Membina Isti’ab

 

Jazakunallah khair  kepada ukhti dari Jakarta yang telah menghadiahkan kepada saya karya Fathi Yakan bertajuk Isti’ab. Sekalipun hanya sempat membaca sebahagian sahaja dari karya ini semasa dalam penerbangan Jetstar ke Newcastle semalam, saya mendapat beberapa konklusi yang wajar rasanya dikongsi bersama khalayak.

Hari ini rasanya antara yang luntur dalam harakah kita adalah ciri Isti’ab yang rupa-rupanya adalah antara aset penting yang perlu dimiliki oleh para du’at. Ini bukan kata-kata saya. Ini olahan saya dari hasil penulisan Ustaz Fathi Yakan yang memang sudah tidak asing dalam dunia dakwah ini sekalipun beliau sudah meninggalkan kita. Isti’ab adalah daya tampung, secara istilahnya. Dalam dunia dakwah, Isti’ab penting dan perlu dimiliki semaksimum mungkin demi menyampaikan Islam dan haq syahadah kita keseluruh alam.

Isti’ab menjadikan seorang da’ie mampu menbenamkan diri dalam segala macam situasi, mampu mendekati seribu satu jenis manusia dan mampu mendepani aneka keadaan dan masalah. Isti’ab menyebabkan seorang yang ingin menyampaikan Islam mampu menyampaikan Islam dengan segala kudrat yang ada meskipun banyak halangannya. Kerana dia mampu menampung kekurangan diri, mampu menonjolkan peribadi yang tinggi walaupun dirinya tidak sama dengan mad’u(objek dakwah)nya.

Ertinya, seorang da’ie perlu membina isti’ab dalam diri walaupun ia menuntut proses yang lama. Tapi ia perlu, demi dakwah kita. Kerana kita mahu Islam sampai kepada semua. Kita perlu mampu untuk menjadi seperti ikan yang tinggal di dalam lautan yang masin rasanya tapi isi ikan tetap remain manis dan sedap tanpa berubah menjadi masin (faham ke analogi ni? ke falsafah sangat..?he..).

Isti’ab tidak terbentuk dalam sehari dan dalam statik. Isti’ab tercerna dan akan bersemadi kekal di dalam jiwa kita andai kita terus bersama dakwah, yakin beramal bersamanya, terus istiqamah ditarbiyah dan mentarbiyah dan MULA BEKERJA untuk Islam sehabis daya. Kemahuan yang tinggi dan keazaman yang besar akan membina isti’ab kita tanpa kita sedari pun, inshaAllah.

 

Advertisements

2 thoughts on “Membina Isti’ab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s