Kenapa saya sayang tarbiyyah?

Saya ada sebab kenapa saya yakin dengan jalan ini. Saya ada sebab kenapa saya cintakan tarbiyyah ni, inshaAllah. Kerana tarbiyyah ini, bagi saya, adalah hadiah dari Allah.

Kalau kamu nak tahu(kalau tak nak tahu pun saya nak cerita juga)…

Tarbiyyah banyak mengubah saya. Dan saya rasa tarbiyyah mengubah siapa-siapa sahaja yang bersedia untuk berubah dan mengubah. Termasuk lah kamu jika kamu bersama-sama saya dan ikhwah akhwat saya.

Tarbiyyah benar-benar mentaghyir saya. Dulu masa umur 14 tahun, saya suka Avril Lavigne. Saya hafal semua lagu-lagu dalam album Let Go dan The Best Damn Thing. Saya suka pakai gelang hitam banyak-banyak kat tangan sebab Avril pakai macam tu. Saya pakai seluar baggy-baggy jugak, pun sebab Avril pakai macam tu. Saya tau melukis. Kat bilik saya masa tu ada banyak potret Avril yang saya sketch sendiri(oh ye, mungkin kamu semua belum tahu, saya x pandai lukis anime , tak pandai lukis binatang dan kartun.Saya major dalam sketching sahaja..)

 Ni lah Avril  yang saya suka sangat masa tu. Siapa Avril ni? Saya pun tak tahu. Saya yakin dia pun tak tahu siapa saya.

Tapi nak tau tak?Alhamdulillah,tarbiyyah dari Allah melalui macam-macam benda dan orang-orang di sekeliling  berjaya mengoyak poster-poster Avril dalam hati saya, dan digantikan dengan lembaran-lembaran risalah. Dan hari ini, alhamdulillah. Saya bukan lagi sibghah Avril. Harapan saya, saya mahu betul-betul tenggelam dalam sibghah Allah. ameen.

Saya nak jadi macam ni haa…

Tarbiyyah juga banyak mengubah saya.

Dulu saya tak share makanan atau minuman dengan orang. Tapi hari ini alhamdulillah, saya suka aje makan dulang dengan akhwat-akhwat saya. Bukan itu saja, saya juga antara muka-muka yang biasanya akan menghabiskan sisa-sisa. Hehe. Saya pantang tengok benda-benda tak habis so saya terpaksa la stay makan. Lagipun, kawan-kawan kata, kalau habiskan sisa, nanti dapat suami soleh(ok..superstitious..)so, ape lagi. saya pun tak melepaskan peluang itu.

Dulu saya malas membaca. Buku-buku selain akademik adalah ubat tidur bagi saya. Dahsyat kan? Asal baca, mesti tertidur. Asal tertidur, mesti membaca. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah, kerana tarbiyyah hari ini saya boleh membaca buku-buku thaqafah islamiyyah dan thaqafah ammah tanpa tertidur-tidur. Ini memang satu improvement besar pada diri saya. Terima kasih kepada yang mendoakan perubahan saya. Alhamdulillah.

Dulu saya tak boleh berpisah dengan handphone saya. Asyik melekat je macam belangkas. Tak tahu apa yang menarik sangat. Kalau takde bateri atau habis kredit, saya jadi tak tentu arah. Rasa tak complete je hidup. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Dengan izin Allah lagi, hari ini saya hidup aje walaupun handphone off beberapa hari sebab tak charge. Kadang-kadang boleh terlupa letak handphone kat mana. Kadang-kadang tak tahu rupanya kredit expired. Alhamdulillah.

Dulu saya tak fikir tentang umat ini. Kerja saya study study study study study study study. Dulu, saya robot. Alhamdulillah, hari ini saya menemui kehidupan saya. Saya kini jadi realiti. Saya masih study study study study study study hari ini, dan alhamdulillah, tarbiyyah juga buat saya fikir ummati ummati ummati ummati ummati ummati…

Dulu saya bukan begini. Alhamdulillah, hari ini, inilah saya. Anda pula siapa?

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Du’at, jaahidu fillah haqqa jihaadihi!

 

Advertisements

6 thoughts on “Kenapa saya sayang tarbiyyah?

  1. A’skum akak.. Fiqa nak share sad story dengan akak ni.. Fiqa tak ada tempat nak mengadu.. Hari ni dekat school, many things bad happened.. Fiqa kena tuduh oleh kawan2.. Mereka sangat kejam, sehingga diri ini tercedera.. Fiqa sangat sedih.. Fiqa rasa macam dah fed up nak belajar.. Fiqa sangat benci pada diri fiqa.. Rasa tidak mahu terus hidup lagi.. Adakah ini satu ujian dari Allah? 😦

    • wslm fiqa…ye ke… mashaAllah, mudah mudahan Allah mengganjari fiqa dengan kemanisan iman melalui kesusahan ini. fiqa, ujian Allah ada pada tiap-tiap kesenangan dan kesusahan, semuanya sebab Allah mahu melihat siapa dari kalangan hambaNya yang benar-benar beriman.

      ada banyak kesedihan atas muka bumi ni, ada org sedih sbb bola, ada org sedih pelajaran, ada org sedih sbb kawan2, ada org sedih sbb family, tetapi, sebaik2 kesedihan adalah kesedihan yang mendekatkan kita dengan Allah. Dia sedia je mendengar dan menunggu2 kita mengadu kepadaNya.

      jangan cepat putus asa, Allah kata dalam Quran “fasbir sobron jamila” bersabarlah dengan kesabaran yang baik. hidup ni masih panjang dan hidup kita milik Allah…ujian Allah hari ini adalah agar kita lebih kuat untuk hadapi hari esok.

      moga Allah beri kemudahan kpd fiqa. wassalam. =)

  2. Salam sis.
    Might want to let u know that I have replied ur email. Glad u cud response to my enquiries. Thnks in advance!

  3. teringat dulu2 tyme najwa betui2 fanatik avril. penah masuk bilik ampa skali, ada poster avril tampal kt loker. hhuhu bagus la, alhamdulillah skrg tak macam dulu. insyaAllah =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s