Tribute untukmu

Angin yang berhenti bertiup, mungkin bisa bertiup kembali bila tiba waktunya…

Tapi denyut ruh yang berdegup dalam jasad ini, andai sudah tiba waktunya, ia takkan kembali lagi. Takkan, selama-lamanya.

 

Aku menulis post ini sebagai tribute kepada arwah moyangku yang bagi aku seperti datukku sendiri yang baru sahaja meninggal dunia petang semalam.

2 hari henfon ku tak dapat di’on’ sebab takde bateri. Pulang saja dari Wangat Lodge, aku terus charge dan sebaik itu juga aku menerima SMS dari kakakku..

“Kakwa…pakdada dah meninggal lebih kurang pukul 4 petang tadi…”

Innalillahi wainna ilaihi raaji’un.

Pakdada- itulah panggilan mesra kami adik beradik kepada moyang ku ini. Mungkin tak ramai orang rapat dengan moyang tapi bagi aku, personally, pakdada sangat besar jasanya kepada kami adik beradik. Pakdada umurnya sama dengan Dr Mahathir,so, sebenarnya takda lah tua sangat kan? Mungkin sebab tu kami masih sempat utk rapat dengan arwah Pakdada.

Bila nenekku meninggal dunia, Pakdada pernah kata padaku

“Pakdada ingat Pakdada mati dulu, tapi arwah pi dulu…”

Dan semalam,, Pakdada pula dah pergi. Bila baca mesej tu, aku tak menangis. Aku tak tahu apa aku rasa. Aku cuma terbayang wajah Pakdada duduk di ruangtamu depan rumahnya sambil tengok jalan.Aku tringat sangat. Kali terakhir jumpa pakdada ialah sebelum aku fly. Masa tu agak kelakar sebab pakdada dah mula nyanyuk. Dia panggil aku dan tanya, ” eh, najwa mana?”. Aku jawab, “pakdada, ni la najwa.” Lepas tu pakdada senyum sampai nampak gusi dan gigi palsu dia.

Aku ingat lagi, dulu masa kecik-kecik, aku sangat suka melukis. Aku melukis macam-macam. Satu hari, pakdada nampak aku melukis, dia diam je, tiba-tiba, suatu hari dia belikan sebuah buku lukisan dan karya kreatif. Buku tu dari luar negara dan memang mahal. Harganya RM50 something if aku tak silap. Aku sayang sangat buku tu, aku bawak pegi sekolah sebab nak tunjuk kawan-kawan. Ye lah, mana lah mampu nak beli buku mahal-mahal masa tu, so bila dapat satu rasa macam seronok sangat. Dari buku tu aku belajar macam-macam sangat. Ada panduan buat origami, buat ukiran, lukisan, mewarna, and macam-macam lagi la… Terima kasih pakdada sebab bagi galakan kepada minatku. Mungkin tak nampak macam aku hargai sangat, tapi benar-benar aku sangat ingat pemberian tu.

Bila aku masuk KMB, pakdada jugalah yang belikan laptop untukku. Bila dia belikan tu, dia suruh buka depan dia sebab nak tengok sendiri elok ke tak laptop tu. Memang aku kagum juga dengan pakdada, walaupun dah tua tapi dia masih tahu benda-benda teknologi ni sebab pakdada memang banyak membaca.

Aku masih ingat, dulu masa aku kecik-kecik, darjah 2,3, aku takut sangat dengan pakdada, sebab dia selalu usik aku dengan gigi palsu dia. Aku takut sangat sebab aku ingat dia keluarkan gigi dia betul-betul, rupa-rupanya tu gigi palsu. Pakdada selalu juga suruh aku cabut uban dia. Masa tu aku tak suka sangat sebab aku tengok TV, nak tengok kartun, dia sibuk suruh cabut uban. Tapi bila teringat balik sekarang, rasa sayu je kenangan tu. Pakdada dulu tak kacau cicit-cicit yang lain, aku sorang je yang selalu kena usik macam-macam. Tapi dalam masa yang sama, aku jugalah yang selalu dapat macam-macam dari Pakdada.

Pakdada selalu pesan dan tak pernah lupa pesan kepada aku dan adik-adik supaya belajar bersungguh-sungguh. Setiap kali lawat Pakdada, dia akan pesan macam tu. Anak-anak pakdada juga semuanya berpendidikan tinggi. Aku rasa papa pun mewarisi sikap pakdada yang sangat pentingkan pelajaran ni sebab papa pun sangat sangat bersemangat mendidik kami dan selalu ingatkan kami adik-beradik supaya belajar sungguh-sungguh.

Tak boleh nak sambung cerita sebab rasa sangat sebak.

Ya Allah, ketahuilah, aku sangat sangat bersyukur dan akulah yang pertama sekali bersyukur atas keluarga yang kau anugerahkan kepadaku ini. Aku sangat bersyukur dengan nikmat mama, papa, dan adik beradikku yang Kau hadiahkan kepadaku ini ya Allah. Aku bersyukur kerana Kau banyak sekali membantu kami sekeluarga. Aku tahu Kau pasti tahu, banyaknya jasa Pakdada kepada kami dan kepada aku. Untuk itu, selamatkanlah kami semua dari azabMu dan tempatkan kami di syurgaMu. Ya Allah, Kaulah yang mencampakkan rasa kasih dan sayang, rasa sedih dan lemah, rasa sabar dan tabah. Milik Kaulah segala perasaan ini. Ampuni kami ya Allah, Ya Rabbal alamin. Walhamdulillahi rabbil alamin.

 

Advertisements

One thought on “Tribute untukmu

  1. salam pa’a…takziah atas pemergian org yg pa’a sayangi..
    insyaAllah arwah ditempatkan di kalangan org2 yg diredhaiNya..
    tazkirah kematian yg datang menyapa adalah tanda Allah sayangkan kita dan mahu mengingatkan kita..
    apa di sisi kita akan lenyap dan apa di sisi Allah akan kekal (an-Nahl, 96)
    semua org akan kembali kepadaNya jua..
    moga2 kita adalah dalam kalangan org yg mendapat kejayaan…insyaAllah…

    love,

    Ukhti Bazliah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s