Nak rehat kejap tak?

Hari ini aku rasa sangat penat.

Aku kurang pasti apa yang memenatkan sangat sebenarnya. Bukannye aku ada buat apa-apa pun. Sahabat Rasul, Salman al Farisi dan Abid Bin Bisyir masih mampu berqiamulail ketika berjaga malam selepas perang, tapi kita kadang-kadang rasa terlalu penat padahal takde la buat apa-apa sangat pun. Apelah sangat kuliah-kuliah dan tutorial kita yang berhawa dingin dan di dewan-dewan selesa tu dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Ghazza… Kadang-kadang rasa malu nak kata diri sangat penat , macam sekarang ni, sebab seolah-olah tidak ada punca untuk merasainya. 

Hari ni, dalam dunia ni, ada banyak jenis kepenatan.

Ada orang berpenat-penat dalam mencapai kepuasan dan kehendak hatinya.

Ada orang berpenat-penat dalam memenuhi kehendak dan tuntutan orang lain ke atasnya.

Ada orang berpenat-penat dalam mencari nama, populariti dan kemenangan yang sementara.

Tapi, berita gembira hanyalah bagi orang-orang yang berpenat-penat dalam menyeru manusia kepada Allah dan mencari keredhaanNya. InshaAllah.

Dan inilah satu-satunya jenis kepenatan yang semakin penat, semakin bersemangat. Semakin penat, semakin ligat bekerja. Inilah dia satu-satunya kepenatan yang membuahkan senyuman dan ketenangan.

Cuma satu kerisauan kita sebenarnya, adakah kepenatan kita kerana sudah banyak bekerja, ataukah kerana terlalu banyak rehat sebenarnya…

JOM PENAT-PENAT UNTUK ISLAM!! KITA REHAT KAT SYURGA EH!!INSHAALLAH!!

Advertisements

One thought on “Nak rehat kejap tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s