Kerana dulu aku juga begitu

Kadangkala masa-masa silam adalah guru terbaik untuk mencari titik-titik kekuatan bila berdepan dengan garisan-garisan kelemahan diri.

Suatu masa nanti, kita akan merasakan nafas yang mengombakkan dada ini adalah satu pinjaman semata-mata. Dan suatu masa nanti, kita akan merasakan detik-detik hidup yang kita sangkakan sebuah cerita bahagia rupanya cuma sebuah senyuman sementara sahaja.

Waktu itu

kalau bisa dilaungkan segala isi hati

akan bergegarlah segala isi bumi

dan bergemalah segalanya di langit

kerana hilangnya ketenangan dalam diri

dan butanya sudah mata hati

Hidupku saat itu

adalah alunan lagu-lagu bingit

bising,

dan petikan tali temali yang ku rasakan menenangkan

tapi hakikatnya cuma mebengangkan.

Kalau bisa ku warna suasana saat itu,

pasti warnanya hitam sahaja.

Tidak ada yang bisa diwarnai putih yang suci.

Saat itu fikiran cuma tahu mentafsirkan perasaan sendiri

dan cuma tahu merasai sebuah benci

aku tidak faham apa ertinya sayang

aku tidak tahu apa ertinya tenang

yang aku tahu cuma muzikku

lukisanku

surat-surat cintaku

gelang-gelang hitamku

kemarahanku

dan isi hatiku.

Aku tahu jauh di dalam diriku

di dasar yang paling jauh dan paling gelap sekali dalam dadaku

aku merasai sebuah kekosongan yang benar

yang menanti masa untuk terbongkar

yang benar-benar kosong dan aku sedar.

Kalau tidak kerana cahayaNya

aku barangkali bukan siapa-siapa lagi pada saat ini.

Hari ini kalau bisa aku warnakan segala detik hidupku,

pasti aku padamkan segala lukisan hitam itu

dan aku gantikan dengan bunga-bunga berwarna pelangi

dan aku warnakan latar belakangnya dengan sang putih suci

kerana tidak ada yang lebih aku hargai

dari sebuah kisah silam yang penuh erti

dalam cerpen hidup ini.

Aku tahu waktu-waktu itu begitu dalam

aku sedar ia tidak mudah dibiar berlalu.

Dan aku tahu apa rasanya kerana dulunya aku juga begitu.

Advertisements

3 thoughts on “Kerana dulu aku juga begitu

  1. salam kak paa…
    sy adilah
    dah engine
    smga berjumpa d bumi kanggaru!
    semoga baek2 jer IB ni
    azam sy, teruskan perjuangan ni kt mane pun kita…

  2. salam adilah
    wah. awak kmb eh? batch mane ep? kite pernah jumpe ye? awak datang aussie ke tahun depan? uni mane? keep in touch =)
    inshaAllah, jgn risau, perjuangan yang berhubung dgn al haq akan terus dipelihara Allah inshaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s