Bestnya.

 

Allah menguji manusia dengan kemudahan dan kesusahan.

Kadang-kadang keinginan kita kepada sesuatu, mengatasi cinta kita kepadaNya. Maka Dia menguji hati kita dengan membatasi keinginan itu, agar kita kembali merasai kebergantungan kepadaNya dan membina kembali cinta kita kepadaNya.

Dan bila cinta kita kepadaNya memuncak, dan benar-benar tidak ada yang lebih tinggi di hati kita kecuali Dia, maka sekali lagi Dia menguji cinta itu , agar bertambah kukuh asas cinta kita itu dan bertambah dekat kita kepadaNya.

Adakalanya terasa sukar sekali untuk menerima sebuah ketetapan yang bergelar taqdir, kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di sana. Dan terasa sulit menerima kesedihan dunia, kerana kita tidak dapat melihat keindahan dan kebahagiaan syurga.

Allah benar-benar menguji kita pada titik lemah kita, supaya kita menjadi lebih dewasa dan lebih kuat, untuk mendepani hari muka.

Selagi mana kelemahan itu tidak diperbaiki, Allah akan menguji dan menguji lagi, sampai kita menyedarinya dan bangkit memperbaiki diri. Sebagaimana peringatan Allah di dalam al Furqan, bahawasanya tiap-tiap yang menimpa kita adalah perbuatan tangan kita sendiri. Dan bukanlah peringatan ini Allah sampaikan kepada kita supaya kita menepuk dahi dan menangis hiba kerana menyesali kesilapan-kesilapan dan kelemahan kita. Bukanlah begitu. Tapi hakikatnya, Allah mahu kita dewasa dan merasa bertanggungjawab. Allah mahu kita matang dan terus bersemangat. Allah mahu kita bangun dari kelemahan menuju kekuatan.

Kalau kita mengayuh basikal dengan laju dan kemudiannya terjatuh, adakah yang salah adalah basikal?ataukah kaki kita yang mengayuh laju? Adakah dengan buang basikal atau potong saja kaki kita ni dapat menyelesaikan masalah? Bahkan tidak. Bukankah yang lebih baik adalah berpaut pada basikal itu dan bangun semula dan berdiri kembali dengan kaki kita ini juga. Dan bangun dan kembali berkayuh tapi kali ini dengan lebih berhati-hati dan berwaspada. Agar kejatuhan yang sama tidak berulang.

Demikianlah hakikat ujian kehidupan. Aku sendiri takut bilamana mahu menulis soal ujian begini. Aku khuatir aku termasuk dalam kalangan yang terjatuh dan tidak bangun-bangun lagi, aku takut aku termasuk dalam golongan yang terjatuh dan menyalah-nyalahkan taqdir diri, aku takut aku mengkufuri nikmat Ilahi tanpa aku sedari…

Namun kepada Allah jualah kita mengadukan segala kelemahan kita. Bukanlah manusia kalau kita sempurna sahaja. Ujian datang dan pergi, silih berganti, kerana Dia mahu melihat siapa yang gugur dan siapa yang terus berdiri.

Bukanlah namanya hamba kalau tidak diuji dan diduga-duga kesetiaannya,kan?

Allahul musta’an.

Khas buat ukhti ku, enti sentiasa dalam doaku… bersemangatlah, sesungguhnya cinta kita ini diuji kerana kebenarannya.

Advertisements

5 thoughts on “Bestnya.

  1. Dan bila cinta kita kepadaNya memuncak, dan benar-benar tidak ada yang lebih tinggi di hati kita kecuali Dia, maka sekali lagi Dia menguji cinta itu , agar bertambah kukuh asas cinta kita itu dan bertambah dekat kita kepadaNya.

    Selagi mana kelemahan itu tidak diperbaiki, Allah akan menguji dan menguji lagi, sampai kita menyedarinya dan bangkit memperbaiki diri

    love this,

    love u sis;)

    love Allah

    jzkk sis..

  2. salam….
    kak paah…Alhamdulillah….i guess me n ct will be meeting u in New Castle this coming february….insya Allah….
    looking forward untuk sama-sama menyeport dan disupport oleh akak!!!!hehe….
    “ingin ku bergerak selaju deruan Al’Adiyat, merentasi kesesakan jahiliyyah”
    miss you sooooooo much akak!!!
    (^_^)
    take care,jgn jatuh lame2…jom bangun n lari (kayuh basikal) sama2!!!!wee~

    • wslm my dear alaq

      elhamdulillah

      looking forward to seeing u here…prepare for the battle =)

      sape lagi yg inshaAllah konfem dtg sini? memang rsult dah kuar ke?

      miss u toooo ukhti..

      kat sini tak sempat nak jatuh pun alaq…x sbr nak jumpe antunna.take care. =)

      • tak sempat nak jatuh?takooowt nyer akak….(@_@)
        insya Allah yang konfirm cume ana n ct fatimah….n yup,result was out…
        but since ade 4 org reject offer, ade 4 places to be reconsidered….
        syafikah still pending,kalu die dpt offer after being reconsidered,then ader lah 3 org yg ke sana….hehe…
        insya Allah….

        preparing our best for the battle!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s