Mahukah kamu bersama-sama aku?

Sudah berapa lama aku memikirkan soal ini. Memang sukar rupanya perasaan, bila melihat usaha demi usaha dilemparkan,detik demi detik didagangkan, untuk membeli hati-hati ini kemudian membentuknya tetapi kemudian bentuk-bentuk yang hampir menjadi itu lucut dan luput begitu saja kerana tangan-tangan syaitan yang benar-benar membenci dan mencemburui usaha-usaha ini.

Perit rupanya perasaan dipinggirkan semata-mata kerana ingin menyampaikan sesuatu yang benar-benar lahir dan hadir dari hati, tapi barangkali tidak mudah untuk diterima hati-hati lain kerana berbezanya pengalaman dan latar belakang kehidupan.

Pedih rupanya hati ini bila melihat, butir demi butir perkataan yang sudah dilafazkan, peringatan demi peringatan yang sudah diberikan, cinta dan kasih sayang yang dicurahkan, ukhuwwah yang dibina penuh kesungguhan, DIKALAHKAN oleh HIBURAN-HIBURAN yang tidak pun mampu membawa kita ke syurga…

Sedih sekali melihat keadaan sekeliling. Kadang-kadang terlintas di hati, ‘apa lagi yang harus dilakukan, agar hati-hati ini terbuka dan melihat seluruhnya? apa lagi? kenapa masih begini? di mana silap kami?’

Tak sampai hatiku untuk melihat, seruan Ar Rasul yang amat aku cintai DIKALAHKAN hanya oleh KOREA-KOREA yang langsung tak setaraf dan tak sebanding walau sebesar zarah pun dengan baginda SAW.

Tak ingin aku menyaksikan seruan dakwah kepada Allah SWT ini DIKALAHKAN hanya oleh BOLA-BOLA kosong yang tidak akan menambah timbanganku untuk ke syurgaNya.

Tak sanggup aku membiarkan risalah ini terkubur begini. Inilah risalah yang dahulunya menyebabkan Rasulullah direjam dengan batu batuan di Taif, Sumayyah disula farajnya, Ammar kehilangan ibu kesayangannya, Khabbab hancur daging-daging belakangnya, serta Bilal dijemur di padang pasir dan ditimpakan batu besar di dadanya…Inilah risalahnya, dan aku tidak sanggup melihat tangisan dan darah orang-orang terdahulu dikalahkan begitu sahaja oleh tangisan-tangisan palsu di hadapan laptop dan sorakan-sorakan kosong anak-anak muda…apatah lagi rancangan-rancangan jahiliyah yang aku benci sebenci-bencinya.

Adakah kamu sampai hati melihat dakwah kita dikalahkan begini?

Wahai ikhwah dan akhwat, aku bertanya, sanggup kamu membiarkan dakwah kita dipukul-pukul dan ditertawakan kemudian ditinggalkan di satu sudut dalam kesedihan dan ketakutan…seolah-oleh tidak ada lagi yang mampu membelanya.

Wahai ikhwah dan akhwat, kita bukan ‘kalah’ di sini sahaja, kita kalah di mana-mana saja hari ini, di mana-mana saja di atas muka bumi ini, kita masih tidak mampu mengangkat panji dan melaungkan Nahnul muslimeen, nahnul mujahideen, tanpa ditertawakan dan dipandang senteng sahaja.

Ayuhlah bangun wahai saudaraku, kita TIDAK AKAN PERNAH KALAH kalau kita sanggup kerja kuat dan bersabar. Ar Rasul tidak pernah mengajar kita menjadi orang-orang yang kalah. Tancapkanlah panji syahadah itu biar jelas dilihat oleh semua, bahawa kitalah KITA dan KITA bukan orang yang kalah. Kitalah tombak-tombak yang menghujani jahiliyah tanpa henti, kitalah peluru-peluru yang membedil syaitan-syaitan nafsi, kitalah guruh-guruh yang menggentur yang menakutkan setiap musuh-musuh dakwah ini, kitalah segala-galanya yang diperlukan untuk dakwah ini!

Kalau kami katakan bahawa pertolongan Allah itu dekat, mahukah kau bersama kami di jalan ini?

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu  (cubaan) seperti (yang dialami ) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan , penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang  beriman  berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (2:214)

Advertisements

One thought on “Mahukah kamu bersama-sama aku?

  1. Ayuhlah bangun wahai saudaraku, kita TIDAK AKAN PERNAH KALAH kalau kita sanggup kerja kuat dan bersabar.

    jzkk..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s