Hear my call

 

Kadangkala apa yang kita fikirkan dan rasakan tidak dapat difahami oleh manusia-manusia lain.

Kadangkala kasih sayang dan cinta kita kepada Allah dan RasulNya tidak dapat difahami oleh manusia-manusia lain, hingga akhirnya cinta kita ini mengundang kebencian dan hasad terhadap kita. Secara kita sedari atau tidak.

Kadangkala keinginan dan himmah kita yang terlalu besar menggerunkan banyak hati yang memerhati, sehingga dirasakan kita ini ancaman-ancaman atau kita ini gangguan-gangguan, lantas kita dijauhi dan tidak disayangi sepertimana mereka mendekati dan menyayangi teman-teman mereka yang lain.

Kadangkala kita menangis sepenuh hati dan hanya bersaksikan Allah, kerana hancurnya hati kita kerana begitu sekali kita diasingkan dari hidup mereka, padahal mereka tahu bahawa kita ini hanyalah pencinta-pencinta kebenaran, risalah dan keredhaan Allah.

Kadangkala kita menadah tangan dan mendoakan kesejahteraan serta petunjuk bagi mereka, sekalipun kita tidak dijemput ke majlis-majlis mereka, kerana buruknya dan murahnya kerudung kita dan usangnya cara pemikiran kita di pandangan mereka.

Kadangkala saudaraku, cinta dan kasih sayang kita terhadap jalan ini, menjadikan kita seperti sebutir pasir di tepi jalan yang begitu sibuk. Tidak ada hati manusia yang ambil peduli kehadiran kita.

Kadangkala saudaraku, cinta dan kasih sayang kita terhadap dakwah ini, merimaskan hati-hati di sekeliling kita yang masih terkabur dengan bayang-bayang kelam bergelar dunia.

Kadangkala saudaraku, kita benar-benar sebatang kara di jalan ini ditengah-tengah selautan manusia yang  tidak pernah sedar bahawa mereka sedang tenggelam dan tenggelam. Dan ketika kita menjerit dengan sekuat mungkin memberi amaran bahawa mereka akan ditenggelami lautan lalai ini, mereka memandang dengan penuh kebosanan dan prasangka, dan berharap kita tidak wujud disitu kerana hanya menyusahkan sahaja.

Allah,

Kau tahu apa yang kami lalui ya Allah.

Kepada siapalah Kau serahkan kami ini ya Allah?

Adakah kepada orang zalim yang membenci kehadiran kami?

Ataukah kepada manusia yang lembut hati dan mahukan hidayahmu?

Allah, kami mahu terus ikhlas dan sabar.

Kami mahu kekal dan tegar.

Kami mahu bersih dari sangkaan-sangkaan dan terus bekerja.

Ya Allah, Kau sahajalah yang tahu dan mendengar

di saat kami keseorangan dan tidak ada walau seorang saudara pun

untuk mengesatkan air mata kami.

Allah, Kau sahajalah harapan kami.

Bantulah Kami ya Allah dengan cara yang Engkau redha dan sukai.

Allah, please hear my call.. 😥

Advertisements

2 thoughts on “Hear my call

  1. Kadangkala saudaraku, cinta dan kasih sayang kita terhadap jalan ini, menjadikan kita seperti sebutir pasir di tepi jalan yang begitu sibuk. Tidak ada hati manusia yang ambil peduli kehadiran kita.

    Kadangkala saudaraku, cinta dan kasih sayang kita terhadap dakwah ini, merimaskan hati-hati di sekeliling kita yang masih terkabur dengan bayang-bayang kelam bergelar dunia.

    Kadangkala saudaraku, kita benar-benar sebatang kara di jalan ini ditengah-tengah selautan manusia yang tidak pernah sedar bahawa mereka sedang tenggelam dan tenggelam. Dan ketika kita menjerit dengan sekuat mungkin memberi amaran bahawa mereka akan ditenggelami lautan lalai ini, mereka memandang dengan penuh kebosanan dan prasangka, dan berharap kita tidak wujud disitu kerana hanya menyusahkan sahaja.

    ana suka part ni…
    so touchable…sume org yg bergelar pendakwah pasti pernah merasainya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s