harithun ‘alal quran

Hari ini aku terasa mahu meninggalkan sebentar kitab-kitab dan journal-journal perubatanku. Terasa mahu ditatap dalam-dalam kitabullah yang sekalipun usiaku sudah genap 21 tahun, tapi masih belum mampu kuhafal ayat-ayatnya seluruhnya. Terasa mahu diselami sepenuh jiwa lembaran-lembaran rahmah dari Tuhan seluruh alam ini. Kerana kalau difikirkan walau sejenak pun kerendahan dan kehinaan yang sedang dihadapi umat sekarang ini, bagaikan terasa sesak betul nafas di dada.

Kadangkala bila dibuka helaian-helaian surah at Taubah, hati menjadi kecut. Terasa mahu menutup wajah dengan tapak tangan sendiri. Terasa bahang sekali teguran-teguran Allah di dalamnya. Terasa kerdil sekali di muka bumi ini dan tidak ada lagi tempat mengadu lain kalau Allah sendiri sudah tidak mahu menerima kita. Terasa mahu berkata, ” Allah…janganlah Kau jadikan aku dari kalangan mereka ya Allah!”. Benar-benar terasa al baraa’ah (pemutusan) yang Allah sebut dalam ayat pertama at Taubah itu sendiri. Betapa Allah sendiri putuskan hubungan secara total dari orang-orang yang tidak mahu menerima seruan-seruan ini!

Allahuakbar.

Allah swt bercerita tentang kehebatan al Quran ini dalam surah Ar Ra’d ayat ke 31:

“Dan sekiranya ada suatu bacaan (Kitab Suci) yang dengan itu gunung-gunung dapat digoncangkan, atau bumi jadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, (itulah Al Quran)…”

Maka sepatutnya selepas berapa lama kita mula mempelajari al Quran ini semula, sepatutnya Al Quran ini berjaya menatijahkan perubahan demi perubahan pada diri kita. Dan sepatutnya kalam-kalam Allah ni cukup membasah dan melenturkan hati-hati kita. Dan seharusnya, al Quran menjadi ‘ubat’ kepada segala ‘penyakit’ yang melanda kita.

Dan kerana kita sedar betapa hebatnya tarbiyyah quraniyyah inilah, kita mahu seluruh dunia merasai nafasnya, melalui jalannya, mengenangi sejarahnya. Atas perasaan kecintaan yang dalam terhadap al Quran inilah, sepatutnya keinginan kita untuk al balaghul mubeen itu semakin membuak-buak. Kerana kita terlalu sensitif apabila melihat al Quran tidak terbuku di dada umat, apabila al Quran tidak tertegak sebagai hukum dunia, apabila hak Al Quran tidak dipenuhi dan tidak dihormati, dan apabila manusia dengan terang-terang menolak seruan-seruan kitab suci ini.

Pedihnya.

Saat bila manusia berhukum dengan akal dan nafsunya.

Segolongan dari kita menjadi-jadi kebodohannya.

Segolongan pula menjadi bisu seribu bahasa.

Saat itu khuatirilah isteri dan anak-anakmu.

Kerana azab itu sedang menghampiri.

Datangnya selalu senyap dan sepi

Tinggalnya selalu tangisan yang mengiringi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s