“Buang Baby” dalam lecture hall

Aku tau la aku memang agak disturbed dengan isu-isu semasa sekarang ni…lebih lebih lagi cerita-cerita masalah rumahtangga, kes-kes pembuangan bayi dan masalah sosial kronik yang melanda umat dan kini bertambah-tambah pula liputannya di dada-dada akhbar sempena kehadiran Ramadhan…

Aku memang terganggu juga. Mungkin kerana background hidupku sendiri. Pertamanya, aku telah dididik untuk memikirkan keadaan masyarakat disekeliling, tarbiyyah mengajar aku bahawa untuk berada dalam kalangan kelasi kapal bahtera penyelamat, aku harus tahu apa yang sedang menenggelamkan umat ini…keduanya, mungkin kerana background aku sendiri yang ada ramai adik beradik, tak la ramai sangat pun, 6 orang je…tapi boleh kira ramai la jugak kan…sejak umur aku darjah 2 aku telah terlibat secara langsung dalam menjaga adikku, bayeh yang lahir masa aku darjah 2..kemudian nana pula lahir masa aku darjah 6…siapa yang nak tolong mama jaga adik2 yang kecik ni kalau bukan aku sebab kakak dan abang aku sekolah asrama….makanya, aku memang suka la baby kecik2 ni…dan aku sangat emosi la bila orang sampai hati nak buang-buang bayi sebab terbayang-bayang adik2 aku sendiri semasa mereka masih baby dulu…Ketiganya, aku sendiri sekarang sedang belajar di Australia, kat sini, hari tu ada seorang perempuan buang anak kucing dalam tong sampah, habis kecoh satu negara sampai keluar tajuk berita, “Cruel woman throw kitten into bin!”….hmmm tak boleh terima juga kadang-kadang…ini ke kes “pembuangan” paling teruk di sini? Hoii..kat Malaysia orang buang kucing belambak je kat market… Aku bukan nak banding Malaysia dengan Aussie ni, bukan nak kata Aussie ni bagus sangat..aku sayang kot Malaysia, Malaysia tanah air aku, Hassan Al Banna kata seorang yang faham Islam akan menjadi yang pertama paling mencintai  tanah airnya…sebab  faham disitulah seharusnya asas dakwahnya bermula, dan di situ jugalah tarbiyyah harus bermula..maka aku bukanlah nak compare pembangunan dan pembinaan Malaysia dan Australia, tapi lebih kepada nak muhasabah keadaan kedua-duanya…

Sebenarnya ada banyak sebab lagi…tapi aku tak sempat nak tulis semuanya…tapi memang banyak juga yang menginfluence diriku untuk sangat sangat overwhelmed dengan isu-isu semasa sekarang ni…

Sampailah suatu masa…

Di lecture hall HB15…

Aku merasa sangat penat pada hari tu. Aku dapat rasakan otakku tak berhenti-henti berfikir. Macam-macam benda yang aku fikir,bukan secara sedar pun kadang-kadang…tiba-tiba saja benda-benda ni memenuhi otak…dengan perasaan yang berat sebab rasa penat hari tu, dan fikiran yang bercelaru, aku pergi juga lah ke lecture tu.Aku duduk di spot feveret aku dalam dewan kuliyah tu…sangat ready untuk mendengar syarahan Prof Tony Quail tentang Kidney and Fluid Balance pada pagi itu. Serius aku semangat…

10 minit pertama Encik Quail bercerita, aku mendengar dengan teliti. Aku faham juga apa dia cakap sebab masa weekend hari tu dah baca2 sikit. So, boleh keep track. Alhamdulillah. Namun tiba-tiba…aku merasakan fikiran aku tidak lagi tertumpu kepada slide-slide tentang kidney di hadapanku.

Masa tu, tiba-tiba saja, aku berfikir tentang banyaknya bayi yang dibuang…banyaknya gejala sosial sekarang ni..aku teringat video-video yang aku tengok tentang isu-isu sosial ni…video-video tentang pembuangan bayi…aku teringat kisah ahli-ahli rumah Raudhatus Sakinah yang pernah diceritakan oleh sahabatku yang melawat rumah bimbingan itu suatu masa dulu…Aku terfikir semua ini secara massivenya..KETIKA LECTURE KIDNEY AND FLUID BALANCE!!! Aaaaarrrghh! Boleh faham tak ape aku rasa?

Tiba-tiba aku tersedar dan masa tu dah slide yang ke berapa tah…padahal sepanjang-panjang lecture tu, aku tak tidur pun…aku pandang je slide tu, tapi pandangan tu macam tembus je…fikiran aku berfikir sangat banyak sampai aku rasa aku tak sedar pun aku sedang dalam lecture..nasib baik aku tak ter’react’ kepada fikiran2 aku tu macam jerit “kenapa korang buang baby haa??!!” tak pun “bila umat nak kembali kepada Islam niii!!!??”…haa kalau aku jerit camtu dalam lecture tu secara tidak sedar macam mana? Tak pasal-pasal orang ingat aku skizofrenia.

Ya Allah, tapi memang lah tak terfikir pula sampai ke tahap tu sekali…tak pernah pula sampai fikiran aku terganggu ketika lecture…Oleh kerana ia berlaku seolah-olah secara subconcious, sekurang-kurangnya aku tahu bukanlah aku tak fokus kerana aku memang sengaja fikir benda lain atau aku malas…tapi memang aku tiba-tiba overwhelmed dengan banyak benda-benda ni…

Hmm…mungkin aku banyak sangat tengok dan baca pasal benda-benda ni kot..sampai otak aku seolah-olah sentiasa berfikir tentangnya secara sedar mahupun tidak… Orang kata, benda-benda yang kita sangat fikir, memang akan memenuhi subconcious mind kita en..Macam orang yang tengah mamai atau mengantuk, kalau kita cakap ngan dia, kadang-kadang dia cakap ape tah yang dia sendiri tak sedar dan kita pun tak berapa faham sebab benda dia cakap tu adalah benda-benda yang subconcious. Bila tanya balik esok, dah tak ingat…tapi aku bukan mengantuk tau. Cuma ibaratnya benda ni sedang occupy otak ini secara concious dan subconcious. Fuh…

Lega sikit dah tulis-tulis kat sini. Okay, perlu berundur, ada tuntutan lain pula yang menanti. Harapnye lecture pagi ni tak berlaku lagi ketidakfokusan seperti hari tu.

Allahul musta’an

 

Advertisements

One thought on ““Buang Baby” dalam lecture hall

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s