Kemana harus keluar

Kadangkala buat seketika, kita harus tinggalkan sebentar kehidupan-kehidupan di istana, dan terjun ke dalam lumpur bersama-sama pesawah-pesawah di sawahan. Biar digelumangi lumpur-lumpur suci yang kalau dari jauh kelihatannya kotor sahaja. Biar disedut pacat darah-darah kotor yang menghuni pembuluh darah kita.

Begini jugalah tarbiyyah ar Rasul buat para sahabatNya. Bilang saja berapa ramai sahabat yang terjun ke dalam kemelaratan dunia, selepas Islamnya, untuk sebuah kemewahan akhirat. Tidak terkira bilangannya. Kenapa ya mereka tegar meninggalkan kesenangan-kesenangan yang sudah lama dipunyai?

Harta dan wang ringgit- adalah nadi yang mendenyutkan jahiliyah. Tidak menggemuk jahiliyah dalam rongga-rongga hati kita, kalau tidak disuapkan dengan keenakkan-keenakkan dunia yang selalu melekakan kita.

Kerana itu kita lihat, Islam itu selalu mengajak kita keluar dari sesuatu yang negatif kepada positif.

Disimbolikkan seruan ini dengan seruan supaya kita keluar dari kegelapan kepada cahaya.

 “Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji.” (Ibrahim: 1)

Kita diajak keluar dari gelap kepada cahaya terang benderang. Ertinya, kalau tinggal saja dalam kegelapan itu, sampai bila-bila pun takkan bertemu pencahayaan dan pencerahan yang sebenar.

Kena keluar dari gelap kepada cahaya.

Dari kotor kepada bersih.

Dari ragu-ragu kepada jelas.

Dari sempit kepada lapang.

Dari jahiliyah kepada keimanan.

Dari ‘dunia’ kepada ‘akhirat’.

 

Kalau nak pergi ke suatu tempat pun, kita perlu keluar dari rumah. Kalau tak keluar, takkan sampai.

Kalau mahu gembira, harus bersedia untuk keluar dari kesedihan. Kalau terus murung, takkan gembiralah sampai bila-bila.

Kalau mahu berjaya, patut keluar dari kemalasan. Kalau malas terus-terusan, takkan tibalah kejayaan.

Pendek kata, iman itu menuntut tadhiyyah.

Tarbiyyah Sains fizik mengajar kita, untuk mengeluarkan electron dari atom untuk menghasilkan electron beam, tenaga yang besar diperlukan untuk menolak electron itu keluar.

Makanya untuk keluar dari zulumat kepada nur, pasti menuntut sebesar-besar tenaga.

Hari ini, aku melihat keberatan, penafian dan rasa tidak peduli, seperti fibrin yang menjaringi erythrocytes, telah memerangkap banyak sekali manusia sehingga tidak lagi berdaya untuk bangkit dan keluar dari keadaan yang kurang baik, kepada keadaan yang lebih baik.

Mungkin kita harus berdiam sebentar dan memerhatikan keadaan sekeliling.

Kemana kita harus ‘keluar’ supaya dapat tiba di surga…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s