Khabar dari awan

Keadaannya seperti terlalu lemah

hampir saja dia mengalah

adakah dia yang salah?

Pantas menyerah kepada susah

atau dia adalah fitrah

setelah lamanya payah berganti payah

berani dia

tak pandaikah dia bersyukur?

Tak tahukah dia erti futur?

Mahukah dia dijauhi syurga?

Atau terlalu kebal kepada neraka?

Tidak.

Izinkanlah dia menjadi manusia.

Dia cuma merasa.

Dia insan biasa.

Dia tidak gagah sentiasa.

Kalau bisa dia mahu terus bersembunyi.

Kerana dia mahu sekali memenuhi segala ciri.

Tapi kadangkala dia tak mampu terbang tinggi

setelah terlalu lama mengembangkan sayap

dia rasa lenguh sekali

dia rasa perit sekali

tapi setiap kali dia mahu singgah di dahan

tiada yang sudi meneduhkannya

seolah-olahnya kelenguhan itu bukan fitrah

dan setiap yang mujahadah itu sentiasa gagah.

Alangkah sepi sang burung.

Mungkin kau lihat dia terbang rendah.

Jangan pernah menuduh dia lemah,

dan bukan juga dia sedang mengalah.

Mungkin dia tercedera

bertahan juga walaupun luka

oh dia,

terbanglah di awan sana

biar dia diselaputi

kerana sekalipun tiada yang menghargai.

pasti Allah sentiasa memerhati.

Advertisements

5 thoughts on “Khabar dari awan

  1. Paa!! truly He is watching..
    that’s the most important right? ^_^

    yg sanggup jadi tempat sang burung berteduh,
    Atiqah =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s