Aku budak usrah

Tribute untuk tiger-tiger dakwah

Aku menulis post ini kerana aku rasa terlalu banyak salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap usrah. Aku tidak salahkan mereka yang salah faham. Aku juga tidak salahkan orang-orang usrah yang memang tidak dinafikan, seperti manusia biasa, mereka juga banyak kelemahan. Macam kata-kata yang selalu kita dengar, orang usrah bukan malaikat. Mereka tidak suci dari kesilapan. Bisa jadi, salah faham yang menempel pada term Usrah ini datang dari orang-orang usrah sendiri, tapi itu tidak memberi kau atau aku atau mereka atau sesiapa saja sebarang hak pun untuk menyalahkan mereka. Kerana kita semua manusia.

 

Kalau 5-10 tahun yang lalu, kalau kau ajak aku ke usrah mungkin aku akan ikut kalau homework aku dah siap atau kalau aku rasa macam nak dengar pasal Islam sikit-sikit sebab rasa macam dah lagha sangat hidup ini. Ataupun besar kemungkinan aku tak ikut pun, sebab aku dah plan nak basuh baju, nak sidai baju, nak baca buku, nak tidur etc. Boleh jadi juga aku tempik je kau sebab aku tak suka orang paksa-paksa aku masa zaman-zaman remaja(tapi sekarang ni pun aku rasa aku remaja lagi..hehe). Atau tidak mustahil juga belum sempat kau nak ajak aku ke usrah, aku dah lari jauh-jauh supaya tak jumpa kau sebab aku malas nak borak dengan orang-orang macam kau. Ya, 5-10 tahun yang lalu, bagi orang-orang yang pernah bertemu aku ketika aku berusia belasan tahun, mungkin boleh predict sikit-sikit reaksi aku macam mana. Dengan gelang-gelang hitam aku yang banyak macam pakai tayar basikal je kat pergelangan tangan ini dan ditambah dengan wrist band segala, aku rasa kau orang tak nak dekat dengan aku pun.

 

Aku ingat lagi, di MRSM aku setiap hujung minggu akan ada ceramah pagi-pagi yang sepatutnya semua orang wajib pergi. Tapi aku bangun lewat, so bila sampai kat dewan, semua orang dah ada di dewan, so malu nak masuk dan ditambah pula perut yang lapar, aku dan teman serumah yang satu geng akhirnya berpicnic di belakang dewan sambil makan roti canai ketika orang lain mendapat sajian dan makanan hati. Masuk Taiping, aku jadi manusia sikit. Tapi manusia robot pula. Nasib baik tak mati masa di MRSM Taiping, kalau tak apa aku nak jawab kat Allah kalau Allah tanya tentang usia mudaku. Tak menyumbang kepada umat langsung masa tu.

 

Dengan segala kedegilan dan kerosakan waktu-waktu silamku, Allah masih sudi menawarkan kepada aku sehamparan taubat dan hidayah. Ya, Allah bukan menawarkan kepada aku sahaja. Kalau kau baca hadith 40, mesti kau akan jumpa tawaran Allah ini. Aku cukup berterima kasih kepada Allah yang masih memberikan aku dan teman-temanku peluang bersujud kepadaNya dengan sepenuh jiwa, peluang bekerja dijalanNya sepertimana Rasul dan para sahabat, peluang mendapat ganjaran-ganjaran Syurga yang tidak mungkin ada sesuatu yang setanding dengannya di dunia ini, peluang merasa tenang dengan ujian dan tenteram dalam aqidah yang benar, peluang merasai nikmat berkorban segala-gala yang dimiliki demi memastikan obor dakwah Islam terus menyala.

 

Hari ini, kalau kau belum usrah dan kau dikejar-kejar oleh orang usrah, percayalah cakap aku. Mereka bukan hantu kak limah. Mereka cuma orang-orang yang penuh kasih sayang yang mahu kau sama-sama merasai indahnya kehidupan bersama-sama Islam. Mereka cuma manusia-manusia ikhlas yang mahu kau selamat dari azab Allah. Pergilah ke seluruh pelosok dunia dan kau tidak akan temui sahabat yang lebih baik dari seorang sahabat yang mahukan syurga untuk kau di akhirat  sana. Benar bukan?

 

Aku tak peduli apa kata mereka tentang usrah. Kerana aku terlalu cinta kepada dakwah yang telah memberi aku kehidupan ini. Kerana aku terlalu cinta kepada usrah yang telah memberi makna kepada hidupku kembali. Kerana aku terlalu yakin bahawa inilah satu-satunya jalan menuju redha dan syurgaNya. Kerana aku terlalu percaya bahawa inilah jalannya untuk menyelamatkan umat manusia yang semakin hari semakin lemas dalam jahiliyyah yang fana.

 

Aku budak usrah. Tahun ini inshaAllah, bakal jadi tahun keempat kami.

Ketahuilah, tidak pernah aku jumpa manusia-manusia yang lebih ikhlas dan penuh kasih sayang seperti mereka sehinggalah aku merelakan tarbiyyah dan dakwah ini keatasku.

 

Mudah-mudahan Allah membenarkan kita untuk terus istiqamah dan thabat di atas jalan ini. Tolonglah, andai suatu hari nanti aku berarak pergi bersama awan jahiliyyah yang sering memendungi diri, tariklah tanganku agar aku terus bersama kumpulan ini.

 

So macam mana? Nak tak masuk usrah? Hehe.

 

Advertisements

38 thoughts on “Aku budak usrah

  1. huwaaaaaaaaaaaaaa bestttnyeee post ni! 🙂 tetiba teringat cerita2 pa’a dulu2..avril lavigne n stuff, hehehe :p

  2. btw, mohon share nk letak kat blog usrah kami!!!! cuz its too cool not to share, hehehe ..
    p/s- i want a skype date soon, too many things to update! take care pa’a!

  3. saLam…
    aku kat sini pown bukan nk saLah kn usrah..
    aku pown maLas nak saLah kn Islam..
    waLaupon ak dh besau..sembahyang tak terjaga…hubungan dgn manusia ntah kemana..
    ak masih percaya pada Islam itu indah dan tidak kotor…
    tapi..sebagai manusia…
    ak benci dengan segeLintir yang masuk usrah..aLim uLamak…
    tp…
    ngumpat macam2..pastu bLh Lak kutuk ak mcm dia tu bagus sangat..bukan nk bantu yg membangon….
    pastu bLh Lak kat keLas berLagak suci mcm txde pape yang dia buat…
    nseb baek ak jnis tx kesah…
    tp..kaLo dh buat kt mmber ak yg snsitif..p******k ape kn budak tu…
    sori..geram je…
    pape pown..gudLak usrah kowang…
    minx dijauh kn Lah dari orang2 yg mcm ak dh terjumpe nih..
    sekian~

    • wslm. alhamdulillah. bagus saudara/i ni sebab cukup sabar dengan sahabat2 saudara/i yang usrah tapi banyak menyakiti hati orang lain. mudah-mudahan Allah beri hidayah kepada kita semua. inshaAllah saudara/i, saya berdoa saudara/i bertemu dgn org2 usrah sebenar yang inshaAllah,memang tidak sempurna sifatnya, tetapi sentiasa berusaha memperbaiki diri dan org2 disekeliling.

      cuma satu yang perlu kita sama2 ingat, orang usrah bukan malaikat. orang tidak usrah pula bukanlah syaitan. maka, dalam segala hal, berbaik sangkalah kita kpd satu sama lain.

      terima kasih atas doa saudara/i. semoga Allah membalas dengan kebaikan berlipat ganda.

      wassalam.

      • yup…ak try je Lew…
        sabau jew Lew….
        huhu………..
        terimakasih jew yg mmpu diucapkn..
        hikhik~
        ^__^

  4. salam
    pertama, saya nak ucapkan tahniah sebab usrah yang awak join berjaya bawak awak dan rakan-rakan ke arah yang baik. saya pernah nak join usrah tapi entahlah, macam susah nak terima bila cara naqibah cakap tu macam merendah-rendahkan orang yang tak join usrah. bila saya cakap saya rasa macam susah usrah (bukan bermaksud nak stop) orang tuduh pulak saya hati kotor, sebab tu tak boleh terima apa yang disampaikan. betul ke hati saya kotor? mungkin ke saya memang tak sesuai masuk usrah? adakah usrah hanya untuk orang-orang baik macam korang dan takde ruang untuk orang yang baru nak belajar macam saya ni untuk join? jujur saya rasa terkilan.

  5. I’m amazed, I have to admit. Seldom do I come across a blog that’s both equally educative and interesting, and
    without a doubt, you’ve hit the nail on the head. The issue is something which not enough people
    are speaking intelligently about. I am very happy I stumbled across this during my search
    for something regarding this.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s