Tentang Cinta

Aku mahu bercerita dengan kalian Tentang Dia.

Mahukah kalian mendengar kisah ini? Tapi kau orang kena janji dengar lagu yang aku link dekat bawah juga.

Pernahkah kalian jatuh cinta? Seringkali bila kita mula mencintai seseorang, kita teruja untuk memberitahu kepadanya isi hati kita, perasaan kita, dan seboleh-bolehnya, kita mahu satu dunia tahu bahawa kita amat mencintainya dan kita mahu hidupnya bahagia, gembira, dan sempurna sentiasa sekalipun kita terpaksa berkorban jiwa dan raga. Dan andainya cinta kita itu berbalas, kitalah manusia yang paling bahagia, terasa seolah-olah seluruh hidup ini akan mudah sahaja. Dan seboleh-bolehnya kita mahu mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa dia juga mencintai kita.

Ini lah cinta. Dan cinta ini dari Allah. Dan Allah lah pemilik segala cinta yang wujud diatas bumi ini. Allah yang memiliki cinta seorang ibu kepada anaknya, cinta seorang isteri kepada suaminya, cinta seorang kakak kepada adiknya, cinta seorang mujahid kepada jihadnya, cinta seorang pendakwah kepada agamanya, bahkan cinta seekor ibu kucing kepada anaknya.

Dan setiap detik, setiap saat dalam kehidupan kita, sekalipun ketika kita tidur, ketika kita makan, ketika kita sedang leka dibuai kehidupan dunia, ketika kita bermalas-malasan dalam amal ibadah kita, ketika kita menangis kerana tengok cerita korea, ketika kita menyanyi beriringan suara dengan Taylor Swift dengan penuh gembira, ketika kita berborak-borak tentang perkara yang sia-sia, ketika itu…sekalipun dalam ketika-ketika itu, Allah tetap, terus dan tegar mencintai kita. Walaupun kita tidak peduli pun padaNya.

Aku bukan bermaksud menyindir sesiapa. Bahkan, dalam kalangan umat ini, barangkali akulah yang paling layak menerima teguran-teguran ini. Kerana sungguh cetek ingatanku, rinduku, dan cintaku kepadaNya.

Tahukah kalian, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, ‘Wahai Jibril, Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia.’ Maka Jibril pun mencintainya, lalu ia-Jibril-menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia’. Maka penduduk langit pun mencintainya, sehingga ia pun dijadikanNya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kalau cinta kita ditolak, kau rasa apa kau akan buat? Mungkin kau akan demam 3 hari 3 malam macam aku. Mungkin kau menangis sampai kena tukar baju. Mungkin kau akan murung sepanjang hidupmu sehinggalah kau bertemu cinta sejatimu kembali.

Apa Allah kata bila kita leka dan buat tak peduli pada Allah yang sepenuh jiwa mencintai kita?

“Maka Allah akan mendatangkan (suatu) kaum, yang Dia mencintai mereka, dan mereka pun mencintaiNya…” (Al Ma’idah: 54)

Nah! Padan muka kita!

Kita mahu ke Allah buat tak peduli dah dekat kita? Dan Dia cari kekasih lain, yang Dia mencintai mereka, dan mereka pun tahu menghargai dan kembali mencintai-Nya. Padan muka kita yang jual mahal dengan Allah. Cinta manusia kita kejar-kejar. Cinta Allah kita tinggal terbiar.

Tapi… Allah tak macam kita. Rupa-rupanya Allah sentiasa membuka peluang untuk kita kembali mencintaiNya, tau. Peluang itu masih ada. Betul… 

Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi,

“Barangsiapa memusuhi waliKu, maka Aku isytiharkan perang keatasnya. Dan tidaklah hambaKu mendekat padaKu dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang Aku fardhukan keatasnya.

Dan hambaKu sentiasa dekat kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah (nawafil), sampai Aku mencintainya. Bila Aku sudah mencintainya, maka menjadilah Aku pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, menjadi penglihatannya yang digunakannya untuk melihat, menjadi tangannya yang ia gunakan untuk berbuat dan menjadi kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan jika dia meminta perlindungan kepadaKu nescaya Aku akan melindunginya.”

(HR Bukhari)

Tentang Dia.

Terlalu jauh aku

untuk melaungkan seuntai kata-kata.

Yang kalau mampu, ku mahu

biar seluruh alam genta.

Aku lah hamba.

Yang tercicir sebening kasih syurga

Yang terpinggir kerana kasihkan dunia

Yang kembali untuk mengemis

titis-titis jernih

cinta dalam gerimis

milik Dia

Yang Selalu Mencinta.



Advertisements

6 thoughts on “Tentang Cinta

  1. subhanallah. akak. moga terus kuat berjuang dan menghembuskan semangat juang itu ke seluruh alam! inshaAllah! bila diri dicintai Allah, itulah kebahagiaan sebenar..kan kak.. 🙂 jazakillah atas sgala kata2 hati akak.. sy salu tebayang, akak cam ‘hati bergerak’. hihi. ❤

    doakan adikmu di sini. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s