini jatuh pula ke tangan Belanda dan kemudiannya ke tangan British yang hari ini akan berdiri bangga setiap kali sukan Commanwealth diadakan kerana melihatkan besarnya, banyaknya dan gahnya kerajaannya kerana pernah menguasai kesemua negara-negara Commanwealth ini. Dari dahulu lagi aku pelik, kenapa negara-negara bekas jajahan British disatupadukan tetapi kita bukan bersatu untuk apa-apa, tapi bersatu untuk acara-acara sukan dan beberapa acara ‘kanak-kanak’ yang lain.

Tidak pelikkah kalian? Adakah supaya negara-negara formerly British Empire ini merasa bangga? Soalnya patutkah kita berbangga kerana suatu masa dahulu kita pernah DIJAJAH oleh British? Adakah supaya negara-negara ini boleh sama-sama mengambil iktibar dan belajar dari sejarah agar tidak akan dijajah sekali lagi oleh British? Soalnya, kelihatannya seperti sudah dijajah semula saja. Mungkin bukan secara terang. Tapi kau dan aku tahu bukan wacana mereka? Kewujudan Commonwealth itu sendiri, mungkin, satu bentuk penjajahan. Who knows, kan?

Malaysia,   kalau kau tengok video pengisytiharan kemerdekaan tanah air kita di Dataran Merdeka itu, kau mesti boleh nangis, sebab kau akan lihat sekumpulan rakyat yang sungguh-sungguh cinta pada tanah air mereka, dan ingin sekali melihat negara mereka kembali kepada asalnya, diperintah oleh orang-orang Islam dan dapat hidup aman tenteram. Tapi kasihan sekali kepada mereka, barangkali ada diantara mereka yang sudah lama dijemput ajal, tetapi hajat mereka belum pernah kesampaian. Kerana hari ini, memang Melayu memerintah, tetapi mungkin bukan Islam yang memerintah. Eh, jangan pula kau tuduh aku mengkafirkan manusia. Bukan itu maksudku. Bukan aku bercakap tentang mana-mana individu. Tapi aku bercakap tentang sebuah sistem di atas kita yang mana kehendaknya, mentalitinya, dan matlamatnya adalah kehendak, mentaliti dan matlamat Melayu, bukan Islam. Kalau Rasulullah ada pada hari ini, kau rasa adakah baginda akan setuju dengan bentuk pemerintahan ini? Silakan berfikir.

Aku cinta kepada tanah airku. Aku mahu Islam tertegak diatasnya dan aku mahu sempat melihat kebangkitannya. Tidakkan kalian mahu bersamaku?

Aku sempat memerhatikan beberapa ciri yang ada pada pemerintahan Islam masa lalu dan aku bandingkan dengan apa yang ada pada hari ini. Ini hasil pemerhatianku.

1) Selagi mana ada kawasan perumahan mewah yang diduduki oleh para pemimpin, dan dalam detik yang sama ada sebuah kawasan setinggan yang didiami rakyatnya, bukanlah itu dikira negara Islam. Bukan aku yang cakap. Kalau kita membaca al Quran, kita akan bertemu dengan ayat ini:

“Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara” (Al Hujurat:10)

Berhentilah mengambil ayat ini hanya untuk tazkirah-tazkirah tentang ukhuwwah di dalam usrah, orang-orang seperti kitalah yang harus mula berfikir besar. Ini ertinya bilamana kita melihat semua Muslim itu saudara kita. Inilah ertinya. Sebuah kerajaan itu, pemimpin dan rakyatnya adalah BERSAUDARA. Mustahil seorang saudara tergamak tidur nyenyak dengan perut yang kenyang ketika saudaranya yang lain tinggal didalam rumah serupa reban dan tidur dalam keadaan lapar. Mustahil!

2) Selagi mana pemerintahan dan politik parasit(asyik menjatuhkan orang lain) yang diaplikasikan, dan bukan pemerintahan dan politik Islam, maka itu bukan negara Islam. Hari ini kita melihat golongan-golongan yang diamanahkan tanggungjawab memimpin umat sering kali berantakan, bergaduh-gaduh, tuduh-menuduh dan fitnah-memfitnah. Dan kerana mereka asyik bergaduh tentang permainan ‘kanak-kanak’ mereka, yang tersepitnya adalah golongan-golongan yang lemah. Apakah mereka terlupa kata-kata Allah?

“Dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Anfal:46)

Bukankah benar-benar hari ini kita menjadi sebuah umat yang lemah. Usahlah pandang di mata dunia, di tanah air sendiri pun kita tidak dipandang tinggi. Dagang di tanah sendiri.

3) Selagi mana kelompok-kelompok yang bertentangan pendapat (tidak semestinya barisan alternatif, mungkin orang-orang neutral tetapi mempunyai pendapat tersendiri) dengan pemimpin-pemimpin negara ditutup mulut mereka, difitnah agar tidak diikuti, didiamkan agar tidak didengari, dan dihijabkan dari dilihat oleh rakyat akan kebaikan mereka, selagi itulah ia bukan sebuah negara Islam. Lupakah mereka tentang kisah Rasulullah dan seorang sahabat yang mempunyai pendapat lain tentang tempat kubu tentera Islam dan merasakan lebih baik tentera Islam mengambil alih kawasan-kawasan sumber air agar dapat memutuskan sumber air musuh. Sahabat itu bertanya terlebih dahulu, adakah pendapat rasulullah itu adalah wahyu Allah. Dan setelah diberitahu itu cuma pendapat baginda sahaja, sahabat tersebut pun menyatakan pandangannya. Apa yang berlaku? Rasulullah dengan mudahnya bersetuju dan terus bertindak. Baginda tidak merasakan pendapat baginda sahaja yang benar. Baginda seorang Rasul yang dibenarkan oleh Allah. Tapi kenapa kita ini pula yang selalu rasa kita benar? Dan lebih mahu orang mentaati kita, berbanding kita mentaati orang lain. Bukankah Rasulullah pernah berkata,

“Kamu semua pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang kepimpinan kamu”

4) Selagi mana pemimpin dan RAKYAT tidak melihat Islam sebagai penyelesaian kepada segala masalah yang melanda negara, maka itu bukan negara Islam. Jangan nak salahkan yang diatas sahaja walaupun yang diatas mungkin sememangnya mempunyai lebih banyak kuasa dan kemampuan. Tapi hari ini sudah banyak negara yang mengalami pembaharuan dan improvement pada sistem kerajaan mereka, hanya kerana RAKYATnya yang merasa bertanggungjawab dan sensitif untuk bertindak. Kalau rakyat asyik berada di takuk selemah-lemah iman, tidak redha tapi tidak bertindak, diam seribu bahasa, go with the flow sahaja, sampai bila-bila pun tidak akan ada pencapaian. Rasulullah ada menyentuh soal ini,

“Akan ada nanti pemimpin-pemimpin yang kamu suka amalan mereka dan ada yang kamu benci(kerana ianya maksiat), barangsiapa yang mengenal pasti maksiat yang dilakukan maka dia terlepas, sesiapa yang ingkar(ingkar kepada pemimpin yang maksiat) dia selamat, tetapi (yang binasa) adalah yang redha dan mengikut”. Para sahabat berkata, “apakah tidak boleh kami memerangi mereka?” Kata baginda,”tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Muslim, Abu Daud, at Tirmidzi, Ahmad]

 Jangan pula kita lupakan kisah Nabi Musa dengan Firaun. Bukankah Musa seorang rakyat dan Firaun ketika itu adalah pemerintahnya. Seandainya Musa tidak mewakili suara-suara rakyat yang ditindas dan tidak menuntut bela untuk umatnya, mungkin Bani Israel ketika itu akan terus ditindas. Ertinya tidak akan ada perubahan kalau tiada yang bangun dan merubahnya. Tidak akan wujud sebuah mahligai istana, andai tidak ada yang bangun dan meletakkan batu asasnya. Kalau semua orang menunggu-nunggu sahaja seorang ‘Musa’ untuk pergi dan orang lain hanya duduk-duduk sahaja, sampai bila pun tidak akan ada perubahan pada umat ini. Tidakkah kita melihat kebenarannya?

Dan mengapa aku lihat terlalu ramai pemuda-pemuda yang menjadi takut untuk bersuara padahal mereka melihat korupsi dan kekotoran orang-orang diatas mereka. Mengapa menjadi takut padahal kita di pihak yang benar? Bukankah kita berlindung kepada Dia Yang Maha Kuat dan tidak mungkin ada perlindungan lain yang lebih selamat dari perlindunganNya? Tidakkan umat ini jelas bahawa,

“Jihad yang afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim.” [Abu Daud, at Tirmidzi, anNasa’i, Ibn Majah dan Ahmad dan hadithnya sahih]

Jadi ,ertinya, menjadi rakyat juga adalah sebuah tugas. Jangan bermimpi untuk melihat sebuah daulah Islamiyyah selagi mana berita baik di mata rakyat adalah penurunan harga tol, penurunan harga beras, dan penaikkan elaun. Bukannya berita-berita kemenangan Islam atau berita-berita kemenangan saudaranya.

Saudara-saudaraku, surah An Nasr sudah menerangkan kepada kita tentang harapan yang besar untuk al Haq kembali menang di bumi ini. Hebatnya Islam di zaman Abbasiyah adalah bermula dari terbinanya individu-individu luar biasa yang kemudiannya membina sebuah daulah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang menyaksikan berbondong-bondong manusia kembali kepada kebenaran dan kebebasan Islam.

Aku cinta kepada tanah airku. Aku mahu Islam tertegak diatasnya dan aku mahu sempat melihat kebangkitannya. Aku yakin tanah ini masih ada harapannya seandainya ada yang mahu berusaha.

Jadi aku bertanya kepada kalian, tidakkah kalian inginkan perkara yang sama?

Advertisements

3 thoughts on “Malaysia Masih Ada Masa Depan

  1. but, but you cannot really speculate that these people sewaktu pengisytiharan kemerdekaan itu mahu “negara Islam” yang tuan blog ujarkan ini. kalau tak, mereka dah undi PAS pada waktu itu. instead, mereka mengundi almarhum Tunku Abdul Rahman, seorang yang berjudi dan minum arak,dan dalam autobiografinya jelas mengatakan bahawa negara Malaysia ialah dan patut menjadi sebuah negara sekular.

    Personally, saya tidak ada masalah dengan apa yang Tunku Abdul Rahman pernah buat, dan apa pendirian nasional beliau.

    Saya menghormati pandangan anda, dan benar, di negara kita itu banyak sekali orang2 seperti anda, yang memegang ideologi anda,dan berusaha sungguh kearahnya.saya mengujar : tahniah!

    saya sendiri pula lebih menyukai dasar sekular demokrasi ( bukan sekular laicite France) dalam konsep pembinaan negara nasional. dasar yang tidak menyebelahi mana2 kaum dan mana2 agama. dasar yang terbina pada konsep pembaikan ketidaksamaan socioekonomi ( yang mungkin terkait dapat dengan kaum) dan menekankan konsep keadilan sosial, hak individu dan kebebasan demokrasi. sesuatu yang Islam di waktu tertindas juang2kan tetapi di saat gemilang( definisi gemilang ini saya tahu agak relatif) diam2kan. Keadilan sosial ini suatu yang Islam perjuangkan, saya tahu, tapi hakikatnya , ia sangat spesifik sedangkan keadilan sosial ialah satu ruang luas dan sentiasa berubah, sesuatu yang bukannya apa2 agama pernah ambil peduli.

    manusia mungkin menyembah Tuhan tetapi saya tidak nampak sebuah negara perlu bertunjangkan apa2 agama sekiranya ia terdiri daripada campuran kefahaman dan kepelbagaian agama dan falsafah individu.

    saya lebih suka sebuah negara itu memberi status kelepasan cukai sahaja buat penganut2 agama dan persatuan2 ini menyertai politik untuk lobi dasar. dalam hal ini saya tidak rasa Islam di Malaysia ada masalah kurang lobi kerana berdasarkan bilangan, mungkin kuasa lobinya lebih kuat.

    Oh saya tahu anda tidak bersetuju dengan saya,dan saya tak rasa anda perlu mempertahankan pegangan anda pun in response to my statement here. Saya hormati pegangan anda, dan atas dasar hormat itu jugalah saya khabarkan pegangan saya. saya pun rasa jikalau orang2 seperti anda yang membawa konsep dan merealisasikan negara Islam ini, saya sendiri pun tidak ada masalah untuk menerima konsep negara Islam. sebaliknya, contoh2 “negara Islam” seperti Arab Saudi ( ulama2 sendiri declare Saudi negara Islam, ini bukan teori semata)sangat menjengkelkan saya- kebebasan individu, hak demokratik-mana?

    Bagaimanapun, kalian memang benar bila berkata bahawa pembinaan Islam itu mula dari pembinaan individu.

    Selamat berjuang. : )

    • terima kasih atas respons saudara.

      fair enough lah,tapi mungkin anda juga tidak boleh spekulasi bhw jika rakyat ketika itu memilih TAR, beerti rakyat tidak mahu Islam. No one can confirm the past cause it’s passed. sebab tu saya kata “melayu memerintah, bukan islam.” sebab dimata rakyat ketika itu, kalau melayu memerintah, beerti islam lah yang memerintah.

      “sesuatu yang Islam di waktu tertindas juang2kan tetapi di saat gemilang( definisi gemilang ini saya tahu agak relatif) diam2kan”

      Saya rasa ada sedikit ketidakadilan pada statement diatas. Mungkin bukan Islam yang perlu dipersalahkan. Yang mendiamkan dan yang memperjuangkan adalah mereka yang hidup di zaman-zaman tersebut. Kadang-kadang our ignorance yang menyebabkan kita banyak tak tahu bahawa rupa2nya ada je sesuatu perkara itu diaddress dalam Islam. tapi kita tak tahu, and we’ll never know, till we put some study on it.

      For me, i always and will never stop believing that Islam is the best and only solution to the world’s crisis, sebab itu yang diyakini Rasul dan para sahabat saat mereka membina negara Islam. I can accept if you say sebuah negara tak boleh dibina atas dasar mana-mana AGAMA. Fair enough, but always remember, Islam bukan ‘agama’ seperti agama-agama lain. Islam adalah ad-deen – CARA HIDUP. It has the solutions.

      Dan, sebagai muslim, saya sensitif dan sangat tidak enak mendengar saudara kata “tidak ada apa-apa agama ambil peduli keadilan sosial.” seolah-olahnya hal ini diabaikan oleh ad deen yang diiktiraf oleh Allah swt ini. Sorry to say but that is a huge statement and I don’t accept this.

      ‘ala kulli hal. untuk mencontohi akhlak Rasulullah saw, saudara dengan pendapat saudara, saya dengan pendapat saudara. a good point of view from you. really appreciate this. jazakallahu khair.

      wallahua’lam. hasbunallah wa nikmal wakeel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s