Jangan bermuka-muka ,kawan!

Dah lama tak menulis di sini. Bukan apa, dah 2-3 minggu juga tak ada weekend yang lapang. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah selalu guide hati dan perasaan supaya terus ikhlas dalam beramal dan terus diberi peluang untuk menyumbang kepada umat.

Lebih kurang seminggu lebih lagi, exam final semester 2 akan berlangsung. Tak sangka, terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi Australia. Aku masih ingat dengan jelas sekali perasaanku ketika itu. Aku masih ingat kesejukan tiupan angin dan hujan renyai-renyai di Sydney International Airport yang menyambut aku dan rakan-rakan. Pejam celik, aku sudah di semester akhir untuk tahun pertama BMed aku. Aku berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan urusan-urusan untuk exam ini. Bahkan Allah lebih tahu apa yang terbaik dan yang paling aku perlukan. InshaAllah.

Untuk post kali ini, aku terpanggil untuk meluahkan sedikit dari selautan perasaan yang aku pendamkan sepanjang pemerhatian dan pengamatanku kepada umat yang amat aku cintai ini. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak penghinaan yang melanda umatku. Sudahlah diperlekeh dan diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang zalim yang buta  dan tuli terhadap petunjuk dan rahmat Allah, orang-orang Islam sendiri juga memperlekeh dan memperbodohkan diri mereka sendiri.

Aku mohon dari Allah supaya kita tergolong dari kalangan yang menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah dan mau’izatun hasanah agar seluruh pelusuk alam ini dapat merasai terangnya kehidupan dibawah tarbiyyatul Quran sebagaimana yang kita lalui hari ini.

Kalau diikutkan hati dan perasaan seorang pemudi, sudah aku laungkan segala kemarahan dan unsatisfaction yang semakin masak di dada ini. Bukanlah kita berdiam diri kerana kita tidak ambil peduli atau kita sudah patah hati, tapi kita adalah tentera-tentera yang berstrategi. Kita dididik mengatur langkah di dalam sunyi, tapi masa akan menampakkan hasilnya. Kalau kau tak percaya, marilah sertai kami, akan aku tunjukkan jalannya. InshaAllah.

Yang pastinya jatuh bangun dan komplikasi yang membebani umat hari ini, bukanlah berlaku dan ditakdirkan berlaku untuk menjadi bahan umpatan dan kejian kita, dan kemudiannya kita kembali kepada jahiliyah-jahiliyah kita dan teruskan kehidupan seperti biasa. Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah yang haq dan bersebab. Maka tugas kitalah untuk mencari erti dan hikmahnya. Takkan semuanya nak spoon-feed saja.

Kalau orang membenci dan mengeji Islamic Fashion Festival, Menara 100 Tingkat dan pengwujudan lebih banyak pusat hiburan kerana mengimani hakikat bahawa ‘matlamat itu tidak menghalalkan wasilah’ , dan mengimani hakikat bahawa keredhoan Allah itu lebih utama dari keredhoan manusia, alhamdulillah, bersyukurlah kerana masih ada hati-hati yang hidup diantara kita. Tapi andai kata kita membenci, kita marah, kita maki-maki, kita membangkang sana-sini atas dasar perkara-perkara tersebut telah menghinakan Islam, dan kemudiannya, selepas itu, kita sendiri kembali kepada jahiliyah, lagho dengan hiburan-hiburan yang tidak menentu, tidak menjadi dari kalangan mereka yang menyeru untuk Islam, maka lebih baik lah berhenti mencaci dan membangkang-bangkang. Kerana diri kita sendiri sedang dan sentiasa menghina Islam selagi mana kita tidak menenggelamkan seluruh jasad dan ruh kita ke dalam sibghoh Islam ini.

Jangan bermuka-muka kawan.

Seseorang itu adalah sentiasa menjadi penolong jahiliyah dan merupakan tentera suruhan Taghut sehinggalah dia meninggalkan barisan tersebut dan menyertai barisan penolong Islam dan bernaung di bawah panji hidayah Allah. Dan tidak adalah sesuatu pun yang membebaskan manusia melainkan perhambaan diri secara total kepada Allah swt.

Allahu akbar. Aku mohon dijauhkan dari menjadi dari kalangan mereka yang dibenci Allah kerana mengatakan sesuatu yang tidak mereka kerjakan. Naudzubillah.

Allahumma, thabatkan hati kami di atas jalan dakwah ini. ameen.

Advertisements

5 thoughts on “Jangan bermuka-muka ,kawan!

  1. Hi there! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where I could
    get a captcha plugin for my comment form? I’m using
    the same blog platform as yours and I’m having problems finding one?

    Thanks a lot!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s