Fikirlah sendiri.

Ketika kita mungkin sedang tidur dengan penuh nyenyaknya,

“Jumlah 250,000 anak luar nikah yang tidak didaftarkan hasil statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jika kita pecahkan kepada purata bulanan, angkanya adalah 80,000 yang bersamaan dengan seorang bayi untuk setiap 17 minit. -Berita Harian 25 Julai 2010

Ketika kita mungkin tengah ‘berehat’ sebentar sambil dengar-dengar lagu artis kegemaran dan makan jajan di depan laptop,

“Malah sejak 2000 hingga Julai 2008, statistik menunjukkan bilangan bayi yang tidak dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran adalah seramai 257,000 dan angka berkenaan amat membimbangkan, sekali gus memerlukan perhatian serius daripada semua pihak,” katanya sempena Program Integrasi Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak di sini, semalam.-Berita Harian 25 Julai 2010

Ketika kita memilih untuk gunakan wang dollar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita untuk bershopping benda-benda yang kita dah ada pun dan dah cukup pun…

Menurut perangkaan PBB, sekurang-kurangnya 198 buah bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat telah dimusnahkan pada tahun ini, sehingga menyebabkan kira-kira 300 orang penduduk awam Palestin hilang tempat tinggal dan berteduh, separuh daripadanya adalah kanak-kanak. Sementara itu, dalam kejadian yang sama, 600 orang penduduk awam Palestin lagi turut terjejas.- Palestinkini.info 24 Julai 2010

Ketika kita memilih untuk menangguh-nangguh panggilan seruan dakwah…

Enam pengunjung Islam termasuk beberapa wanita yang leka meneguk arak di sebuah pusat hiburan di Zon Bebas Cukai Stulang Laut, di sini hanya mampu tergamam dan tidak sempat lari apabila premis terbabit diserbu anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Agama Islam Johor (JAJ), awal pagi semalam. -Berita Harian 25 Julai 2010

Menangislah saudaraku dan takutlah… kerana saat-saat leka kita ini sedang diperhatikan Allah, sedang di’rakam’ untuk ‘tayangan perdana’ di hadapan seluruh umat di mahsyar nanti….

Menangislah saudaraku dan takutlah… kerana saat- saat leka kita ini akan menggetarkan ubun-ubun kita dan menyesakkan kerongkong kita di hadapan Allah nanti…

Menangislah saudaraku dan takutlah… kerana barangkali saat-saat leka kita ini adalah saat-saat akhir hujung kita dan tidak ada lagi walau sesaat selepas itu…

Ya Allah, siapa aku ini ya Allah? Siapa aku?

Advertisements

2 thoughts on “Fikirlah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s