KOREA? Ape tu?

Siapa-siapa sahaja yang mengakui syahadahnya, pasti akan merasakan peritnya keadaan ummah hari ini. Bukan nak cakap la, tapi memang ada je  yang tak rasa apa-apa, malas nak fikir, fikir diri sendiri je, malas ambil tahu, sibuk dengan ‘mainan-mainan kanak-kanak’ padahal umur dah berpuluh tahun.

Aku teringat kata-kata seorang Ustaz, “awak ni kalau rasa macam masyarakat ni takde masalah, kalau rasa selesa je, haa…pegi la duduk kat Sunway Pyramid tu, cokoh kat situ, tengok orang-orang kat situ.”

Seriously, sekarang kat oversea, sampai rasa nak muntah-muntah dah tengok…terlampau teruk. Jangan lah anggap orang di Malaysia tu je “umat”…sebenarnya kita semua ni lah umat Ar Rasul Muhammad saw, umat akhir zaman. Maksudnya, termasuk la orang-orang putih, orang-orang tak berapa putih, artis-artis Bollywood, Hollywood, Lollywood dan sebagainya. Semuanya adalah umat akhir zaman yang sebenarnya berada di bawah mas’uliyyah kita-kita, umat Islam yang seharusnya memahami hakikat syahadah.

Sekarang ni, masalah kita adalah kita sendiri. Masalah kita adalah kita terlalu sibuk main-main.

Allah kate dalam Quran, kita ni manusia, banyak sangat tertipu oleh kehidupan dunia. Banyak main dan bersenda-gurau. (Check Al An’am:70). Serious banyak main. Lepas tu, salahkan Allah pulak bila tak dapat hidayah. Argument kita, kan semua tu takdir. Dah Allah takdirkan aku jahil, nak wat camne lagi?

Untuk argument macam ni, tak lain tak bukan, mesti dia tak penah baca maksud  surah As Shams. Bilamana Allah dah terangkan dah bahawa sesungguhnya tiap-tiap orang tu dah diilhamkan dengan jalan fujur(jalan kejahatan) dan jalan taqwa. Apa yang berlaku next adalah ketetapan Allah yang berlaku atas pilihan kita sendiri.

Lagipun, dah syaitan bersumpah akan mendatangi kita dari kiri kanan, depan belakang. Kan Allah cerita sumpah syaitan ni dalam surah Al A’raf. Dah tak baca Quran, memang la tak tahu. Lepas tu yang baca Quran pulak, baca nak dapat pahala jek, bukan nak cerita kat orang. Itulah hari ini, kita ni, sejak kejatuhan sistem khilafah, sampailah sekarang, jatuh tersungkur dan tak boleh nak bangun-bangun. Lepas tu, dah la tak habis baca Quran lagi, tak faham PANDUAN HIDUP lagi..tak pass KEMAHIRAN HIDUP sebagai khalifah, sempat pulak tengok KOREA…memang lah sampai bila pun tak dapat lahirkan generasi Al Quran yang meneladani Generasi Al Quran pertama iaitu para sahabat Rasulullah. Betul tak? Penat je la tokoh dakwah Ustaz Fathi Yakan tulis buku pasal Generasi Muda dan Perubahan panjang-panjang, sebab MENONTON KOREA nampaknya mempunyai timbangan ‘YANG LEBIH BERAT’ di mahsyar nanti berbanding MEMBACA BUKU dia. Naudzubillah. Allah jauhkan kami dari tergolong dalam kalangan ini.

Soalnya sekarang dunia kita saiznya sama sahaja. Tapi populasi semakin bertambah. Dan pertambahan populasi ni, kerana tak diiringi dengan pengukuhan ruhi menyebabkan pertambahan jenayah dan masalah-masalah sosial. Boleh sense tak apa akan jadi suatu hari nanti? Adakah kita nak hidup dikelilingi kemungkaran dan kita duduk dalam rumah, main-main dengan anak-anak, dan jiran rumah sebelah tengah sumbang mahram ke, tak pun, baru beranak anak luar nikah, tak pun tengah hisap dadah ke. Takkan suatu hari nanti nak besarkan anak dalam rumah je sebab dunia luar dah teruk sangat. Susah kan?

Baca tak berita hari ni? TAK BACA KAN??? Haa…tu pun salah satu penyumbang masalah umat juga. Malas ambil tahu.

Berat.Berat. Boleh kata tiap-tiap hari orang buang anak, orang kena tangkap khalwat. Baru-baru ni, budak perempuan tu umur 17 tahun, mengandung 7BULAN, ditangkap dalam keadaan yang tak berapa best nak cerita kat sini bersama teman lelaki dia yang umur 18TAHUN..what??? Tolong laaa….kesian tau mak ayah. Keja penat, cari duit bagi sekolah, bagi makan pakai, paling sedih sekali of coz lah Allah yang sentiasa memerhatikan KITA…mesti Dia sedih tengok kita hamba-hambaNya lalai, leka, lupa…jadi entah apa-apa. Sebab konfem-konfem masa depan macam dah kabur la bagi 2 orang adik kita ni.

Mak saya cikgu tadika. Tiap-tiap tahun, mesti dapat anak murid tak berbapa. Kesian tau, takde nama ayah dalam sijil lahir diorang. Mak pulak kerja kilang je. Lepas tu muda-muda sangat, umur 18, 19 tahun. Antum rasa bagaimana agaknya anak-anak ini akan membesar dengan background begini? Kita tak rase bersalah ke dengan pendidikan, harta, wang, kebijaksanaan yang Allah bagi kepada kita? Tak mungkin semua itu untuk kita semata-mata. I tell you, tak mungkin. Sebab Ar Rasul SAW sebut dalam hadith riwayat Imam Ahmad, mafhumnya, bahawasanya setiap dari kita, sebelum melangkah ke akhirat, akan ditanya tentang 5 perkara, antaranya adalah harta kita, ilmu kita dan masa muda kita.

Nak jawab ape nanti? Takut kan. Tapi dont worry, tak lama lagi bila sambung tengok korea atau dengar lagu mesti takut ni hilang. InshaAllah.

Sekarang ni Dr Mahathir kata kemungkinan besar akan ada masalah ekonomi berganda menyusul negara-negara membangun sebab negara Barat mula menampakkan bibit-bibit kemelesetan ekonomi. So, negara-negara D-8 duduklah bersidang bersungguh-sungguh. Nak wak gano ni, ekonomi kita bermasalah… Of course, betul sangat la tindakan ni. No problem with this. Sikit tak bangkang.

Tapi just rasa pelik. Wow, takutnyaa dengan masalah-masalah duit ringgit ni tapi masalah iman, masalah gejala seks, arak, judi, juvana, dadah dalam kalangan negara-negara Islam yang memang sentiasa meningkat, bilaa dengar, kita takde la gelabah sangat pun kan? Tapi bila masalah duit, harta, artis…wow..kecoh. Sebab pe jadi macam ni? Sebab kita-kita ni, yang Allah dah  bagi minda cerdas dan akal yang sehat, sibuk nangis depan laptop, sebab KOREA. Asyik fikir cinta-cinta, sebab KOREA. Asyik mengikuti perkembangan KOREA. Kan?Kan? Kan?

Sebab itu lah, aku kata, masalah kita adalah KITA.

Aku tau la sebab aku dulu pun penah tengok KOREA. Kawan-kawan, umat akan  bertanya kembali kepada kita nanti. Jangan sampai kita kelu di hadapan Allah nanti. Allah semata-mata tempat kita mohon pertolongan.

So, macam mana? Boleh lah bengkel dalam hati masing-masing.

Sekian.

Advertisements

5 thoughts on “KOREA? Ape tu?

  1. Kak farah, negara D-8 tu apa? Erm.. Tapi pelik la.. Dekat negara barat sana tak ada pun masalah buang bayi.. Diorang tak kecoh pun.. Mungkin diorang makan ubat pil anti pregnant kot.. Sebab tu tak ada anak luar nikah.. Betul ke kak paa? 😉

    • D-8 tu gabungan negara-negara Islam membangun…ada 8 negara di bawahnye…antaranya Malaysia, Bangladesh, Pakistan etc…try google. well, kat oversea, bukan xde anak luar nikah…dah orang putih yang bukan Islam memang tak bernikah….kalau nak kira anak luar perkahwinan, of coz la diorg pun banyak jee..tapi x patut la kalau kite yang negara islam ni rekod lebih kurang je dengan negara bukan islam..kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s