Mereka disana. Kita dimana?

Aku tertanya-tanya bagaimana mungkin kehidupan saudara-saudaraku di bumi Palestina. Bila bangun di pagi hari dan mendengar dentuman-dentuman yang tidak pernah berakhir sekalipun sekali-sekali sahaja keganasan zionis ke atas mereka menjadi perhatian media dan umat Islam. Bagaimana ya perasaannya bila hidup di sekeliling darah-darah harum para syuhada’ dan air mata ibu-ibu yang kehilangan anak-anak dan isteri-isteri yang kehilangan suami? Bagaimana ya rasanya hidup dinaungi asap roket-roket dan runtuhan-runtuhan bangunan yang dibantai zionis durjana? Apa mungkin yang menghuni hati anak-anak muda di bumi Al Aqsa itu?

Untuk cuba merasai detik-detik hidup mereka di sana, aku setiap pagi memasang lagu di bawah ni supaya aku sentiasa atau sekurang-kurang berusaha untuk selalu ingat pada saudara-saudaraku di sana sepertimana aku selalu rindukan orang-orang yang aku sayangi. Aku juga mendengar lagu ini kerana aku juga mahu permulaan hariku digegarkan dentuman-dentuman bom atau bunyi peluru M-16 sepertimana yang selalu menjadi sajian telinga anak-anak muda Palestina. Dan memandangkan di akhir klip video ini ada rakaman keganasan-keganasan yang melanda saudaraku di sana, aku merasakan ia adalah klip terbaik untuk tujuanku ini.

Dan aku benar-benar mendengarkannya pada setiap pagi. Setiap pagiku ada bunyi tembakan M-16, bazoka dan roket. Setiap pagiku ada genturan dan dentuman bom dan runtuhan bangunan. Ya, setiap pagiku. Sekalipun cuma dalam sebuah video pendek yang jangkamasanya cuma beberapa minit. Tapi alhamdulillah, sudah terlalu cukup untuk membakar semangatku setiap kali aku mendengarnya. Kalau kau tak percaya, kau tontonlah sendiri.

Daripada ‘eksperimen’ku ini, aku dapat merasakan, pasti anak-anak di Palestina itu hatinya penuh semangat jihad dan cintakan Islam yang amat amat tinggi. Pasti hati mereka membara dengan ketinggian cita-cita untuk menegakkan panji Islam di bumi mereka. Pasti yang paling utama dalam jiwa dan minda mereka adalah Allahu. Pasti yang menjadi idola besar di hati mereka adalah Ar Rasul. Pasti yang menjadi santapan mereka dalam lapar dan kenyang adalah Al Quran. Pasti yang menjadi harapan dan keinginan yang terkuat di sanubari mereka adalah Al Jihad. Dan pastinya yang menjadi cita-cita teragung mereka adalah Al Maut fi sabilillah.

Dan mereka bangun di setiap pagi dengan keazaman bahawa malam ini mereka mahu di syurga bersama para syuhada yang sudah mendahului. 

Dan mereka tidur di malam hari dengan cita-cita untuk syahid di esok hari.

Kita mungkin banyak sekali leka di sini. Kerana kita tidak ada dentuman-dentuman yang menggegarkan hati kita dan mengingatkan kita kepada runtuhan-runtuhan rumah kita.

Kita mungkin bermalasan-malasan dalam hidup kita kerana kita tidak mendengar tangisan adik-adik yang kelaparan kerana bekalan makanan sudah habis dan bantuan makanan tidak dapat disalurkan.

Kita mungkin bersuka ria dengan elaun-elaun bulanan kita dan riang sekali berbuat apa yang kita suka kerana kita tidak dikelilingi balu-balu dan anak-anak yatim yang sebatang kara, tidak dikelilingi anak-anak kecil yang kudung kaki tangannya, tidak dikelilingi bayi-bayi yang buta kerana menjadi mangsa bom-bom zionis durjana.

Kerana kita di sini dan mereka di sana. Adakah kerana ini kita seolah-olah bukan saudara? Adakah kerana ini juga kita sudah tidak merasa apa-apa?

Berfikirlah wahai manusia…tidakkah kau tertanya-tanya apa tujuan hidupmu sebenarnya?

Ya Allah, aku mohon kau beri kami semangat yang sama yang menghuni hati-hati pemuda Palestina…

Saudaraku, aku bersama-sama kamu. Saksikanlah!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s