18 hari di Kaherah

Setelah Mesir mengiklankan testimoni kejayaan pemuda-pemudanya, terbeliaklah dunia dan terbukalah  minda pemuda-pemuda sekitarnya. Hari ini, Libya, Bahrain dan Iran pula menjerit.

Revolusi oh revolusi. Kalau dulu, setengah orang mungkin berasa, orang-orang yang berdemonstrasi ini, bagai mendukung biawak hidup, sudahlah susah, sia-sia pula. Tapi Mesir sudah berjaya. Dan mungkin Mesir bukan satu-satunya.  Apa-apa pun, kata orang-orang tua, kita ini jangan pula mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Belum duduk sudah melunjur. Terlalu banyak harapan akan membawa kepada keselesaan, terlalu banyak keselesaan akan menyuntik kemalasan.

Rijal-rijal disana kehilangan harapan,masa depan,keselesaan, dan berbagai keinginan, kerana korupsinya pemerintah. Maka mereka terdesak untuk membina mahligai impian mereka di atas runtuhan-runtuhan bangunan jahiliyah. Formulanya, penindasan akan membawa kepada kebangkitan. Mungkin isu Mesir akan mengingatkan Obama kepada Nelson Mandela. Tapi adakah isu Mesir akan mengingatkan kita kepada apa-apa?

Rijal-rijal disana menginjak bangkit kerana merasai penindasan. Umpama sistem imunisasi badan yang terefek dengan kehadiran patogen yang menggugat kesihatan. Lantas B cell dan T cell dikerah bekerja habis-habisan. Kalau patogen tidak dikesan, sistem ini tidak akan aktif. Formula kedua, kebangkitan hanya berlaku seandainya rakyat mengakui dan merasa ditindas. Kalau tak rasa, tak bangkit. Ini mungkin menjawab persoalan kenapa hanya segelintir negara yang bangun memperjuangkan kembali hak-hak Islam. Kerana hanya segelintir rakyat yang menyedari bahawa hak-hak Islam dan hak-hak Allah sudah ditindas.

Sunnatullah once again mengambil tempatnya. Parsi dan Rom yang mengambil masa lebih seribu tahun untuk terbina dengan mantap dan menjadi world order akhirnya diruntuhkan oleh tentera Islam dibawah pemerintahan Khalifah Umar dalam masa 2-3 tahun sahaja. Mubarak yang berkuasa selama puluhan tahun , digulingkan bulat-bulat oleh rijal-rijal Mesir dalam sekitar 18 hari sahaja. Formula ketiga,   kebangkitan ini bukan yang pertama. Ini sunnatullah kepada yang mahu berfikir.

Penatlah. Saya berhenti disini. Anda berfikir disana ya. Wallahualam.

18 Hari di Kaherah

Hari ini Tahrir tersenyum bebas

Puluhan tahun yang derita

berkurun-kurun merencana

akhirnya kemenangan digenggam puas

18 hari di Kaherah

Akankah berubah?

Sekali ombak menghempas pantai

takkan terusik batu yang besar

Luka umat ini bukan semalam

Luka ini sudah lama berdarah

sekian lama bernanah

takkan sembuh dengan mendemah

takkan hilang dalam sehari

takkan surut kalau menang sekali.

Hati kalau sudah tergores,

bibir boleh mengukir senyum,

tapi jiwa tetap menangis.

Mata boleh melirik tenang,

tapi dada terus bergenang.

18 hari yang getir,

berhargakah?

jangan longlai setelah berjuang

berakhirnya sebuah permulaan

bermulanya sebuah perjuangan.

Ghulam mereka membakar diri

lalu darah mencetus revolusi

Ghulam kita petahkah bicara,

atau sekadar picisan negara?

اللهُمَّ انْصُرْ دِينَكَ وَكِتَابَكَ وَسُنَّةَ نَبِيِّكَ وَعِبادَكَ المُوَحِّدينَ

O Allah! Grant Victory to Your religion, Your book, and the Sunnah of Your prophet, and Your monotheist slaves.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s