Kan?

Kerja kita bukan kerja main-main. Walaupun sesetengah mata dan hati mungkin merasakan hidup kita bosan, takde life, dan tak meriah. Tapi hakikatnya, kita sahaja yang tahu. Kan? Bagi aku hidup kitalah yang paling menarik, paling bermakna, paling sihat, paling ada life, paling meriah, paling best, paling cool, paling comel dan segala-galanya lah!

Kau rasa ada ke kehidupan yang lebih indah daripada hidup tenang dibawah peliharaan Allah, bersih dari kekotoran hati yang menyesakkan, suci dari liputan dan debu-debu jahiliyah, tenteram dalam iman dan ukhuwwah serta penuh cita-cita yang bermakna?

Aku rasa tidak ada lagi kehidupan yang lebih tenang dari kehidupan seorang pemuda yang bisa mengucap alhamdulillah tatkala kakinya tersadung ketika berjalan. Dia memuji Allah kerana saat dia tersadung dan terlukakan kakinya itu, dia yakin ada dosa-dosa kecilnya yang dihapuskan oleh Allah.

Aku rasa tidak ada lagi kehidupan yang lebih tenang dari kehidupan seorang isteri yang tatkala suaminya meninggalkannya untuk bermusafir dan melaksanakan tugasan dakwah, dia bisa menghantar suaminya ke muka pintu, ya dengan sedikit tangisan kerana fitrah hati yang mahu belaian kasih sayang, tetapi dia gagahkan juga lalu mengucapkan selamat tinggal dan menyerahkan sang suami kepada Allah.

Aku rasa tidak ada lagi kehidupan yang lebih tenang dari kehidupan seorang pendakwah muda, yang baru sahaja mengenal Islam, tapi sudah terlalu kagum dengan kebenarannya, lantas jadi sanggup berbuat apa sahaja yang terdaya demi menyampaikan seruan Islam ke setiap hati yang masih bernyawa sekalipun seruan-seruannya tidak dilayan, bahkan diumpat-umpat pula dibelakangnya. Kehadirannya tidak dihargai, bahkan keikhlasannya ditolak begitu sahaja. Ya, walaupun dijauhi dan dibenci sebegini rupa, kehidupan dia lebih tenang dari kehidupan mereka-mereka yang membencinya.

Aku juga rasa tidak ada kehidupan yang lebih indah dan tenang daripada kehidupan pemuda-pemudi yang bergadai harta, kereta, barang kemas, wang simpanan, bahkan cincin perkahwinan, demi mengumpul wang bagi membina sebuah masjid di dunia, dan sebuah mahligai di syurga.

Kadang-kadang manusia jadi lupa.

Manusia lupa bahawa hidayah Allah itu boleh datang, dan boleh pergi.

Kau pernah baca surah at Taubah?

Bacalah dan rasailah bagaimana perasaannya kalau tidak disayangi Allah lagi. Bacalah dan hayatilah kisah-kisah mereka yang Allah tidak ambil peduli lagi.

Kerana aku khuatir ramai dari kita yang terlalu sombong kepada Allah. DidatangkanNya kepada kita utusan-utusan dan pemberi-pemberi peringatan, kita ambil remeh dan tidak peduli. Bahkan kita mungkin melarikan diri. Ya, syaitan memang antara yang bersalah. Tapi jangan lupa, syaitan itu ada dua—jin dan manusia. Boleh jadi kita sendiri yang menjadi syaitan kepada diri kita sendiri.

Ayuhlah sahabat!

Aku menyeru kalian kepada kehidupan yang tenang ini, kehidupan dunia dan akhirat yang menyejukkan mata dan hati, kehidupan yang kau lihat ramai yang terseksa tapi masih mampu tersenyum berseri, kehidupan yang kau lihat ramai yang miskin tapi masih mampu memberi, kehidupan yang kau lihat ramai yang tempang tapi masih mampu berlari, kehidupan yang kau lihat ramai yang lumpuh tapi masih mampu berdiri.

Aku menyeru kalian kepada kehidupan kami — Fi zilalil Quran.

“Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..” (Al Anfaal: 24)

Tengok bawah ni.. binatang pun hidup bermisi dan berguna kepada alam.



 

Advertisements

2 thoughts on “Kan?

  1. subhanallah terbaek!

    camni lahh best.. jangan sedey2 keyh 🙂

    well written! inspiring! keep it up! sebuah motivasi utk para daie.

    hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s