Ce cite.

Kenapa? Kenapa orang-orang dakwah ni asyik sedih aje?

Ce cite. Ce cite.

 

****************************************

 

A: Sebab sedih la… tahu tak, adik tu tak angkat telefon pun bila ana call die… banyak kali call tapi tak angkat. Pastu ada sekali tu, dia tutup fon bila ana call. Mesti la ana sedih… ana pergi rumah dia hari tu, dia tak nak makan sebelah ana pun…tak tahu apa dia benci sangat… ana ikhlas nak bawa dia ke jalan Allah…

B: Ana pulak… anak usrah ana send mesej kat fesbuk, dia kata dia tak nak join usrah dah… sebab nak fokus study dan rasa penat la dengan benda-benda usrah ni… pastu dia kata dia tak masuk sangat dengan ahli usrah yang lain…bila ana kata ana boleh bagi dia masuk usrah lain…dia kata tak nak jugak…sedih kot. dah la anak usrah ana 2 orang  je… sekarang tinggal sorang je…sedih la…

C: Sedih nya kisah antuma. Tapi ana nak cerita juga la. Ana pun sedih sangat baru-baru ni… ana rasa ana semakin disisihkan oleh tema-teman sebaya… mungkin sebab ana selalu tak join aktiviti-aktiviti diorang sebab ana terlalu sibuk dengan banyak program-program dakwah dan tarbiyyah… ana sedih sebab ana tak tahu dah nak buat macam mana dengan situasi ni…ana buntu… semakin lama rasa diorang semakin unreachable…

D: MashaAllah… kuatnye antunna ni…. takpe…jalan dakwah ni memang susah akhwati… susah sungguh. memang inilah cabaran-cabarannya kalau sudah memilih jalan ini… sekurang-kurangnya, masalah-masalah kita adalah masalah-masalah umat. Bukan lagi masalah-masalah ‘kanak-kanak’ macam yang as-Syahid Syed Qutb cakap dalam muqadimah fi zilal tu. Kan?

A, B, C: a’ah… (sambil menundukkan wajah masing-masing…)

E: Hmm….diantara kisah-kisah antunna ni, ana rasa kisah ana paling sedih sekali….

A,B,C,D: Eh…kenapa pula ni? Ce cite..ce cite.

E: Hmm…. Ana takde anak usrah pun….

D: MashaAllah ukhti…. bukan itu yang Allah tengok…. Allah bukan tengok berapa ramai anak usrah atau berapa banyak usrah yang kita pegang, ukhti. Allah tengok hati kite… Mungkin dalam kalangan kita ni, enti la yang pertama sekali akan masuk syurga…

 

Ish ish ish…

 

Ada siapa-siapa kat luar sana yang melalui peristiwa-peristiwa macam ni? Jangan risau lah. Kalau ada pun, inshaAllah takdir Allah… sebab ana mereka-reka je cerita diatas. Kalau sama dengan kes-kes anda diluar sana, harap maaf ya. Langsung tiada niat nak tiru kes antum.

Hmm… agak-agaknye la kan, kalau Rasulullah saw ada bersama-sama kita sekarang, apa reaksi baginda kepada kesedihan-kesedihan dan keluhan-keluhan kita seperti yang dalam dialoq di atas?

Kalau Khabbab ada bersama-sama kita, mesti beliau akan marah. Beliau dulu pernah ditegur Rasulullah saw kerana mengeluh atas kesusahan yang dihadapi para muslimin di Makkah yang saban hari disiksa physically dan ditambah pula penghinaan dan caci maki yang menyiksa mental. Khabbab sendiri hancur daging-daging belakang tubuhnya kerana dibaringkan di atas bara api oleh seorang wanita yang juga tuannya ketika dia masih seorang hamba. Apa kata Rasulullah saw kepada Khabbab?

 

“Kamu ni tak sabarlah!”

 

Khabbab kena bako, tak sabar lagi??!!

 

“Kamu ni tak sabarlah!”

 

A kena drop dan disisihkan oleh adik dia kot… sampai call tak angkat, bila melawat menjauhkan diri… tak sabar lagi??!!

B punye anak usrah dah tak nak join usrah kot… Anak usrah dah la 2 orang je. Sekarang tinggal sorang je..tak sabar lagi??!!

C disisihkan oleh kawan-kawan dia kot…lonely je… tak sabar lagi??!!

 

Sahabati,

 

Ada beberapa perkara yang ana baru belajar dari alam dan ana rasakan perlu dikongsi bersama-sama antum:

1) Ramai orang boleh bersyukur dengan nikmat, tapi sedikit sekali yang bersyukur dengan ujian.

Allah kata,

“…Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan nikmatNya bagimu, agar kamu bersyukur.” (5:6)

Kan ana dah kata. Dalam dakwah, kadang-kadang kita diatas, tetapi selalunya kita dibawah. Kalau semua du’at atas muka bumi ini mudah dan senang saja mengumpulkan hati-hati manusia untuk ditarbiyyah di jalan Allah ini, nescaya tak perlu lah ada 7 tingkat syurga. Tapi kerana siapa yang lebih usahanya, lebih kesusahannya, lebih deritanya, akan lebih dipandang dan diganjari Allah diakhirat sana. So, siapa yang susahnya menghampiri para nabi dan Rasul, kelak dia bersama-sama mereka… Kerana Allah terlalu menghargai air mata, wang ringgit, masa dan segalanya yang telah dilaburkan di jalan dakwah ini… Allah bukan nak menyusahkan kita, Allah semata-mata mahu membersihkan nikmatNya bagi kita, agar kita bersyukur.

Maka bersyukurlah. Bersyukur dengan kesusahan-kesusahan ini. Kerana kalian sekarang sedang beramal dengan amalan-amalan ahli syurga!

 

2) Ramai du’at yang terlalu menumpukan kepada usaha-usaha yang gagal sehingga mereka bersedih hati. Padahal mereka sebenarnya berjaya di sisi Allah.

Sudahkah sampai kepada kalian Surah Yunus, dimana Allah berkata,

“Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan senantiasa bertakwa.

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung.

Dan janganlah engkau sedih oleh perkataan mereka. Sungguh, kekuasaan itu seluruhnya milik Allah. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (10: 62-65)

Kalau Rasulullah saw sedih dulu, mesti ada je ayat Al Quran yang turun untuk comfortkan baginda. Kenapa? Sebab kesedihan-kesedihan yang melampau ini tidak membantu tarbiyyah dan dakwah diri kita. Sedih sikit-sikit, itu fitrah. Tidak mengapa. Tapi bila sampai kesedihan kita menyedut kemanisan syukur dari menghiasi wajah dan hati kita, kesedihan itu kini menambahkan tekanan sahaja. Sebab itulah Allah tak bagi sangat kita sedih sangat. Sedih juga, from medical point of view, boleh membawa kepada stress dan depression. Dan betapa banyaknya penyakit yang boleh mendatangi kita bila kita stress dan depressed.

Tak rasa ke dalam ayat diatas, Allah seolah-olah nak cakap kat kita… “Kan Allah ada. Kan Allah ade…kenapa sedih?…”

Ha… betul kan?

3) Banyak mengeluh itu tanda kurang bersabar.

Yang ini ana tulis untuk diri sendiri. Allah…

Allah je tau betapa banyaknya keluh kesah diri ini. Malu sungguh pada Allah. Dah la Allah dengar dan nampak semuanya. Banyak mengeluh dan terlalu memikirkan kesulitan-kesulitan diri, kadangkala boleh membuka pintu kepada syaitan. Dan tatkala kita menyangka kita sedang bermuhasabah diri dan berkongsi kisah-kisah duka dakwah kita, syaitan menyuntik beberapa miligram perasaan tidak bersyukur, putus asa dan lemah semangat. Yang walaupun sedikit, tapi sudah cukup untuk membunuh semangat dan tumuhat para du’at sampai ke akar umbinya. 

Teringat kisah seorang imam, yang tidak berani mengeluh ketika sakit, kerana takut dicatat oleh malaikat dan malu apabila keluhannya itu kelak dipersembahkan kepada Allah… terlalu takut menjadi tidak sabar…

 

Sahabat-sahabat sekalian,

 

Bukanlah ana menidakkan kemanusiaan kita, fitrah kita, dan perasaan kita. Pastilah ada sebab mengapa dijadikan begitu fitrah manusia. Bersedih bila dilukai. Bergembira bila dihargai. Kita memang manusia biasa. Seperti Rasulullah juga. Kita biasa sahaja. Makan, minum dan berkahwin. Seperti orang-orang lain. Tetapi kerana sesuatu yang ada di bahu kita, yang tidak ada dibahu orang lain, maka kadangkala cara kita mendepani hidup tidak boleh serupa dengan manusia biasa. Kita manusia biasa yang menggalas sebuah tugas yang terlalu luar biasa. Kerana itu ia menuntut kekuatan luar dan dalam yang barangkali tidak tertanggung oleh tubuh-tubuh kecil kita yang sudah bertahun berhempas pulas.

Biarlah tubuh kita usang dan tua bersama zaman yang berlalu. Asalkan kelak bila di syurga, kita bisa menarik nafas lega. Kerana keluhan dan kesedihan dunia yang kita simpan didada.

 

Allah, berilah kami kekuatan. Kerana kami hanyalah hamba…  

 

 

 

Advertisements

3 thoughts on “Ce cite.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s