Aku muslimah dan aku sayang padamu.

Aku seorang muslimah. Aku seorang wanita.

Hari ini aku menulis dengan hati yang sangat berat dan sedih. Aku melihat dunia hari ini benar-benar memperhambakan saudara-saudaraku, para wanita, yang Allah hadiahkan beberapa surah di dalam Al Quran kepada mereka sebagai tanda betapa tingginya sebenarnya kasih sayang Allah kepada makhlukNya yang bergelar wanita.

Dunia hari ini, kerana hilangnya Islam dari akarnya, maka pohon yang tumbuh bukanlah pohon-pohon yang baik daunnya, apatah lagi bunga dan buah-buahnya. Lemah lutut menyaksikan, hari demi hari, kaum hawa semakin menjauhi bahtera Islam, yakni satu-satunya bahtera penyelamat buat umat manusia dan mereka bahkan terus-terusan melemaskan diri sendiri dalam jahiliyah yang tiada harganya di akhirat nanti.

Aku melihat wanita hari ini, baik muslim atau tidak, menjadi dagangan dan jual beli. Papan-papan iklan yang menjadi tatapan sesiapa sahaja dipenuhi gambar-gambar wanita yang seakan-akan nilainya hanya sekeping kertas iklan billboard di pinggir lebuhraya atau mungkin juga harganya cuma beberapa saat di cermin televisyen semata-mata. Sedih sekali. Bukan itu sahaja, bahkan para muslimah pun sudah mula kabur pandangannya dan turut serta merasa normal dengan fenomena-fenomena ini.  Kenapa perlu sampai begini? Adakah tidak terjual produk mereka sekiranya tidak meletakkan susuk tubuh wanita di dalam iklannya? Kenapa bila melibatkan soal ni, takde pula yang menganggapnya sebagai diskriminasi, tetapi bila muslimah disuruh menutup aurat, mereka argue dan mengatakan ini diskriminasi dan ketidakadilan…

Hairan bukan?

Aku bertambah sedih lagi…Tadi aku meninjau-ninjau laman facebook dan bertemu page seorang sahabat lama, satu sekolah menengah dahulu…sedihnya aku bila melihatkan foto-fotonya, jika tidak kerana aku tahu itu dia, dan pernah mengenalinya, sudah pasti aku menyangka dia bukan Islam…kerana tidak ku lihat lagi ciri-ciri muslimah padanya…dia suatu ketika dulu di sekolah, pernah solat jemaah bersama-sama denganku, pernah mendengar tazkirah-tazkirah bersama-sama aku, hari ini, sudah tidak lagi begitu…pakaiannya menggenangkan air mataku..aku merasakan bagai ada batu yang menyesakkan kerongkongku…aku berfikir dalam-dalam, bagaimana mungkin dunia merubah manusia sebegini rupa? Di manakah aku di saat dunia merentap hatinya? Di mana aku pada ketika dia dihanyutkan jahiliyah? Bagaimana mungkin aku bisa berkata aku sedang menikmati manisnya tarbiyyah bilamana sahabat-sahabatku kini berpelukan dengan manusia berlainan jantina? Aku menangis.

Wahai kaumku, duhai wanita, kita cukup berharga. Tahukah kalian betapa cintanya Allah kepada kita…sehinggakan pada saat kaum musyrikin membenci sebenci-bencinya anak-anak perempuan mereka, Allah mengangkat martabat kaum wanita dengan mentakdirkan bahawa SYAHID YANG PERTAMA dalam Islam adalah dari kalangan WANITA…iaitu Sumayyah…

Duhai kaumku wanita, tahukah kalian betapa sayangnya Ar Rasul kepada kita…sehinggakan Ar Rasul SAW pernah brsabda dalam sebuah hadith riwayat At Tabrani, bagaimana Rasulullah saw mengatakan bahawa seorang muslimah itu boleh menjadi lebih baik dari bidadari syurga dengan solat, puasa dan ibadah mereka… tidakkah kita merasai ketinggian darjat yang dianugerahkan Allah kepada kita dan diisytiharkan pula kepada kita oleh Ar Rasul SAW qudwatuna …

Oleh itu saudariku, usah biarkan diri kita diperdagangkan kerana keindahan kita bukan untuk tatapan sebarangan mata. Bukan kerana siapa-siapa kita melabuhkan pakaian kita kecuali semata-mata kerana Allah SWT…kerana ia tanda cinta dan syukur kita kepadaNya…

Duhai wanita, ayuhlah kita bangun dari lena kita yang panjang…ketahuilah bahawa rintihan-rintihan dan doa-doa kita sentiasa lebih didengari..ketahuilah bahawa rahim-rahim kitalah yang akan melahirkan khalifatullah dan para syuhada’ , generasi demi generasi… Bercita-citalah wahai saudariku…bercita-citalah, agar dari rahim inilah akan lahir kader-kader Allah yang berjuang bermati-matian di jalanNya. Bercita-citalah agar dari rahim inilah akan lahir pejuang-pejuang agamaNya yang seperti singa di siang hari dan seperti rahib di malam hari… dan berusahalah…kerana fitrah hukum dunia, sesuatu yang biasa tidak bisa melahirkan sesuatu yang luar biasa…

Sahabatku, ketahuilah, aku sentiasa di sini untukmu

Ketahuilah, aku menulis kerana aku sayang padamu.

Aiyuhal akhawat, ayuh sertai saff para penjunjung kebenaran… Ayuhlah, jangan sampai ketinggalan…

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Aku muslimah dan aku sayang padamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s