Tercekik Tulang Ikan Kuah Laksa

Pertambahan tanggungjawab diri telah mengingatkan aku kepada kata-kata pakcik Spiderman,

“With great power, comes great responsibility”

Indeed.

Pergi mana-mana pun atas muka bumi ini, kita akan melihat fenomena yang sama. Orang yang berkuasa, berharta, berpengaruh, mesti ada lebih tanggungjawab dan lebih risiko dalam hidupnya. Memang ada yang berkuasa tapi hidup senang lenang seolah-olah tidak ada sebarang tanggungjawab, hakikatnya bukan tanggungjawab yang tak ada tapi orang-orang begini yang seperti kaduk naik junjung.

Tapi saya nak perkenalkan kata-kata baru. Tak lah glamor macam kata-kata Pakcik Spiderman, tapi mungkin boleh mencetus fikir dan zikir.

“With great ujian, comes great tarbiyyah”

With great tarbiyyah, comes great dakwah”

Hoyeh! Bunyi macam cool tapi hakikatnya berat. 

 Ujian ini sifatnya ‘kreatif’. Ujian boleh datang dari segala sudut, dari pelbagai arah, dari setiap tindakan dan pilihan kita. Ujian datang dalam keadaan susah dan senang, sedih dan gembira, nangis dan ketawa. Ujian tidak mengenal usia. Ada bayi yang masih kecil tapi sudah sakit jantung. Ujian tidak mengenal taraf hidup. Ada orang sudahlah miskin, anaknya sakit tenat pula, dan kos rawatan beribu-ribu ringgit. Ujian tidak mengenal jantina. Ada wanita yang ditinggalkan suami dan kemudiannya terpaksa membesarkan anak yang cacat dan ibu yang tua. Ujian, kalau tidak dipandang dengan sisi pandangan Islam, adalah cukup kejam. Dan kalau tidak dirapikan kefahaman Islam dengan iman yang tinggi, ujian menjadi punca ramai manusia membenci Allah, membenci taqdir Allah, bersangka buruk dengan Allah dan hilang pertimbangan syurga dan neraka.

Allah bercerita dengan penuh kasih sayang,

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar,”

“(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali.)” (Al Baqarah:155-156)

Ujian memang tidak kenal jantina, taraf hidup, usia, perasaan dan latar belakang manusia. Tapi ujian kenal siapa yang mampu menghadapinya. Dan lebih penting dari itu, Allah kenal hamba-hambaNya dan Allah lebih tahu siapa yang LAYAK diujiNya.

Mereka yang berada di dalam sistem tarbiyyah sepatutnya lebih menghargai ujian dalam kehidupan. Kerana yakin bahawa ujian mendatangi mereka yang mampu menghadapinya, mereka yang qualified dan layak sahaja. Siapa yang tidak mampu untuk ujian A, takkan diuji dengan ujian A. Allah tidak kejam. Tidak mungkin dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNya. Mereka yang di dalam tarbiyyah akan merasa dekat dengan Allah ketika ujian mendekati mereka. Kerana ujian mencetus kebergantungan dan kebergantungan melahirkan kerinduan, dan kerinduan kemudiannya melahirkan cinta.

Oleh sebab itu, jangan pernah berharap akhwat-akhwat dan ikhwah-ikhwah sebagai manusia sempurna dan sewajarnya mampu itu dan ini, boleh berfikir dan menimbang pelbagai perkara dengan sendirinya. Tidak. Mereka tidak sempurna. Kerana mereka, setiap seorang dari mereka, layak dan mampu menghadapi pelbagai ujian dan pasti sedang diuji dalam pelbagai hal. Sebab itu kita perlu membenarkan kata-kata “akhwat bukan malaikat”. Kerana akhwat seorang manusia. Dan seorang manusia pasti diuji. Dan seorang manusia perlu diuji supaya lebih dewasa.

Ujian akan membentuk diri. Kalau pernah tercekik tulang ketika makan laksa di Pulau Pinang, setengah orang mungkin akan fikir 2-3 kali sebelum makan laksa lagi.(Setengah orang takkan fikir 2-3 kali kalau laksa dah di depan mata…). Kerana apa? Kerana pernah ‘sakit’ sebab laksa. Jadi, belajar dari pengalaman. Ujian memberikan kita pengalaman. Pengalaman itu mentarbiyyah kita secara perlahan-lahan.

Dan esoknya, kita mungkin akan mula berpesan-pesan kepada kawan-kawan, “hati-hati makan laksa tu, takut-takut tercekik tulang…macam aku hari tu…”.

See. With great tarbiyyah, comes great dakwah.

Sebab itu sesetengah orang rasa, jahiliyah silamnya membuatkan dia lebih kuat dan lebih teguh dalam dakwah. Kerana semalam, jahiliyah itu adalah ujian, hari ini ia adalah tarbiyyah, esok ia adalah dakwah.

Wallahualam.

 

 

Advertisements

One thought on “Tercekik Tulang Ikan Kuah Laksa

  1. subhanallah!! bestnya kata2 yg pa’a introduce ni!!!

    “With great ujian, comes great tarbiyyah”

    With great tarbiyyah, comes great dakwah”

    🙂

    nak share dgn adik2 la usrah nanti

    🙂

    tetiba teringat our wonderful chat this morning (at least it was my morning, hehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s