Yang Terakhir

Aku tahu perasaan ini tidak akan pernah berhenti menghambatku dalam jalan ini.

Aku sedar bahawa detik ini, dari dulu sampai kini, pasti akan mendatangi.

Hakikatnya, bukanlah ini pertama kalinya

tapi aku percaya, ini yang terakhir kalinya.

Sampai waktunya mendatangi kita.

Kita sebenarnya terlalu bertuah.

Kerana kita ada sebuah kisah.

Sebuah sejarah.

Segunung khazanah.

Bukan milik siapa-siapa…tapi milik kita.

Dan bukan biasa-biasa…tapi sebuah anugerah.

Kalau mahu, kita bisa berbicara soal hati.

Tapi kita tidak mahu rugi.

Lalu kita memilih untuk menyendiri.

Cuma kadang-kadang kita tiada pilihan.

Cita-cita kita terlalu besar untuk difahami segenap manusia.

Perasaan kita terlalu mahal untuk diselami dan dibaca.

Tindakan kita terlalu sulit untuk dikisahkan kepada semua.

Dan sejarah kita terlalu perit kalau dikenangi sepenuh jiwa.

Kerana itulah aku sampaikan kisah ini kepadamu.

Supaya kau yakin bahawa akulah aku.

Dan supaya kau tenang dengan langkah dan pilihanmu.

Ketahuilah aku sedang membina mampu.

Kalau bisa aku sampaikan kandungan hatiku nescaya kau tidak mampu menanggungnya.

Sebagaimana aku pedih tidak mampu menahannya.

Ketahuilah aku sedang mengingatimu.

Aku peluk erat kitab ini… kerana inilah satu-satunya jawapan rinduku.

Ketahuilah aku tidak seperti dulu

Aku kuat dalam tangisanku

Aku bangun dengan segala kudratku

Aku meredhai dan mencintai kesungguhanmu.

Untuk itu pintaku kepadamu satu cuma.

Sampaikanlah kita kepada saat itu.

Sedaya upaya kita.

Agar sempat untuk mengukir sebuah senyuman, selepas sebuah tangisan yang cukup lama.

Kalau mahu, pasti matahari tidak mahu menyinari bumi seorang diri.

Dan sang bulan tidak mahu seorang di malam hari.

Tapi kerana itulah ketentuanNya maka mereka akur menuruti.

Dan tidaklah Dia aturkan sedemikian melainkan Dia lebih mengetahui.

Kalau kau merasakannya,

katakanlah ya.

Advertisements

One thought on “Yang Terakhir

  1. ya Allah..
    jazakillah dear sister in islam.. ^^

    kalau bisa, pasti sang matahari dan bulan tidak mahu berseorangan dalam menerangi bumi..

    ~sangat bermakna~
    salam ukhuwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s