Chechnya.

Alhamdulillah.

Sungguh ya Allah, aku mohon, dengan barakah Ramadhan yang bakal menjelmakan dirinya tak seberapa lama lagi, aku mohon dengan sepenuh-penuh hatiku ya Allah, agar Kau kurniakan aku kehidupan yang sama dengan mereka, kematian yang sama dengan mereka dan syurga yang sama dengan mereka. Ameen.

……………………………………………………………………………………

Chechnya.

Aku baru sahaja selesaikan sebuah penulisan tentang Perang Chechnya Pertama yang aku mulakan researchnya sejak minggu lepas. Ini bukanlah penulisan apa sangat pun, sekadar nak gather info-info penting tentang Chechnya ni. Dah lama sangat aku nak tahu tapi tak tahu-tahu. Maka aku mulakan research ni dengan keinginan yang membuak-buak untuk mengenali kisah hidup saudara-saudaraku di Chechnya.

Perang Chechnya tidaklah terlalu jauh dari kita. Konflik Chechnya dan Russia telah bermula sejak awal 1990-an. Kemuncak kepada krisis antara Chechnya dan Empayar Rusia ini akhirnya mencetuskan Battle of Grozny (Grozny adalah capital of Chechnya pada waktu itu) yang mengorbankan ramai saudara-saudara kita. Allahul musta’an. Sekalipun diserang bertalu-talu dan diassault dengan pelbagai jenis taktik serangan daripada Russian Forces, Mujahideen Chechnya yang turut disertai ribuan saudara Islam lain dari seluruh pelusuk dunia tidak pernah kecundang dengan Rusia dan tahukah kalian bahawa Rusia tidak pernah dapat benar-benar menguasai Chechnya sepanjang peperangan itu. Sekalipun jumlah tentera mereka berlipat kali ganda lebih ramai berbanding mujahideen.

MashaAllah. Aku tidak pernah tahu tentang hal ini. Dan aku bersyukur kepada Allah kerana menggerakkan hatiku untuk membaca dan membuat sedikit kajian tentang peperangan ini.

Aku bersyukur kepada Allah atas passion yang Dia tanamkan dalam hatiku tentang ghazwah. Aku benar-benar mencintainya dan aku mohon Allah selamatkan aku dari kekufuran dan kefakiran.

The Study of Chechnya War yang aku siapkan itu, bagi aku adalah satu pengalaman yang sangat indah dalam perjalanan tarbiyyahku. Buat pertama kalinya dalam hidupku, aku berusaha bersungguh-sungguh untuk sebuah “Extended Essay” atau “thesis” yang aku tulis untuk dakwah dan untuk Allah semata-mata. Dan aku tulis, dengan tangisan, kesedihan dan penyesalan yang amat sangat kerana kecilnya dan kerdilnya pengorbanan aku untuk Islam (kalaupun ada) berbanding pengorbanan saudara-saudaraku di Chechnya, di Afghanistan, di Kosovo, di Bosnia, dan di Dagestan.

Ya Allah, aku yakin Kau sedang mendengar. Tolong ampuni kami kerana kelalaian kami.

 

Jangan tanyakan aku tentang hidupku

Ia adalah sebuah rahsia kehidupan

Ia adalah anugerah, Ia adalah ujian

Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita

Aku telah menjualnya kepada Allah

Kemudian aku berjalan dalam barisan

para pembawa petunjuk

 

Jalan hidupku adalah Al Quran..pedang..dan ujian

Allah telah memberkatinya

dan para Nabi terdahulu telah melaluinya

Para syuhada telah menyirami jalan ini

dengan darah mereka

Maka jadilah ia taman indah

yang dikelilingi cahaya

 

Sedangkan penghujung perjalananku adalah

apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkannya

keuntungan dengan kemenangan nyata

atau kesyahidan dan keabadian

Jika engkau telah berada di muka bumi dan

engkau tahu bahawa umurmu terbatas

maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk

Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu…

-Muhammad Al Husayn-

Advertisements

3 thoughts on “Chechnya.

  1. Dekat sklh, fiqa sering di ejek & di hina oleh kawan-kawan.. Apa yg perlu fiqa lakukan? Diam diri sahaja atau memarahi mereka.. Adakah ini satu dugaan dari Allah…..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s