Apa Ertinya Aku Memeluk Dakwah?

Banyak ertinya wahai sahabatku.

Dakwahlah yang menyaksikan Rasulullah saw yang amat kita sayangi dicaci, dihina, dilempar dengan batu-batu sehingga cedera tubuhnya, dilonggok najis ternakan diatas lehernya, dibenci dan dimaki hingga hari ini…

Dakwahlah yang menyaksikan Khabbab Al ‘Arat hancur daging-daging di belakang tubuhnya kerana dibaringkan diatas bara api yang sangat panas, hanya kerana keIslamannya dan keinginannya untuk mendakapi dakwah Rasulullah…

Dakwahlah yang menyaksikan Ammar bin Yasir melutut dengan penuh hiba dan duka tatkala ibunya Sumaiyyah dibunuh, disula farajnya di hadapan anak kesayangannya sendiri…

Dakwahlah yang menyaksikan Hassan Al Banna ditembak dan dibiarkan mengalami pendarahan yang teruk sehingga syahid, tanpa sebarang rawatan dan ubat-ubatan, hanya kerana seruan-seruan beliau mengajak manusia kepada Allah dan Rasul.

Dakwah menjanjikan seribu satu kesedihan dan kepenatan, beban dan kesusahan, pahit dan kesukaran. Aku tidak akan menipu kalian. Kerana hakikatnya memang begitu. Inilah jalannya yang telah dilalui orang-orang terdahulu. Sunnatullah dalam dakwah, ada waktunya kita di atas, tapi selalunya kita di bawah. Ada waktunya kita mudah, tapi selalunya kita akan susah.

Tapi ada satu jaminan yang akan menghilangkan penatmu tatkala kau terasa keletihan, yang akan menguatkanmu tatkala kau kelelahan, yang akan memberimu semangat tatkala kau kelemahan, yang akan menggembirakan hatimu tatkala kau kesedihan, dan yang akan membuka matamu tatkala kau kelekaan.

Syurga.

“Wahai orang-orang beriman!  Mahu kah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”

Kalian mahu atau tidak??? Kalau mahu…

Ini dia tawarannya:

“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,

Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ketempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung.”

(As Saff: 9-11) 

 

Apa ertinya kamu memeluk dakwah ini?

Ertinya akan ada waktunya kamu sangat mahukan kebaikan untuk manusia disekeliling kamu, tetapi mereka tidak mahu kebaikan untuk diri mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi, mungkin kadang-kadang mereka juga tidak mahu kebaikan untuk diri kamu.

Ertinya akan ada waktunya kamu sangat mahu mendekati dan mendakwahi sahabatmu, tetapi dia berharap kamu tidak pernah wujud dan berharap dia tidak pernah mengenali kamu.

Ertinya akan ada waktunya kamu sangat kesuntukan wang dan masa tetapi kerana tuntutan dakwah dan tarbiyyah ini, kamu gagahkan juga mengeluarkan simpananmu, agar dapat sama-sama membantu saudaramu.

Tapi, tapi…

Ertinya akan ada waktu, kamu melihat manusia berubah sedikit demi sedikit, dari sekular kepada Islam, dari jauh kepada dekat, dari keras kepada lembut, setelah disentuh nikmat tarbiyyah dan merasainya manisnya sebuah ukhuwwah.

Ertinya akan ada juga waktu, kamu tidak mampu memenuhi hak kesemua orang di sekelilingmu, lantas sedikit demi sedikit kamu mula diasingkan dan dijauhi, kerana berbezanya matlamat hidupmu yang terlalu besar untuk mereka fahami. Tapi ertinya, kamu dapat merasai sedikit cebisan perasan Nabi dan para sahabat ketika mereka dijauhi suatu ketika dahulu…

Ertinya, kamu juga berpotensi besar untuk mendapat unta merah dan dunia seluruhnya…

Maka, untuk semua erti-erti dan makna-makna pahit tapi indah di jalan dakwah ini, aku serahkan kepada kalian untuk memilih. Dan sesungguhnya, memeluk dakwah seolah-olah beerti memeluk erat seutas tali yang sudah bersambung ke pintu syurga. Tinggal untuk direntap tali itu dengan sepenuh tenaga dan kudrat yang ada, yaum ba’da yaum, agar bila masanya tiba kelak, terbukalah pintu syurga dan masuklah kalian dari mana-mana gerbang yang kalian suka. InshaAllah. Pasti Allah sentiasa mendengar doa-doa dan harapan-harapan kita. wallahualam.

So, macam mana? Nak join aku tak?

Hehe.

 

Advertisements

8 thoughts on “Apa Ertinya Aku Memeluk Dakwah?

    • jazakillah khair ukhti wannuraishah.
      semoga terus beroleh manfaat dari blog kerdil ini. mudah-mudahan ukhti dapat menyebarkan manfaat yg ukhti perolehi supaya kita sama-sama dapat ganjaran dr Allah yang tidak putus-putus.

      salam.

  1. Pingback: Apa Ertinya Aku Memeluk Dakwah? « kalam kalbu

  2. terima kasih ukhti..
    entri ini menenangkan jiwa ana yang kesedihan melihat mad’u yang menjauhkan diri dari ana kerana dakwah..

  3. You really make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be really something which I think I would never understand.
    It seems too complex and extremely broad for me. I’m looking forward for your next post, I’ll try to
    get the hang of it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s