Wikibocor, perang dan kita.

Aku menulis tentang pembacaanku tentang Wikileaks dan Afghan War Diary yang menjadi liputan hangat di media sekarang ni. Dan aku telah menulisnya namun kemudian aku membatalkan kerana timbul perasaan yang kurang enak dalam hatiku. Oleh kerana kurang tenang dengan post itu, aku decide untuk trash aje dan gantikan dengan yang ini.

Tak tahu kenapa tapi kadang-kadang penting juga bukan untuk minta fatwa dari hati sendiri… Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Ar Rasul saw dalam hadith tersebut.

Aku sedari dulu memang banyak tertarik dengan kisah-kisah perang, bahkan sejak kecil aku banyak menonton dan dipertontonkan dengan movie-movie perang. Memandangkan ayahku pernah bekerja di pawagam, aku sejak kecil telah mendapat pendedahan luar biasa terhadap isu-isu peperangan. Sekalipun usia ketika itu belum 18 tahun, aku menyelinap juga ke dalam pawagam dan tengok cerita-cerita perang yang ganas seperti Rambo.

Aku semakin tertarik kepada Islam sejak di MRSM Taiping. Ketika itu aku join team bahas maka kami perlu banyak membaca isu semasa dan ditakdirkan Allah, aku mendapat lebih banyak pendedahan tentang perang di Afghanistan dan Palestin melalui pembacaanku ketika itu. Aku sendiri menangis membaca artikel tentang Syeikh Ahmad Yassin yang dibedil Apache dalam perjalanan pulang dari solat subuh padahal syeikh tua itu hanyalah seorang buta dan lumpuh yang mencintai agamanya. Aku ketika itu belum mendapat apa-apa pencerahan lagi tapi alhamdulillah, itulah yang terbaik pada waktu itu.

Sepanjang cuti selepas tamat IB di KMB, aku spendkan pula masa membaca serba sedikit tentang perang-perang dan sariyah-sariyah ketika zaman Rasulullah SAW… dan seingatku, part yang menyentuh hatiku ketika pertama kali mendengar ISK pun adalah kisah perang di zaman Rasulullah SAW…

Peperangan barangkali adalah sesuatu yang tidak banyak faedahnya…Mungkin kerana itu juga Islam sentiasa melihat perang sebagai last resort dalam usaha menyampaikan risalah dakwah ini. Seboleh-bolehnya, kita tidak mahu menumpahkan darah dan air mata sesiapa pun.

Tapi kalau kita fikir betul-betul, sebenarnya peperangan yang berlaku di Palestin, di Afghanistan dan di Iraq sekarang ini tidak mungkin satu peperangan panjang yang sia-sia sahaja. Aku melihat peperangan itu sebagai ujian kepada kita semua seluruhnya. Aku melihat darah yang menyimbah dan tangisan para balu di sana adalah tarbiyyah dari Allah kepada kita sebenarnya. Para syuhada’ di sana adalah role model -role model yang dihadirkan oleh Allah untuk tatapan kita supaya kita tidak ada hujah ke atasNya bahawa kita tidak pernah diperlihatkan dengan perjuangan-perjuangan menegakkan agamaNya. Peperangan yang masih berlangsung dan belum berakhir itu sebenarnya memberi gambaran bahawa panji-panji Islam masih ditegakkan dan belum kecundang.

Ingatkah kalian pada perang Mu’tah…betapa strugglenya para sahabat untuk mempertahankan panji tentera Islam, kerana kecundangnya panji beerti kalahnya kita kepada musuh Allah. Dan perang akan berakhir dengan kekalahan itu kerana semangat tentera akan luntur bila melihat panjinya sudah gugur.

Tapi, ketahuilah, bahawa panji-panji Islam masih berkibaran dan dijulang tinggi di sana, kerana itu perang ini belum berakhir. Sebab itulah Allah mengingatkan kita supaya sentiasa bersiap siaga…kerana kita sebenarnya, seluruhnya, adalah sedang dalam sebuah peperangan yang belum berakhir lagi…

Bukankah tentera di pengkalan sentiasa bersiap sedia sekalipun belum dipanggil ke medan peperangan?

Bukankah tentera di pengkalan biasanya sudah siap dipackkan pakaian, makanan dan keperluan yang cukup-cukup sahaja sebelum berangkat ke medan peperangan?

Bukankah tentera di pengkalan akan berlatih menembak, martial art dan planning strategy habis-habisan sebelum dipanggil ke medan peperangan?

Sultan Muhammad Al Fatih sudah mencatat Constantinople pada buku amalannya. Salahuddin mencatat Palestin dalam sejarah hidupnya. Hassan Al Banna mencatat kebangkitan pemuda Ikhwan dalam kisah hidupnya.

Ayuh, catatlah sesuatu untuk umat ini wahai tentera! Tanpa mimpi, tidak ada realiti!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s