Lawak ke tak? Tak.

Orang-orang tua kata, seperti kaduk naik junjung.

Tahu apa maksudnya?

Maksudnya orang yang hina berasa dirinya mulia.

Orang-orang muda zaman sekarang kata, “Tak sedar diri!” .

****

Saya baru menonton sebuah video. Mula-mula saya rasa kelakar. Lepas itu, saya rasa tidak kelakar. Saya rasa bengang. Serius. Video itu mungkin hanya dibuat dengan niat suka-suka dan ingin memuaskan hatu sesetangah manusia sahaja. Tapi bagi saya, tidak adil. Saya hormat pandangan si pembuat video tapi saya juga ada pendapat saya sendiri dan saya mahu membela apa yang saya yakini. Video tersebut  adalah lakonan berkisar tentang seorang pelajar yang diajak masuk kumpulan-kumpulan islamik diluar negara dan dalam video itu, seolah-olah ditonjolkan personaliti atau sifat persatuan-persatuan Islam seperti suka memaksa-maksa dan mengajak pelajar tersebut menyertai ‘geng’ mereka. Saya rasa bagi yang mempunyai akaun facebook, anda pasti dapat menontonnya. Terima kasih kepada pembuat video. Saya kagum dengan kreativiti anda. Tapi saya terlalu cinta kepada syahadah saya, dan video itu menyentuh sensitiviti saya sebagai seorang penyeru ke jalan Allah, walaupun semasa saat saya sedikit futur dan kelalaian.

Astaghfirullah. Pertamanya, ini sekadar pandangan saya. Dan bukanlah video itu salah. Cuma, saya rasa pemikiran-pemikiran seperti dalam video itu wujud kerana serongnya kefahaman pemuda-pemuda Malaysia ini kepada dakwah. Bukan salah mereka, tapi mungkin ada yang tidak kena dengan cara kita dalam menyampaikan seruan Islam yang kita cintai seluas langit dan bumi. (Kena highlight sket part ini sebab ramai yang barangkali kurang faham maksud saya)

Sepanjang saya menyertai saff ini, saya tidak pernah ingat sebarang pengisian atau buku atau daurah yang saya sertai yang menyuruh saya menarik manusia kepada ‘GENG’. Tidak pernah walau sekalipun. InshaAllah. Yang saya dengar dan saya faham dari dulu hingga sekarang adalah, saya perlu menyeru manusia kepada Allah, kepada Islam dan kepada ajaran Rasul s.a.w. BUKAN kepada kelompok manusia. Dan saya yakin, mana-mana persatuan atau komuniti Islam juga tidak akan meletakkan hadaf atau matlamat mereka sebagai seruan kepada sesuatu selain Allah. Maka, kesalahan major dalam kefahaman pelakon dalam video tersebut adalah ayat ” mai la ikut GENG aku! “. Sebab sebuah persatuan Islam yang sebenar sepatutnya hanya menyeru, “mai la ikut ISLAM!”.

Itu yang pertama.

Kedua, tuduhan besar yang dilemparkan oleh watak lelaki lembut dalam video tersebut yang saya rasakan perlu dikesalinya sepenuh hati adalah apabila dia mengatakan kelompok-kelompok persatuan Islam yang menyeru manusia mengikuti mereka itu sebagai ‘HIPOKRIT!”. Allahuakbar. Saya sedih. Bagaimana dia bisa berkata-kata sedemikian kepada pemuda-pemuda yang diberi imej islamik, memakai songkok dan kopiah dan menyeru dia menyertai mereka kerana mereka mahukan kebaikan untuk dia. Astaghfirullah. Sedih bukan? Saya boleh terima sikit-sikit kalau yang buat video ini seorang yang bukan Islam. Tapi saya tidak boleh terima kerana yang buatnya adalah seorang muslim. Mungkin ia sekadar lawak-lawak jenaka yang tidak bermatlamat, tapi sebagai muslim, saya cukup terguris. Astaghfirullah.

Ketiga, saya harap mereka yang bersetuju dengan mesej dari video ini dapat menimbang kembali pendirian anda. Saya juga pada mulanya tidak berfikir panjang, malah terasa terhibur kerana telatah pelakonnya yang memang kelakar, tapi seusai solat, terasa berat di hati. Saya buka balik dan lihat, betapa gerakan-gerakan Islam yang menyeru manusia kepada kebenaran seolah-olah dipermainkan. Dan oleh kerana saya adalah sebahagian daripada mereka, maka saya sangat sedih dan sensitif dengan perbuatan begini.

Sesungguhnya kita manusia tidak pernah dan tidak mungkin akan sempurna. Saya sangat banyak kelemahan. Dan anda juga banyak kelemahan. Kita manusia sama sahaja. Jangan suka menuduh dan menyindir. Suatu hari nanti kita akan menghadap Allah dengan setiap amalan kita ditulis, walau hanya sebesar zarah pun. Tahukah anda, Imam Abu Hanifah tidak berani mengerang kesakitan walau hanya dengan bunyi ‘ah’ pun kerana khuatir ia akan dicatatkan di dalam kitab amalan dan malu kerana akan dipertontonkan kepada seluruh generasi manusia di akhirat sana. Tapi hari ini, bagaimana boleh ada golongan yang sanggup mempermainkan mereka yang menyeru kepada kebaikan tanpa sebarang takut dan malu padahal ia pasti dan pasti dicatat di dalam kitab amalan. Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Bukanlah saya menulis ini untuk menyindir atau mengutuk perbuatan pemuda yang membuat video terbabit. Syabas dan terima kasih kerana memberi saya kesedaran untuk lebih mencintai dan menyayangi jalan dakwah ini. Dan sesungguhnya, sepertimana orang-orang yang tidak suka dengan dakwah Islam ini teguh dengan pendirian mereka untuk menjauhi kami, sesungguhnya begitulah juga teguhnya pendirian kami diatas jalan ini dan kalian tidak akan menemui walau seinci pun dihati kami keraguan tentang dakwah ini, inshaAllah.

Mudah-mudahan Allah memaafkan kita, menyucikan hati kita dan merahmati kita. Moga taufik dan hidayahNya milik kita semua, seluruhnya. InshaAllah. Ameen ya Rabbal ‘alamin.

p/s: Petikan tentang peribahasa diatas tidak ada kaitan dengan penulisan ini. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan. Wassalam.

Advertisements

26 thoughts on “Lawak ke tak? Tak.

  1. assalamualaikum saudari laskarmentari.

    sesungguhnya, saya juga telah tonton video tersebut, sama seperti saudari, setelah tonton hingga ke akhir, saya rasa sedikit terguris/tak sedap hati. “macam mana kalau ada orang tengok dan mereka jadi takut nak ikut usrah” dan lain2. baca saja komen2 di situ. namun, ada terdetik bahawa, mungkin ini pandangan sesetengah mereka yang menolak orang-orang yang mengajak kepada islam.

    satu sudut lain untuk kita lihat. mungkin ada diantara kita yang tersalah cara. perkenal kumpulan sebelum islam dan Allah sendiri. sebab tak semua cara orang pandang seperti saya sendiri mula-mula di ajak pada islam. mungkin ada sesuatu yang perlu dilihat buat penggerak.

    mungkin

    semoga Allah mengampuni dosa kita semua
    astaghfirullah.

    • jazakillah ukhti atas komen. saya setuju dgn saudari. cumanya, seperti yang saya kata diatas, saya cuma mahu membela apa yang saya yakini. siapa yang mahu berfikir, akan mengambil pelajaran dgn apa2 pun yg berlaku disekelilingnya inshaAllah.

      ameen atas doa. wassalam.

  2. bismillahirrahmanirrahim.

    saya hormati pandanan saudari yang dalam hemat saya memang sudah khatam khitah2 dakwah ini (berdasarkan pemerhatian saya terhadap penulisan saudari).

    Namun dalam masa yang sama, adakah kita berfikir bahawa dalam masa kita menyeru manusia kepada deen ini, ada manusia diluar sana yang melihat ‘spesies’ manusia seperti saudari ini sebagaimana yang digambarkan dalam video tersebut (ya, saya sudah menontonnya).

    tidaklah juga saya menyatakan bahawa saya bersetuju 100% dengan apa yang dipaparkan. mungkin ada benarnya apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Kadangkala mungkin kita sendiri merasa selesa berada dalam kelompok ‘budak2 baik’.

    Tanpa kita sedari, apa yang cuba dipaprkan adalah realit itu sendiri. pertelagahan antara kumpulan, tarik menarik bahkan sanggup menjatuhkan antara satu sama lain walaupun sama-sama membaca fi zilal quran, muntalaq, raqaiq,maalim fit tariq, haza ad-deen, al-masar dan juga berpuluh kitab/penulisan yang sama.

    naluri sebagai daie memneritahu saya bahawa, kita sendiri perlu berubah. Mngkin kia berasa selesa dengan perlakuan kita selama ini tanpa menyedari mata2 diluar sana melihat dengan sisi pandang yang berlainan.

    something to be ponder upon especially for those who consider themselves du’at.

    • jzkk. ini komen terpanjang yg pernah wujud di blog sy. jazakallah atas pandangan saudara.
      Kerana saya tidak melihat perbezaan kitalah saya menulis post ini. Kerana saya mahu menghapuskan jurang pertelagahan itulah saya ‘membela’ kedua-dua watak ‘budak baik’ dalam video itu. Bukankah ini yang dilakukan Muawiyah tatkala pimpinan Saidina Ali diancam tentera kafir yang cuba memecah belah?

      something yang saya juga mahu para du’at diluar sana ponder upon. jzkk again. wassalam.

    • yupp..sgt2lah setuju dgn apa yg akhialgebra ckp kt atas ni..ni sgt2lah realiti sbnrnye..video ni sbnrnye mnkin di buat unt membuka mata dai’e2 di luar sane unt muhasabah dri sndiri.jgn terlampau cepat melatah dgn ape yg utarakn dlm vid tu..dan cuba bukak mate dan bukak minda, cuba unt phm knape ade org2 di luar sane bleh berpendapat sedemikian. tp mngkin susah unt phm klau dai’e2 ni dh ckup selesa berada di kelompok org2 baek.dan mmg benar tidak ade sbrang pengisian,buku ataupun daurah yg mengajar kte unt menarik org kpd geng..tp sedarkah ade sbhagian penggerak2 memaparkan sikap sebegitu sbnrnye..klu tak ade,tak wujud vid ni..

      akhir kalam,buka mata,buka minda dan bukalah hati..

      • ye ukhti. saya pun x cakap benda dalam video tu salah. mungkin saudari terlepas perenggan-perenggan awal post saya. saya sekadar terpanggil untuk meluahkan rasa sedih dan kurang enak sebagai seorang manusia yang normal dan berperasaan. bukanlah saya menutup hati dari menerima teguran video tersebut terhadap para du’at, tapi saya sekadar merasa bertanggungjawab membela golongan du’at yang tidak bersikap seperti yg digambarkan didalam video tersebut. itu sahaja. jangan salah faham ya. jzkk. =)

        p/s: saya tambah smiley utk komen ini supaya saudari tahu saya bernada positif dan tidak emosi ya. =) wassalam.

  3. salam ya ukhti, masyaAllah..walaupun dipisahkan jauh beribu batu, tetapi perbuatan yang dilakukan hampir sama, saya telah melihat video tersebut sebelum solat dan ditakdirkan untuk saya menjenguk blog ukhti selepas solat, barulah saya perasan apa yang tidak kena dengan video tersebut.

    • wslm.. ayuh kita banyak berdoa. kerana kita pandang semua orang dgn pandangan kasih syg…wlpn kita tidak disukai dan sering disalah erti.. kita akan doakan hidayah Allah buat semua. inshaAllah.

  4. salam semua.

    saya yakin, video yang saudari maksudkan adalah video yang sama saya tonton sebentar tadi. dari awal lagi saya melihat video ini bukanlah sekadar lawak semata2 tetapi membawa mesej yang begitu besar dalam realiti kehidupan kita dewasa ini.

    alhamdulillah. Allah mengurniakan saudari dengan kesensitivitian dan kepekaan yang tinggi terhadap isu2 tersebut.

    tetapi berlainan dengan saudari, saya melihat lakonan yang dipaparkan tersebut dari sudut berbeza. di mata saya, saya menilai ia cuba memaparkan realiti dakwah masa kini yang seolah2 cuba merebut sebanyak mana anggota ke dalam kumpulan mereka. maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan saya, tetapi saya bercakap melalui pengalaman.

    seorang sahabat saya, pernah mengadu bahawa, ‘kawan lelaki’nya mengajak beliau memasuki usrah sekian sekian dan keluar dari usrah sekian sekian. sebabnya tidak mahu saya ulas lebih lanjut.

    mengapa perkara sebegini terjadi?

    saya jadi berang dan sedikit terkilan dengan sikap segelintir ‘pendakwah’. apa bezanya usrah sekian sekian, dengan usrah sekian sekian? ya, mungkin jalan yang kita ambil berbeza tetapi bukankah kita menuju jalan yang sama? menuju redha Allah? habis, jikalau begitu, mengapa mesti memaksa berpindah kumpulan? jikalau sudah selesa dengan caraku, mengapa harus aku mengikut kamu?

    mengapa? hanya untuk meramaikan ahli kalian? atas dasar apa? parti mana yang lebih ramai, adakah dia terlebih dahulu masuk syurga???

    realiti yang sangat tidak menyenangkan. maafkan saya jika tersalah faham.

    bukankah di dalam video tersebut, jelas menunjukkan watak ‘budak baru’ tersebut, sudah memiliki cara tersendiri. tetapi kedua2 parti masih tetap degil. mengapa?

    always look thing on bright side if u feel something fishy about it.
    pada saya, hipokrit yang dinyatakan bukanlah hipokrit yang bermaksud, “ah depan je buat baik. belakang?” atau yang seumpama dengannya. bukankah perbuatan menarik2 pelajar baru ke dalam kumpulan masing2 sudah jelas menyatakan mereka itu seolah2 tidak ikhlas dalam berdakwah? kalau tidak masakan kedua2nya bisa bergaduh dan masih mahu merebut pelajar baru tersebut.

    ah jikalau yang benar2 bagus, pasti akan berkata, “takpe, masuklah geng mane2 yang penting, ukhwah kita kekal dan masing2 menuju jalan yang sama”

    ape2 pon, apa kata kita ambil positive side of the video, yang berada pada penghujung video,

    “people might force you to join them, but let them know, they cant change ur stand”
    – no matter which path will u go into. because everyone has a different background.

    maaf jika saya sudah menulis satu pos baru di sini. tetapi saya amat kesal sekali dengan realiti dakwah masa kini. seolah2 dakwah ini dipolitikkan. mengapa kita memilih untuk berpecah sedangkan kita bisa bersatu?

    maafkan kesalahan saya sebagai manusia yang serba kekurangan. mungkin hanya bercakap mengikut perasaan dan emosi serta logik akal. tidak petah berbicara menggunakan dalil dan hadis.

    semoga Allah bukakan pintu hati kita (terutama saya) untuk menerima setiap kesalahan yang dilakukan. inshaAllah.

    • jzkk kepada penulis komen diatas.betullah. saudara/i dah buat post baru. hehe. anyways, bukanlah saya menulis post ini dengan pendirian negatif dan bukanlah saya tidak menerima hakikat bhw mmg wujud golongan du’at yg seperti dlm video tersebut, saya dah sebuat di dalam perenggan yang saya ‘orange’kan diatas. saya terima ada yg benar dlm video tersebut. Tapi saya juga kesal dgn pandangan yg x benar kpd org2 dakwah. Tak da siapa pun yang komen di youtube atau di facebook yang membela org2 dakwah yang benar dan tidak bersikap seperti dlm video tu. Salahkah saya memberitahu kpd mereka yang tidak tahu bahawa sebenarnya bukan itu yg diajar dan bukan itu stance persatuan-persatuan atau badan-badan Islam. Apa guna saya punya sebuah blog tapi tidak boleh menulis pendapat dan sisi pandangan saya?

      Kedua, siapa kata kita tidak bersatu? Kalau saudara/i yakin kita sedang menuju jalan/destinasi yang sama dan sedang menuju redha Allah, walaupun kita ambil jalan berbeza, tapi dari sudut definisi niat, kita sedang dan memang bersatu. Kerana kita melihat perbezaan kitalah dan terlalu melihat mereka yang memilih untuk saling menjatuhkan itulah kita dilihat dan merasa kita tidak bersatu. dan sebenarnya, tak salah pun ada banyak-banyak badan Islam. Salah kah? Mungkin kita tidak perlu bersatu seluruhnya kerana itulah yang terbaik buat masa ini. Seperti seruan saudara/i, positiflah. Kenapa pandang perbezaan? Carilah titik persamaan. Allahu’alam. =)

      • saya tahu kita memang sedang bersatu walaupun jalan kita berbeda. yang saya kesalkan hanyalah mengapa ada segelintir yang cuba menarik sebanyak mungkin ahli ke dalam mereka dengan cara seolah2 berpolitik? dan dalam kata lain, memaksa dalam keterpaksaan? seolah2 memasang agenda tersendiri. perlukah dibuat ‘konferens’ tertutup untuk memilih mana satu dan mana satu?

        dakwah itu bebas. dakwah itu indah.

        saudari, realiti kehidupan di dunia ini, manusia sering memandang salah orang lain dalam percubaan mereka menjadi da’ei. pada sesetengah pihak, jika anda ingin berdakwah, tunjukkan yang baik2 supaya bisa dijadikan contoh teladan yang terbaik. jika ada mahupun sedikit kesalahan, ianya seolah2 lumpur yang sedikit terpalit di atas kain putih. mungkin atas dasar itu, sesetengah pihak meragui dan memperdebatkan isu ini.

        harus sedar ini yang memang satu ujian utama dalam menjadi para pendakwah. deal with no emotion.

        mungkin salah yang menilai kerana menganggap para pendakwah adalah maksum, tetapi, kita memang tidak bisa merubah yang berkata2, tetapi kita bisa merubah apa yang diperkatakan. orang tidak akan berkata2 jika bende itu tidak salah.

        manusia memang tidak sempurna, tetapi itu bukan alasan untuk melakukan kesalahan.

        untuk para dakwah yang bersifat neutral di luar sana, saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha anda yang tak kunjung padam memimpin ummat Muhammad. saya berbangga dengan para dakwah yang punya cara tersendiri.

        dan kepada para pendakwah yang melibatkan emosi sendiri dalam menyampaikan dakwah mereka, sekaligus seolah2 membuatkan orang yang mendengar mengikut dalam keterpaksaan, tolong. be natural and neutral. ingatlah pepatah melayu, ikut hati mati. ikut rasa binasa.

        maaafkan saya. mungkin banyak yang saya nyatkan tidak kena dengan topik yang sedang dibicarakan. saya cuma mahu menumpang meluahkan kekesalan saya di sini. blog anda saya jadikan medium untuk saya salurkan pendapat saya kerana saya yakin, ramai yang membaca blog saudari 🙂

        harap saudari bisa sampaikan kepada kawan2 yang lain tentang pandangan saya. sekian.

        salam 🙂

      • jzkk saudara/i. inshaAllah. benar kata-kata saudara/i. boleh aje berkongsi perasaan saudara/i disini, inshaAllah. mudah-mudahan ramai yang dapat manfaat dari komen saudara/i. wassalam. =)

    • ”Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:105)

      deal with no emotion?.. pada saya,dakwah kita adalah dakwah kasih sayang. kerana sayang pada adik adik, maka kita berusaha. =)

      pastu kan…rase cam bagus gak ade byk2 gerakan (walaupun kenkadang nmpk competition..mmg tak dinafikan)…but, at least ade org yg nk cater adik2 yg ramai.. yg pasti, niat fisabilillah. i like the comment about “kita sebenarnya bersatu walau berbeza jalan…” .

      jzkk for the shared insight. jgn risau sgt about the “perception” on any badan dakwah. dakwah ini ada Penjaganya. inshaAllah…klau betul niat dan caranya…moga benar dan dibenarkan.

      salam dari melbourne

  5. x lama lagi akan kuar buku baru.. “salah faham terhadap post laskar mentari”

    hehe. 🙂

    take care paa.

    moga terus istiqamah dalam iman dan amal insyaallah.

    merindui dan mendoakan ukhtinya,
    aisyah ismail 🙂

  6. salam.
    saya tak tengok lagi video ni, dan tak rasa nak tengok pun rasanya.
    tapi from what you said here, nampak gayanya memang padanla kalian terguris hati- tapi I believe kalian pun tahu ini semua dugaan Dia.

    di kala tuan punya blog membela semua orang dan ‘geng’ dalam dunia daie ni,hakikatnya begitulah, memang ada lagi sebilangan penggerak dalam mana2 gerakan pun yang menepati ‘personaliti2″ dalam video tu.

    nak tak nak, gerak kerja kena overhaul.

    baru2 ni pun budak junior OZ / NZ baru datang- nampak pun, somehow. saya sendiri datang menyambut junior atas kapasiti senior TESOL , bukan atas idea ‘tajmi’ ke apa- in the end, urusan2 tajmi’ ni buat kita rasa berebut2. junior pun rasa pelik.

    sekian. = )

  7. salam pa’a..
    benarlah setiap orang membaca dengan nada yang berbeza, ambil ibrah dari perenggan yg lain setiap satunya..
    dan melihat video itu dengan kesan yg tidak sama..
    alhamdulillah, ada yg kita nampak, yg di luar tidak nampak,
    ada yg terkesan di hati kita; ada yg lepas abis video itu, habislah..
    takpee.. variasi itu rahmat.. dan kita sentiasa mahu melihat sesuatu dengan pandangan iman insyaallah..

    yang mengagumi semangat juangmu;
    amirahsaryati (shalaq) 😉

    • salam shalaq. jazakillah atas komen ukhti. mudah-mudahan shalaq dapat sesuatu dr blog paa yang serba kekurangan ini. walhamdulillah. sungguh, kita manusia punya nilai dan reason berbeza kenapa kita memilih perjuangan ini… tapi selagi destinasi kita adalah Allah, kita tetap satu jasad yang tidak terpisah-pisah anggotanya. tak kisahlah apa reaksi manusia, yang penting dakwah itu sampai sekalipun harganya nyawa.. Allahu akbar.

      yang lebih lagi mengagumimu,
      laskarmentari.

  8. salam.
    aku kenal mamat ni. dia ni geng2 usrah2 daie2 etc. solat tepat waktu, mengaji hari hari.

    dia bukan lah macam orang2 ntahape2.

    sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s