Hari-hari Di Palestina

 

Selamat hari raya aidil adha.

Hari yang sangat sinonim dengan berbagai-bagai pengorbanan. Paling sinonim dan sering kita dengar adalah kisah Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s. Juga pengorbanan Hajar, isterinya, tatkala ditinggalkan bersendirian bersama bayinya, Ismail a.s. suatu ketika dahulu.

Pengorbanan.

Hari ini saya mahu mengajak kalian menonton movie kegemaran saya. Saya mahu kita sama-sama cuba meletakkan diri kita di medan tentera-tentera Islam di Palestin, Chechnya, Tajikistan, Bosnia, dan di seluruh pelusuk dunia yang telah berkorban sebuah harta yang sungguh bernilai bernama NYAWA.

Walaupun movie ini berkisar tentang perang zaman Hitler dulu. Zaman World War II. Amerika vs German. Tapi setiap kali scene-scene perang berlaku, saya tidak boleh memisahkan hati saya dari memikirkan bahawa hari-hari di Palestin sana, begitulah juga keadaannya. Bahkan barangkali lebih dahsyat, kerana ada wanita dan kanak-kanak serta penggunaan senjata serta Close Air Support(CAS) yang lebih moden oleh pihak musuh.

Tapi tak mengapa. Yang pastinya saya mahu kita terus menghargai setiap saat keIslaman kita, dan hargai pengorbanan-pengorbanan saudara-saudara kita. Ketahuilah bahawa kehidupan mereka semalam adalah kehidupan kita hari ini. Semoga kehidupan kita hari ini, bakal meng’hidup’kan generasi masa depan pula.

Selamat mengorbankan AL WAHN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s